Alhamdulillah in sya Allah ada rejki kita nak berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun ini.

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada sesiapa yang terbaca blog den nih.

Rasanya ramai yang akan berbuka puasa secara bersederhana sebab serba serbi mahai sekarang nih.

Hopefully terbangun sahur setiap pagi.

Alhamdulillah ada sorang kakak nih kat apartment den yang rajin buat mangkuk tingkat. In sya Allah 70% juadah berbuka puasa memang beli kat dia je la sebab harga berpatutan dan rasa yang sedap.

Moh la kita coba untuk membaca Quran sebanyak yang boleh. Den nih mujoq sangat opis masih buat program bertadarus setiap kali bulan Ramadhan. So in sya Allah akan terbaca jugak Quran walopun termalas ke apa.

Mengikut info daripada Jabatan Metereologi Malaysia, sekarang nih musim angin barat daya yang membawa cuaca kering. Sekarang pun kita dah bley rasa cuaca panas lit-lit. Makanya minum ayaq banyak masa sahur to make sure kita tak dehydrated.

Cuti sekolah 2 minggu bermula on the first day of Ramadhan. F dah ajak jalan-jalan. Kesian plak kan kalo budak-budak asyik terperuk kat rumah tapi nak berjalan-jalan di kala cuaca panas berdenting dan tak dapat minum ayaq nih adalah sangat mencabar. Kita tengoklah nanti camne.

Moh kita sama-sama mempertingkatkan sedekah yek. Sapa-sapa nak bayaq zakat pendapatan bulan nih lebih skit pun dah cukup baguih.

Jangan lupa bayaq fidyah bagi sapa-sapa yang belum abis ganti posa (nih den la) huhuhuhuhu.

Harapnya kita semua dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat kita menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya sebab belum tau kita ada rejki tak berjumpa Ramadhan pada tahun hadapan.

Sepanjang bulan Ramadhan nih, aktiviti zumba dihentikan sehingga 3 Julai. Hopefully den tak put too much weight masa raya nanti huhuhuhuhu.

#harapnya sempena bulan Ramadhan yang mulia nih, benar la spekulasi Kerajaan Selangor nak bagi bonus 2.5 bulan tuh….aminnnnnnnnnnnnnn.

0 Comments