Sepanjang 42 tahun umur den ni, den hanya pernah tengok 6 Korean Drama (KDrama) dan rasanya kali terakhir den tengok KDrama adalah 5, 6 tahun lepas kot, drama Deep Rooted Tree. 

Den tau memang banyak KDrama yang best tapi selama ni den menahan diri dari terjebak dengan mana-mana drama sebab den tau dah perangai den yang payah nak move on kalau dah tersangkut pada mana-mana drama ni. 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid19 menyebabkan den terjebak semula dengan KDrama huhuhuhu. 

Episod pertama Partners For Justice yang membuatkan den rasa wow telah menyebabkan den marathon drama ini Season 1 (2018) dan Season 2 (2019) dalam masa hampir 10 hari sebab cerita ni serius best untuk den.
Season 1
Season 2
Drama penyiasatan yang melibatkan sains forensik (autopsi) oleh National Forensic Services dan justice (pendakwaraya) oleh Seoul Eastern District Prosecutor's Criminal Division Eight sememangnya lain dari yang lain. 

95% jalan cerita fokus pada penyiasatan nak menyelesaikan kes. 5% je pasal life lepas kerja. Takde cintan cintun ye drama ni.

So apa yang membuatkan drama Partners For Justice yang ada 32 episod bagi setiap season (1 episod 30 minit) best teruk?

10 sebab drama ni best bagi den:

1) setiap kes yang perlu disiasat punca kematian berbeza-beza yang mana setiap kes ada je plot twist nya. Daripada kes pembunuhan bersiri, pengabaian warga emas, polis dituduh membunuh, MERS, tipu insuran, buli di sekolah, etc memang mantap jalan cerita. Kebanyakan kes kita tak akan jangka culprit tu siapa. Memang akan tak sabar nak tengok episod seterusnya apa jadi. 

2) real sangat scenes autopsi mayat. Sekecil-kecil benda macam jenis tanah, tahap pertumbuhan ulat, bau minyak, bakteria, etc adalah petunjuk yang boleh membantu merungkai kes. Siap dapat belajar secara tak langsung pelbagai terma berkaitan autopsi, penyakit genetik, personality disorder, siap analisis makmal guna mesin spectrophotometer bagai semua ada;

3) cerita yang realistik. Setiap kali kes berjaya diselesaikan, mesti ada pengajaran untuk penonton. Ada autopsi yang tak dapat tentukan punca kematian. Orang jahat memang licik. Kadang kala dalam hidup, orang yang bersungguh-sungguh buat kerja akan dipinggirkan dan orang yang tak buat kerja dapat dapat pengiktirafan. Kadang-kadang orang jahat akan menang, orang baik akan kalah;

4) terselit komedi santai yang tidak dibuat-buat;

5) pelakon baik pelakon utama dan pelakon pembantu yang awesome. Daripada polis yang happy go lucky, penyelidik yang cantik tapi pandai nak mati, penyelidik yang suka makan, penyiasat yang kecoh, etc semuanya menambah perisa cerita;

