Kita semua sedia maklum bahawa setiap tugas yang berlainan memerlukan peralatan yang berbeza. Hal ini terjadi bagi beberapa pekerjaan yang sukar atau rumit, yang mana memerlukan produk yang direka khusus untuk penggunaan tertentu. 

Menyedari perkara ini, WD-40®memperkenalkan barisan produk kepakaran WD-40®pada tahun 2011. Formulasi khas yang dihasilkan untuk memenuhi keperluan khusus para pengguna profesional, barisan produk ini membantu juruteknik supayapekerjaan spesifik mereka dapat dilakukan dengan lebih cekap dan mantap. 

Seiring dengan evolusi Sains & Teknologi, WD-40® telah menambah 5 penyelesaian baharunya ke dalam barisan produk kepakaranWD-40® untuk melengkapkan lagi keperluan penyelenggaraan kita. 
Berikut adalah 5 tambahan baru dalam barisan kepakaran WD-40®. Lihat sama ada tugasan atau pekerjaan kita memerlukan bantuan Pakar! 

WD-40® SPECIALIST FOOD GRADE SILICONE SPRAY 

Direka khas untuk industri pengedalian makanan dan pemprosesan makanan, ia tidak berwarna, tidak berbau, membentuk filem tanpa warna yang memberi pelinciran dan melindungi permukaan seperti plastik, getah, logam, kaca, kayu dan banyak lagi.

Ia adalah agen yang terbaik untuk menyisihkan dan mengeluarkan garisan makanan, pengadun, pencetak, rantai rol, tali sawat, penggelek dan lain-lain. 
WD-40® SPECIALIST DUST FREE AIR DUSTER 

Penghapus debu udara ini sangat berkesan menghilangkan habuk dan kotoran dengan mudah. 

Tidak kesat dan tidak menghakis, produk ini mudah digunakan dalam membantu menjaga peralatan elektronik, barangan isi rumah, bengkel, dan memberi kenderaan bebas daripada habuk, serpihan, serbuk dan sebagainya tanpa meninggalkan sebarang sisa. 

Ia selamat digunakan pada permukaan plastik dan peralatan ketepatan halus (contohnya; kamera, mikroskop, pencetak dan komputer riba). 
WD-40® SPECIALIST HIGH PERFORMANCE SPRAY GREASE 

Kualiti premium, pelinciran yang tahan lama untuk permukaan logam, produk ini dirumus khas bagi kegunaan di kawasan yang memerlukan pelinciran lebih lama dan perlindungan daripada hakisan. 

Ia tidak menitis, kerana dicipta dengan sifat lekatan dan kedapanyang sangat baik untuk memberi ketahanan terhadap air. 

Produk ini boleh digunakan di keseluruhan kawasan kediaman, industri dan premis (contohnya; kendi, gear, rantai, bolt dan nut, paip, pili, jentera).
WD-40® SPECIALIST MULTI-PURPOSE CUTTING OIL 

Produk ini direka untuk menggelakkan lubang dan kerosakan logam, untuk memudahkan pemprosesan logam secara mekanikal dengan mengurangkan pengumpulan haba dan daya geseran. 

Ia mengurangkan tenaga pemotongan dan meningkatkan kecekapan pemotongan dan sesuai digunakan bagi semua jenis logam. 

Dengan bahan tambahan tekanan tinggi dan anti-geseran, ia juga meningkatkan kemasan mesin dan memanjangkan hayat peralatan. 
WD-40® SPECIALIST RUST REMOVAL SOAK 

Produk ini menghilangkan karat dengan cepat dan melarutkannya tanpa merosakkan bahagian atau cat di sekitarnya. 

Tidak bertoksik, tidak mudah terbakar, dan boleh dibiodegradasi, ia sesuai untuk membaiki bahagian berkarat logam tanpa perlu mengikis, menyental atau menggosok. 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang barisan siri produk kepakaran WD-40®, boleh melayari SINI

MENGENAI SYARIKAT WD-40®

Syarikat WD-40 adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® SpecialistAutomotive.

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari laman sesawang SINI

0 Comments