Last month (April) den secara tak sengaja terbersetuju dengan 3 orang yang pernah senyum-senyum masa berzumba tuh untuk joint jadi ahli Anna Fitness tuh. Kalo kita mendaftar jadi ahli at least 4 orang dapat rege promosi camtuh la.

Makanya den pun terjadi la ahli fitness club gittew. Macam tak percaya pun ada sebab kalo mengenangkan den nih suka mengeloh (tidoq) dan tengok tv je kejenya, akhirnya mendaftar jadi ahli fitness club. Yuran tahunan RM 50. Yuran bulanan RM 65.

So kena make sure den pergi berzumba at least 7 kali sebulan supaya berbaloi dengan bayaran RM 65 sebulan tuh. Selama nih dok walk in RM 10 untuk setiap kelas zumba.

Jadi member nih ala-ala reward untuk diri den la sebab berjaya setakat nih berzumba secara berterusan daripada Ogos last year. At least seminggu sekali in sya Allah memang akan pergi berzumba.

Walopun sejak mula berzumba, takde kawan yang den kenal nak joint sekali, den belasah je la mai berzumba sorang-sorang…hehehheehhee.

So harapnya bila dah daftar jadi ahli nih semangat untuk bersenam untuk kekal sihat dan mendapatkan berat badan yang ideal akan tercapai hendaknya….in sya Allah.
Teman setia sejak mula berzumba. Dah berjahit, berganti tapak bagai. Walopun dah tak kachak tapi tetap berjasa sehingga kini.

0 Comments