Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kadang-kadang kita rasa macam hendak mula berniaga tapi kita sendiri tidak pasti perniagaan apa yang sesuai untuk diri kita, tidak jelas tentang kajian pasaran yang perlu dibuat, apa jenis perniagaan yang ada dalam demand sekarang, apa yang perlu disediakan selain daripada modal, ada ke perniagaan yang perlukan modal yang paling minima, terlalu banyak business model yang dijumpai di internet yang bikin kepala pusing dan sebagainya.

Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun di dalam tempoh pandemik ini.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk menjana pendapatan di dalam era digitalisasi ini kerana ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial.

Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan. Ada segelintirnya hanya mula berniaga sebab terikut-ikut kawan ataupun hendak keuntungan yang cepat dan akhirnya membuatkan perniagaan tidak dapat bertahan lama. Ini juga menyebabkan ada yang menukar bisnes seumpama menukar baju.

“Semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan di mana dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga.

RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus.

Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan, Tuan Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

RichWorks yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.

Tambahnya, RichWorks hendak melatih dan membimbing lebih ramai orang bagi membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan hendak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.

“In sya Allah semua orang sebenarnya ada peluang untuk berjaya di dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian.

“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh mengelakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya.

Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta.

"Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempah tiket untuk hadir program virtual online ini.

“Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi membantu kita mula mengorak melangkah dalam bisnes.

Jom kita masukkan dalam calendar tarikh 23 hingga 25 April 2021 ini untuk belajar sesuatu yang mungkin sesuai dengan diri kita di dalam usaha kita untuk mula bertatih di dalam perniagaan. In sya Allah tidak rugi pun mendengar perkongsian dan ilmu berkaitan dengan perniagaan. Kalau kita tidak gunakan sekarang pun mungkin satu hari nanti ilmu ini boleh membantu kita membuat keputusan di dalam hidup kita terutamanya jika kita memang berhasrat untuk berniaga juga akhirnya nanti.

In sya Allah semoga kita semua berpeluang untuk menjalankan perniagaan yang memberi manfaat kepada orang lain di samping menjana pendapatan yang diharapkan.

Richworks International

Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire,

Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Azizan Osman

Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.

HUBUNGI

Richworks International Sdn Bhd

No. 77, Jalan Badminton 13/29

Seksyen 13, 40100 Shah Alam

Selangor, MALAYSIA

Laman web: www.richworks.com

Tel: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly

+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)

Emel: karini@richworks.com.my; omkarini.rich@gmail.com ;
azrin.richworks@gmail.com

Untuk daftar Program ini, sila layari laman web www.BinaBisnesBerjaya.com sekarang.

0 Comments