Pertengahan bulan Ogos lepas den ada program di Star Avenue Lifestyle Mall, Bandar Pinggiran Subang. Programnya mula pukul 9 pagi. Boleh je la kalau nak gerak dari Shah Alam pun kan tapi disebabkan tak nak bangun awal sangat, tak nak terkejar-kejar, etc, makanya kita check in la kat hotel bajet yang dok ada berdekatan dengan tempat kejadian.

Saja cari peluang nak check in pun iya juga…eh…hehehehhehehehe.

Hotel nih terletak lebih kurang 700 meter dari jalan raya utama. Ianya berada di kawasan komersial yang agak baru di Subang Bestari nih. Walaupun masih banyak rumah kedai yang tidak beroperasi, kawasan ini tetap happening dengan pelbagai kedai makan yang nampak meriah tapi kitaorang tak sempat nak singgah sebab dah kepenatan gerak dari Shah Alam lepas kerja tuh.
Rasanya hotel nih tak sampai setahun pun beroperasi. Hotel masih baru so serba serbi masih cantik.

Tempat letak kereta di sekitar kawasan hotel adalah banyak sebab hotel terletak di corner lot dan ada beberapa ruang kedai berdekatan yang masih kosong, so boleh je la letakkan kereta di situ. Kitaorang dapat parking kereta betul-betul depan hotel.

Apa yang paling menarik kat hotel nih bagi den adalah lobi dia yang besar dan didekorasikan nampak esklusif walaupun ianya hotel bajet. Hiasan di lobi hotel nih dah boleh setanding dengan hotel yang berbintang-bintang (den agak je la ye sebab den tak pernah sampai hotel berbintang-bintang nih, biasa lepak hotel bajet je hehehehehehe).
Kaunter reception simple tapi menarik. Tambah molek lagi adalah staff masa kitaorang check in dah check out adalah bersopan santun orangnya.
Di lobi nih disediakan deretan sofa untuk kita melepak sambil menonton televisyen yang boleh tahan besar saiznya. Tapi biasa la gambar-gambar yang den ambil dengan handphone canggih den ada yang bergoyang sana sini sebab sebelah tangan pegang handphone, sebelah tangan lagi dok melayan si A yang dok berpaut macam koala bear tuh.
Di satu sudut di ruang lobi nih disediakan computer untuk kegunaan tetamu hotel. Dah jarang hotel sediakan perkhidmatan macam nih sebab semua orang biasanya guna laptop sendiri atau guna telefon je untuk buat apa-apa urusan but I still feel happy terjumpa hotel yang ada sediakan kemudahan ni. Tak tau kenapa ada rasa best je bila terjumpa hotel yang sediakan computer untuk tetamu dia. Dah tua-tua ni, all the simple and smallest thing pun boleh buat den happy gittew.
Siling hotel pun agak unik di lobi nih. Macam berombak-ombak camtuh.
Sebelah kiri lobi, ada disediakan ruang untuk kita melepak sambil minum kopi Starbucks (Starbucks konon padahal tak pernah minum pun hehehehehe). Tak kisah la kan kopi Starbucks ke kopi Mak Leha ke apa tapi kita boleh minum sambil membawang kat sini. Kalau nak buat kerja kat ruang lobi nih pun okay je sebab kerusi dan meja yang disediakan selesa je.
Eh cerita pasal lobi hotel je pun dah sampai empat (4) perenggan heehhehehehe.

Hotel nih menyediakan perkhidmatan lif cumanya nak menyampaikan ke lift tuh kena menapak naik empat (4) anak tangga. Untuk orang sakit lutut, orang tua yang jalan berpapah atau ibu mengandung, in sya Allah boleh digagahkan lagi la nak naik tangga ni walaupun terkelembap tapi untuk sesiapa yang menggunakan kerusi roda, agak mencabar juga la kalau perlu angkat kerusi roda tuh melepasi anak-anak tangga nih.
#Kalau hotel nih nak tambahbaik kemudahan dia untuk lebih mesra OKU, warga emas dan ibu mengandung, mungkin boleh pertimbangkan untuk ganti tangga nih dengan laluan gelongsor tuh.

Den memang puas hati dengan bilik dia. Kemas, bersih dan ringkas. Luas bilik dengan dua katil single nih just nice untuk family of four macam kitaorang nih.

Katil dia paling best sebab empuk dan bantal yang tak penyet sangat.
Kemudahan yang ada macam biasa yang boleh ditemui di kebanyakan hotel bajet yang lain macam televisyen, tempat sangkut pakaian, cerek, cawan, instant coffee, air mineral, telefon, etc.
Bilik air dia je yang weird sikit sebab pakai kaca kan. Makanya bila nak mandi ke apa jenuh la sikit sebab see through gittew. Dah budak-budak dok bising nampak kita kat dalam tuh heheehheehehe.
Nasib baik pintu bilik air tak see through jugak
Shower berfungsi dengan baik, toiletries disediakan. So den memang happy je la dengan hotel nih.

Wifi percuma dia memang best sebab laju. 

Seterika dan iron board ada disediakan di hujung tingkat.
Jarak hotel nih dengan Star Avenue Lifestyle Mall adalah 5 minit naik kereta.

So kepada sesiapa yan ada urusan atau sesi berjimbaan di kawasan berdekatan dengan Subang Bestari nih, bolehlah pertimbangkan untuk menginap di hotel ini.

4 Comments

  1. nampaknya kena stay d sini lah nanti.
    abam kie jd follower ke 11.
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih abam kie sudi singgah ke blog kita dan follow kita. Thanks ye

      Delete
  2. skarnag kan ade banyak juga hotel2 budget cemni tapi lawa2 n selesa sangat. untuk those yang transit nak rest kalo penat tu bagusla idea ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat....memang best ada hotel bajet. Sesuai la untuk orang biasa-biasa cam den nih ha. Nak berjalan tapi nak bajet-bajet.

      Delete