Buku nih den baca sekali hadap masa dalam flight pi Bangkok 13 Jun lepas. Punya la lama dok peram nak ceite sekupang dua pasai buku nih sebab den memang malaih baloq.

Tajuk macam kelako tapi isinya agak berat untuk den yang sel-sel otak yang berhenti berhubung sebab den asyik makan jajan.

Secara ringkasnya, buku nih ceite pasal penulis dok sakan makan Almond London sampai end up wifenya buat sendiri di samping mengupas isu gay secara santai. Santai-santai pun heavy jugak nih.

Banyak perkataan baru yang den baru tau dari buku nih. Ada bezanya antara transgender, transvestite, transeksual, homoseksual, biseksual, triseksual, pengkid, heteroseksual dan uberseksual (nak tau apa beza, sila la google sendiri yek atau baca buku nih).

Kalo ikut ceite dalam buku nih, gay adalah boleh diubati dengan mendekatkan diri dengan Allah, kena divert perasaan, selalu ingat mati, etc.

Ada juga bahagian dalam buku nih yang mengumpulkan beberapa komen orang ramai tentang isu gay nih (termasuklah mamat gay) di blog tuan hamka nih.

Ada beberapa info yang rohaniah macam:

1. sunah menutup kepala bila memasak (den baru tau k);

2. petikan makna beberapa ayat surah Al-Mulk;

3. soalan-soalan matematik versi berbeza (contoh dari buku : pahala solat jemaah sekiranya Ali solat jemaah hanya pada hari Jumaat dan hari raya di tahun lompat);

4. cerita Nabi Luth dan kaum Sodom; dan

5. dua syarat untuk dapat hidayah dari Allah adalah keinginan dan pengorbanan, etc.

Terselit juga cara buat Almond London secara tak langsung.

Banyak lagi garapan dalam novel nih tapi den pun tak reti nak ceite camne coz ianya topic yang agak heavy bagi den walopun diceritakan secara santai. Disebabkan den bias abaca buku-buku lagho, nak ceite pasal buku yang ilmiah otak den jadik agak terpleot.

Nak tau detail atau ceite keseluruhan kena la pi baca buku nih yek.
fancy je cover macam bacaan ringan tapi isinya ilmiah camtuh

#disebabkan den baca buku nih di bulan posa, langsung la pi order sampai 3 balang Almond London daripada kawan den untuk makan raya. Satu balang abis makan masa bulan posa lagi. La nih ada setengah balang lagi kat umah. Yang kat opis nih pun ada setengah balang lagi. Lepas tuh hang kalut kata seluaq hang tak muat kan.

0 Comments