Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang pastinya akan melalukan Pekan Nabalu, lebih kurang 25 minit sebelum sampai ke Pekan Kundasang.

Mohon singgah shopping souvenirs di sini sebab harganya sangat berpatutan dan moh la kita memberi sokongan ekonomi kepada penduduk tempatan.

Den cadangkan kepada sesiapa yang singgah di Pekan Nabalu (lokasinya sebelah kiri jalan kalau kita dari Kota Kinabalu, jadinya senang kita tak perlu melintas), terus je beli semua souvenirs di sini sebab harga yang memang okay. Boleh je nak beli masa balik dari Kundasang menghala ke Kota Kinabalu cuma kena berhati-hati bila keretanya nak melintas sebab jalannya berliku dan agak berkabus. Sedikit bahaya di situ.

Masa on the way ke Kundasang, kitaorang singgah di Pekan Nabalu survey souvenirs dan sempat shopping baju kelawar. Serious baju kelawar nih lembut dan sejuk sangat kainnya. Menyesal plak beli 2 je. Macam nak kena pergi Sabah lagi ni bila covid19 berakhir.

On the way balik dari Kundasang ke Kota Kinabalu esoknya kitaorang singgah lagi ke Pekan Nabalu ni sebab masa jalan-jalan di Pekan Kundasang, tak jumpa corak beg yang kitaorang berkenan di sana dan harga agak sedikit tinggi. Percaya la cakap den, in sya Allah berbaloi beli souvenirs di Pekan Nabalu ni.

Bakal je kitaorang mengejar masa jadinya tak dapat la berlama-lamaan membelek semua souvenirs yang ada di sini. Kalau tidak pasti lagi sakan shopping nya tuh heheheheheehe. Kitaorang beli beg mengkuang sorang satu. Mungkin dah 40an ni kan berkenan sungguh dekat beg mengkuang ni. Kena ajak konco-konco plan ke sini lagi ni sebab Sabah adalah sangat tenang dan back to nature. Kenapa la dulu den tak apply jadi lecturer kat sini kan? Haish. Jauh dari orang ramai dan lebih dekat dengan nature. My kind of dream life.

Jadinya kalau ke Kundasang, mohon singgah shopping di Pekan Nabalu ye. In sya Allah berbaloi sangat.

Lokasi

https://goo.gl/maps/LtpNL6gShJ8cxDA69

4 Comments

  1. Kalau saya singgah ni. semua nak dibelinya. rambang mata sebab semuanya nampak menarik. suka kraft rattan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha memang rambang mata pun. Yang tak minat rotan macam ksarie pun terbeli juga 1 heheheehehehe.

      Delete
  2. In sha allah 1 fine day nanti nak jejak kaki juga ke sabah. Reda la Covid 19 dari bumi Malaysia. Rindu nak cuti2 Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn....sekarang ni jangankan nak cuti-cuti Malaysia, nak keluar pergi Tesco beli groceries pun kena berjaga-jaga. Stay safe okay

      Delete