Kalau Dah Bukan Rezeki

Tengahari tadi tiba-tiba tergedik-gedik rasa nak kira duit syiling dalam tabung-tabung den kat opis nih. Ada tabung yang penuh, ada yang separa penuh & ada tabung yang takde duit langsung.
 
Dah sakan mengira duit syiling dari 5 sen sampai la ke 50 sen tuh, makanya dapat la sekupang dua.

Maka excited la den nak masukkan duit tuh dalam mana-mana akaun yang ada deposit mesin syiling. Disebabkan the only bank yang ada kemudahan tuh di PKNS adalah BSN makanya den nak masukkan kat situ je la.

Den dah siap call BSN tanya mesin deposit syiling tuh berfungsi ke tak. 

Masa den sampai ke BSN tuh, nampak ada satu family nih tengah guna mesin deposit syiling tuh. So den settlekan la dulu urusan di kaunter yang diselesaikan dalam tempoh 15 minit.

Alih-alih bila den nak guna mesin deposit syiling tuh, mesinnya Out of Service la pulak huhuhuhuhuhu.

Den mencuba nasib la plak nak depositkan syiling tuh kat kaunter bank Muamalat tapi depa takde la plak mesin syiling.

Den ingat nak buka akaun je kat Affin Bank kalo depa sudi nak terima syiling den tapi Affin Bank dah berpindah kat bangunan depa sendiri kat Seksyen 14.

Makanya dengan hati yang kuciwa, terpaksa la den angkut duit syiling yang berat tuh balik semula ke opis.

Berpeluh-peluh ketiak wei sebab dah la matahari tegak kat kepala (dalam pukul 1.30 pm camtuh) + syiling yang super berat (mujoq sangat tak rebeh bahu den)  + ada la dalam 10 minit berjalan kaki dari PKNS nak ke opis den tuh.

Dah sampai kat bangunan opis den, den tanya kakak cafe tuh kot-kot dia nak tukaq syiling. Katanya syiling dia dah banyak gila. 

Akhirnya dengan hati yang sedih dan bahu yang dah terpleot den angkut la syiling tuh balik ke opis. Duduk la hangpa dalam laci kat opis nih sampai la den ada kekuatan nak menapak lagi ke BSN PKNS yang tatau entah bila la tuh huhuhuhuhuhu.

p/s ke tulah sebab hari tuh dah janji dengan buong nak masukkan duit syiling dalam akaun kitaorang anak-beranak kat Tabung Haji.

No comments:

Powered by Blogger.