Dah tau akan ada berenyut-renyut orang mai kat sini coz ada macam-macam program tapi disebabkan kesian kat budak-budak tak berjalan ke mana, nak jugak mai ke sini sebab ternampak ada opismate shared kat fb anak dia dok pegang arnab. Macam best je.

Tadi kitaorang mai sini dalam kul 1 tengahari. Ingatkan tak ramai orang la kan sebab tengahari rembang tapi punya la penuh orang sampai parking jauh gila kat tepi jalan.

Den cakap dengan buong dia tinggalkan den dengan budak-budak kat pintu masuk je la sebab payah sangat nak parking. Lepas den bawak budak-budak tengok arnab kejap nanti den tepon dia dan dia amik la kitaorang kat spot tuh balik.

So den dan budak-budak dengan gigihnya menempuh orang ramai untuk tengok pameran binatang oleh Jabatan Veterinar Selangor (dulu nama depa Jabatan Perkhidmatan Haiwan). Memang tujuan utama mai sini nak bawa budak-budak tengok binatang je.

Mula-mula kitaorang tengok lembu kacuk yang besaq gila. Ada 3 ekoq semuanya. Kale putih, putih nak peach skit dan kale dark brown. Ada sekoq tuh berat 1,000 kg, rege RM23,000. Lembu sekoq nih bley beli kereta ye.
Lembu RM23K tuh
Fokus tengok lembu. Maklum la anak bandar la sangat nih

Lepas tuh tengok anak-anak kambing dan biri-biri plak. Comei-comei depa tuh. Bley amik gambo dengan kambing dengan rege RM5/gambo. Murah la kan tapi disebabkan budak-budak nih konon-konon anak bandar, depa takut nak amik gambo dengan anak kambing/biri-biri tuh. So tak dapat la mama nak bergambo kenangan dengan anak bebiri itteww.
Siap ada frame untuk bergambo dengan anak kambing dan bebiri
Terkesima tengok anak kambing dan bebiri.
Masa dok tengok ayam dan ayam belanda, buong joint kitaorang. Dia kata dia terdapat parking yang dekat. So satu keluarga la dok sakan tengok ayam coz kitaorang semua dah lama tak tengok ayam hidup hehehehehehe.
Si A tuh memang kena perati lebih skit. Sat nih dia picit anak ayam tuh saje je. Eh ikut perangai sapa la tuh kan picit anak ayam hehehehehe

Kitaorang spend masa yang agak lama dalam 20 minit kat mini petting zoo yang ada arnab dan anak kambing. Entry masuk RM5/orang tak kira dewasa atau kanak-kanak dan terpulang la korang nak duduk situ sampai tutup zoo pun. Carrot yang dah dipotong dijual RM1/sepeket.

Budak-budak nih lagi-lagi si F tuh memang la tak mau dekat langsung dengan arnab dan anak kambing yang dok ada. Si A plak pi baling carrot kat muka arnab tuh. Haish bertuah tau budak sorang tuh.
Mama nih acah berani je. Takut gak kena cakaq dengan arnab comei tuh.

Bila dah lama skit baru depa berani sentuh dengan ujung jari arnab dan anak kambing tuh.
Nengok la anak den nih ha. Sampai camtuh sekali nak tengok muka kambing.
Dah berani nak bagi arnab makan arnab plak kenyang. Haish.

Den rasa arnab dan anak kambing yang dok ada kat situ dah kenyang makan sebab depa tak eager sangat nak makan pun maybe sebab dah dari pagi dok ada orang mai situ yang bagi depa makan, so memang depa sangat kenyang.

Dalam den dok rasa si A nih karang tak pasai dia yang makan carrot tuh bila anak kambing tuh tak makan, memang la dia makan sungguh carrot tuh. Sabo je la melayan budak bertuah nih.

Tengok kejap hamster yang dijuai kat sini. Comei-comei semua.

Singgah kejap kat ruang pameran Jabatan Perikanan. Sakan la budak-budak nih dok tengok 4 ekoq penyu yang dok ada. Depa tak layan nak tengok ikan-ikan sebab dok sakan tengok penyu.
Ramai peminat penyu-penyu nih
#den nak jawab soalan kuiz masa DJ tanya penyu apa paling kecik kat Malaysia tapi disebabkan tiba-tiba F dah hilang pi tengok ikan, den kena la ligan dia. Tak sempat jawab soalan. Kalo tak dapat ikan pekasam free hehehehehe. Jawapannya penyu lipas ye.

Kitaorang tak melawat sangat booths jualan walopun ada macam-macam benda yang dijuai macam kambing bakaq, ayam golek, madu asli, pokok, kerepek, etc sebab memang tujuannya nak bawa budak-budak tengok binatang. Lagipun orang ramai sangat. Tak lalu nak menempuh orang ramai tuh.

Memang macam-macam dok ada. Sangat meriah k.

Den sempat beli sesisir pisang lemak manis coz budak-budak nih suka makan. Nak beli cempedak tapi dah abis dijuai. Pekedai tuh bagi free je cempedak kat den sebab dia kata yang dok ada tuh tatau elok ke tak. Bila balik umah tengok-tengok sebijik memang keras kedekang. Lagi satu tuh Alhamdulillah elok. Ada rejki dapat cempedak free.

Kalo tak silap program Agrofest nih dibuat kat setiap negeri di Malaysia. Kalo sapa-sapa ada kesempatan pergi program Agrofest nih mohon pergi sebab memang best dan meriah.

0 Comments