6) kalau dalam Grey's Anatomy kita ada Dr McDreamy dan Dr McSteamy, kita ada Dr McGrumpy dalam Partners For Justice ni. Dr Baek Beom (Jung Jae Young) memang teliti sungguh bila buat autopsi tapi attitude dia boleh mengundang sakit jiwa pada orang yang berurusan dengan dia. A cold perfectionist kind of guy. Favourite words masa Season 1 adalah 'keluar' dan 'apa' (tapi dalam bahasa Korea jelas garangnya). Dia memang tak akan berhenti selagi tak jumpa punca kematian sampai kadang-kadang menjengkelkan team dan boss. Hidup dia hanya pada kerja. Dia tak minat langsung nak berinteraksi dengan orang. Perangai agak hampeh tapi kerja tip top. Tapi sebenarnya dia adalah insan yang tersakiti;
Dr McGrumpy
7) Eun Sol (Jeong Yoo-mi) adalah pendakwaraya baru yang baik hati dan eager nak buat kerja tapi macam blur, naive, ikut perasaan, etc yang ada photogenic memory. Dia semakin cekap buat kerja bila dah beberapa episod. Dia selalu kena berurusan dengan Dr Baek Beom yang dia panggil Dr Psycho. Walaupun mula-mula depa saling menyampah pada mulanya tapi depa tetap bekerjasama untuk selesaikan kes. Dalam Season 2 dia lebih profesional dan mature;
8) Do Ji Han (Oh Man Seok), a veteran prosecutor ala-ala McCool yang jujur dan tegas buat kerja. Mamat ni sama macam Jung Jae Young, actors that ooze charisma when on screen;
9) Dr Jang Chul/Dr K (No Min Woo) adalah villain dalam Season 2 yang pertama kali muncul di screen menyebabkan den terasa 'ala apasal orang jahat comel muka jambu sangat ni, macam mana nak kalahkan dia nanti'. Sajak benar bawa watak psycho mamat ni;
Jambu naw penjahat ni
10) OST yang mantap. Den sejak zaman-zaman dulu suka je dengar lagu best pada halwa telinga den walaupun tak tau apa kata liriknya macam lagu-lagu era kegemilangan the heavenly kings dulu. Jadinya tak sangka OST drama ni banyak yang best k. Den paling suka 4 lagu - Truth, It's Alright, The Reason dan Everyday.

Den harap ada Season 3 nanti sebab ending Season 2 tergantung sangat ye. Kalau ada Season 3, yang paling den nak tengok adalah plot kolaborasi Do Ji Han yang tersakiti dengan Dr K. 

Serius den suka cerita ni.

6 Comments

  1. Wow sangat! Saya memang suka layan KDrama, cumanya buat masa ni layan yang pendek2 dulu.. KMovie... macam kak sarie bagitau, risau dok ikut sampai berseason2... hahhaha... nanti bolehlah tgk cerita ni pulak..

    ReplyDelete
  2. KSarie memang berkenan habis dekat drama ni. Siap dah ulang tengok sekali lagi kedua-dua Season. Tak move on lagi dari karisma Dr Baek Beom hehehehehe

    ReplyDelete
  3. hewhew.. ni yang kedua review sy baca orang rekemen citer ni..
    saya selalu tngk yang komedi n cintan cintun hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Genre macam ni memang my kind of cup of tea. Cerita bergasak, siasatan, bunuh membunuh, thriller tuh memang ksarie suka

      Delete
  4. SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapatkan pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete
  5. instagram: Aasimahaadilaaloanfirm
    twitter: ... aasimahaadilaahmedloanfirm
    E-mel: aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com


    salla Llâhu ‘alayhi wa sallam, nama saya Neni Syahir, saya adalah korban penipuan di tangan kreditor palsu. Saya kehilangan sekitar Rp.65.000.000 karena saya membutuhkan modal besar Rp. 5,5 miliar. Saya hampir mati, saya tidak punya tempat untuk pergi dan bisnis saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya. saya tidak tahan lagi dengan hal ini. 4 November 2019 ini, saya bertemu dengan seorang teman lama di sebuah restuarant di Bandung yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Ny. AASIMAHA ADILA MEMILIKI LOAN FIRM, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah perusahaan. Tolong, bantu saya untuk berterima kasih kepada ibu muslim yang memberikan pinjaman besar kepada pemilik perusahaan, pabrik burung hantu dan orang pribadi. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia, Jika Anda ingin pinjaman modal besar, Anda dapat menghubungi mereka dan melihat situs web mereka Anda perlu tahu bahwa ada banyak scammers di blog ini yang tidak memiliki situs web di google map, saya menawarkan pinjaman dengan tingkat sangat rendah 1% dan saya mendapat pinjaman dalam 1 jam. .
    Kontak Aplikasi pinjaman besar

    E-mel: *******aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ::: ************ + 447723553516
    Email saya; ***************** nenisyahir@gmail.com
    Bismillâh ar-ra.hmân ar-ra.hîm

    ReplyDelete