Return To Summerhouse by Jude Deveraux

08:47
Novel ni adalah sequel kepada Novel The Summerhouse yang merupakan antara my favourite read from this author.

Storyline nya lebih kurang sama di mana 3 orang wanita yang tak gembira di dalam hidup diberi peluang untuk kembali pada satu masa silam. So terpulang pada mereka untuk ubah masa silam tersebut sebab tiada jaminan mengubah masa silam dapat menjamin future yang lebih bahagia dan cemerlang.

Amy, Faith dan Zoe adalah 3 orang yang asing antara satu sama lain tetapi berkongsi pakar terapi yang sama iaitu Jeanne. 

Atas arahan Jeanne, mereka bertiga berjumpa di summerhouse di Maine yang akhirnya membawa mereka kepada Madame Zoya yang memberi peluang kepada Amy untuk kembali ke kurun ke 18 bagi mengubah nasib keturunnya di mana Faith dan Zoe turut terjebak sama.

Faith dan Zoe juga mendapat peluang masing-masing untuk kembali pada silam diaorang.

Of course novel daripada Jude Deveraux setakat yang den pernah baca tak pernahnya tak happy ending. Makanya 3 orang wanita ini berjaya mengubah kehidupan masing-masing kepada lebih bahagia dan gembira.

Bagi den novel The Summerhouse lebih mantap dan touching daripasa sequelnya nih tapi it still a great read.

Dah namanya fiction genre kan, dah tentu la boleh je jadi macam-macam.

Agaknya kalau ada peluang nak kembali ke zaman silam, apa agaknya yang nak diubah ye? Follow the heart than the mind? Travel more? Choose different career?
 
I will definitely go back to my sudent time. Masa buat degree di UKM dulu supaya den boleh beli berenyut-renyut saham Apple ke Microsoft ke dengan loan Mara lalu menjadi kaya kayak haahhahahahahahahha.

No comments:

Powered by Blogger.