Best View Hotel, Bandar Baru Bangi

Kitaorang sekeluarga menginap di hotel ni disebabkan den ada kursus half day di bangunan sepelaung dari hotel ni. Den jalan kaki je dari hotel ni ke tempat kursus. Itu je la pun asbab utama kitaorang menginap di hotel ni.
Dari segi lokasi, memang boleh bagi 5 markah sebab ianya terletak di dalam kawasan gugusan rumah kedai di Bangi Getaway. Hotel nih sepelaung je dari Restoran Melaka Asam Pedas (kitaorang jalan kaki je dari hotel untuk lunch kat sini). Sebelah hotel plak ada Restoran Asam Pedas Parit Jawa (eh ke Parit Muar tak ingat plak).
Kalau nak bersenam boleh je jalan kaki dari hotel ke Parkson tapi memang akan berpeluh ketiak juga la (nak-nak plak cuaca masa kitaorang kat sini panas lit-lit) dalam 10 minit berjalan kaki.
Macam-macam kedai dok ada berdekatan dengan hotel ni. Butik pakaian muslimah dan tudung bersepah-sepah kat sini.
Sediakan aje la duitnya gittew konsepnya.
Tempat letak kereta ada je di sekitar kawasan hotel. Kat basemen pun ada tempat letak kereta.
Lobi hotel sempoi je. Ada disediakan sofa di ruang menunggu. Ada juga diletakkan banner berkaitan tour trip ke Putrajaya, etc. Sesiapa yang nak feeling tourist tuh boleh je la ambil trip nih (ke tempat tertentu di Putrajaya).
Ada juga disediakan vending machine bagi minuman ringan. Terdapat jualan maggi di kaunter check in dan check out.
Deposit RM 50 dikenakan apabila kita menginap di sini.
Best View Hotel nih ada di pelbagai negeri di Malaysia nih. Ada dipaparkan lokasi Best View yang sedang beroperasi di Malaysia.
Hotel nih tak sesuai untuk OKU, ibu mengandung, orang tua dan orang sakit lutut sebab tiada disediakan perkhidmatan lif dan tangganya agak tinggi even nak menyampaikan ke tingkat 1. Rasanya dalam 3 kali pusingan (dalam 20 lebih anak tangga) baru sampai ke tingkat 1.
Bilik standard yang ada satu katil queen yang kitaorang menginap tuh agak kecil untuk kitaorang berempat. Serious agak kecil walaupun besar sedikit dari hotel Brezza di Lumut (hotel paling kecil yang kitoarang menginap setakat ni), kitaorang siap berlaga bontot lagi bila semuanya berdiri nak tukar baju atau kalut nak pakai kasut bila nak keluar dari bilik hotel.
So pendekatan yang boleh digunapakai adalah semua orang perlu melepak di atas katil sahaja kecuali sesiapa yang nak pergi toilet diizinkan untuk berdiri di ruang yang ada sebab biliknya agak kecil.
Biliknya memang bersih dan kemas cumanya kecil. Kalau untuk 2 orang dewasa sesuai la bilik standard nih. Kalau ada 2 orang anak macam kitaorang nih, bilik nih agak sempit.
Bilik air pun sangat comel. Water heater berfungsi dengan baik. Comel sangat sampai budak-budak 2 orang yang suka main air tuh dok cakap ‘mama tak muat la nak mandi, tak boleh gerak-gerak dalam nih’ hehehehehe.
Memang den nak kena kuruskan badan la nampaknya sebab banyak hotel bajet semakin cute miut setara la dengan namanya bajet ye. Takut den bulat sangat sampai tak muat nak masuk bilik air nanti huhuhuhuhu.
Plug point ada 1 je. Barang kena letak longgok-longgok kat bawah meja sebab ruang bilik yang kecil.
Kemudahan yang lain sama je macam hotel bajet yang lain. Ada televisyen, tempat sangkut pakain yang sempoi, 2 botol drinking water dan jug air. Aircond berfungsi dengan sangat baik sampai nak beku kitaorang dalam tuh hehehehe.
WiFi sangat laju di bilik hotel.
Disediakan seterika dan iron board serta water dispenser di kawasan guna sama.
Hiasan dinding di kawasan tangga
Hotel nih okay je cuma mungkin kena ambil bilik yang superior ke atas gamaknya.

No comments:

Powered by Blogger.