Escalated Quickly….as usual

13:58
Biasa la den nih…kalo tak dramatic tak sah.
 
Lepas tragedy berpeluh ketiak kena angkut syiling yang sekupang dua tuh balik ke opis, makanya lepas solat Zuhur tuh den buat siasatan ada bank lain tak yang dekat-dekat dengan opis den yang menawarkan perkhidmatan mesin deposit duit syiling. Den dapatkan senarai bank yang sediakan perkhidmatan nih kat website bank negara.

Alih-alih tertengok plak senarai 7 bank Malaysia yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan di ASEAN bagi tahun 2017 (tak pasai-pasai kan) sebab den berangan nak buka akaun baru khas untuk duit syiling deposito. Mengikut website-advertising marketing tuh, senarai yang berkenaan adalah Maybank, CIMB, Public Bank, RHB Bank, Hong Leong Financial, AmBank dan Bank Islam.

Disebabkan den nak buka akaun di bank yang den tak pernah berurusan dan menyediakan perkhidmatan mesin deposit duit syiling, makanya pilihan yang ada adalah RHB Bank dan Hong Leong Financial je.

So den tepon RHB dan macam okay kot nak buka akaun kat situ.

Saja tanya Affin Bank tapi depa cakap mesin deposit syiling depa rosak dan masih tunggu technician datang repair.

Den suspek mesin deposit syiling nih memang agak selalu bermasalah agaknya. Sebab tuh tak banyak bank yang sediakan perkhidmatan nih.

Cumanya senarai bank yang menyediakan perkhidmatan mesin deposit duit syiling kat website bank negara tuh macam tak updated sebab ada bank yang den tepon maklumkan that certain branch dah takde mesin deposit duit syiling walopun dalam list BNM, depa ada mesin tuh.

So setakat nih berangannya adalah nak buka akaun RHB khas untuk simpanan duit syiling yang sekupang dua tuh.

No comments:

Powered by Blogger.