Sentosa Regency Hotel, Alor Setar, Kedah

Disebabkan masa di RR Gurun, buong dah tak larat, masa mata rabak sambil minum kopi o tuh la den tergedik-gedik cari hotel through agoda. 

Nampak review macam memberangsangkan dan harga adalah mampu milik.

But the hotel definitely a gem in Alor Setar.
Yupp memang hotel lama dan perabot semua all school tetapi hotel adalah sangat lengkap serba serbi, besar, bersih, kemas, tidak spooky, tiada bau masam dan kusam hotel lama, etc atau dengan kata lain, hotel lama tapi dengan aura hotel baru gittew.

Siap ada bilik yang sangat luas, bath tub dan breakfast.

Pagi-pagi ada surat khabar diselitkan di bawah pintu. Dah lama gila kot rasanya tak rasa perkhidmatan yang macam ni.

Really worth the price. Truly worth it.

Lobi hotel memang sangat luas. Ada disediakan sofa di ruang menunggu.

Hotel yang sesuai untuk semua sebab disediakan perkhidmatan lif. Lif plak cantik sungguh, macam hotel berbintang-bintang yang den tengok gambarnya di dalam majalah.

Bilik hotel adalah paling wow.

Bilik dengan 2 katil queen dan ruang yang sangat besar yang boleh menempatkan lagi 2 katil queen. Nak skipping ke, tidur terlentang meniarap, etc kat lantai memang boleh sangat.


Disediakan mini fridge, cerek, air minuman, almari, meja make up, meja kopi dan kerusi, etc. Memang lengkap semuanya.


Yang paling surprise nya adalah bilik air yang mempunyai bath tub. Serious tak sangka. Memang pattern lama tapi bath tub berfungsi dengan baik.

Budak-budak memang paling happy sebab dah lama depa tak jumpa bat tub. Sakan depa dok berkubang dalam tuh. Memang gembira habis diaorang tuh.

Wifi adalah super laju.

Buffet breakfast spread adalah sederhana tapi dengan harga yang dibayar, den rasa dah lebih dari berbaloi. Kitaorang bayar RM8 untuk breakfast F sebab free breakfast untuk 2 orang sahaja.
Lempeng aka pancake dia nipis sangat. Sedap.

#Kalau nak dapat bayaran RM8/orang untuk extra breakfast, perlu buat bayaran masa check in ye. Kalau bayar di pagi masa nak breakfast tuh sorang dikenakan bayaran RM20.

Den bayar hanya RM97 untuk hotel yang den rasa antara hotel terbaik dalam kesemua hotel yang den pernah pergi sepanjang hidup den. 

Terima kasih kepada mereka yang memberi ulasan yang tepat tentang hotel ini di dalam review agoda.

A truly worth hotel to stay.

2 comments:

  1. memang berbaloi dgn byran rm97 tu. kalau pi kedah pasti nak cari hotel ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha memang berbaloi sangat-sangat. A gem in Alor Setar gittew.

      Delete

Powered by Blogger.