Tempat Makan Sedap Warung Kopi Singgah Dulu, Tanjung Karang, Selangor
Assalamualaikum dan salam Sejahtera.
Macam mana Ramadan kome setakat ini?
Semoga yang molek-molek untuk kita semuanya ya.
In sya Allah hari ini hari ke 7 kita berpuasa.
Sekejap aje kan?
Dia bila masuk bulan Ramadan ni blogpost paling popular di blog den adalah resepi Biskut Florentine yang den buat tahun 2018😅.
Memang paling banyak view dan komen di blogpost yang satu ini
https://www.dinohauz.com/2018/06/resepi-biskut-florentine-crunchy.html
Baca balik blogpost pasal biskut ni, tiba-tiba terfikir samada den perlu buat biskut Florentine tahun ini?
Ke elok den tidur dan berehat je😅?
Den hendak kongsikan ada sebuah warung kopi kampung di Tanjung Karang.
Den terjumpa warung ni semasa ronda-ronda di Tanjung Karang.
Nampak sangat orang kampung kan?
Orang lain ronda-ronda di Pavillion ke Bangsar Village.
Den meronda di Tanjung Karang.
Tidak hipster sungguh😅.
Kome boleh pertimbangkan pergi ke warung ini nanti ye.
Sebab in sya Allah makanannya ada rasa.
Harga berpatutan.
Makan pula sambil disapa angin sepoi-sepoi Bahasa.
Memang ngam teruk.
Pilihan Menu
Ada banyak pilihan menu yang bisa buat rambang mata.
Kombinasi menu tradisional dan barat.
Ada makanan berat macam nasi, mee, spagetthi, dsb.
Ada juga makanan kudapan macam fries, toast, dsb.
Minuman hipster pun ada.
Kome tengok gambar menu yang den kongsikan ye.
Apa Kami Makan
Seperti biasa, kalau makan selalunya den yang tentukan menunya.
Dasar pemerintahan kuku besi begitulah ye😅.
Kami makan 6 menu.
Chili Pan Mee.
Spagetthi Bolognese.
French Toast.
French Fries.
Nasi Goreng Ayam.
Lempeng.
Den paling berkenan dooh dengan Chili Pan Mee.
Serba molek untuk hidangan ini.
Cukup rempah dan perisa.
Chili oil dia memang daebak.
Cumanya pedas la sedikit.
Jadinya den sorang je la makan hidangan ini.
Sebab yang lain udah terkulat-kulat kepedasan bila rasa satu suap begitu😅.
Kalau kome singgah ke kedai ini mohon pesan Chili Pan Mee ini ye.
Nasi Goreng Ayam juga memikat rasa.
Dia perut orang kampung macam tuh la ye.
Walaupun banyak pilihan menu barat, mesti hendak juga makan nasi.
Anak den si A tu paling berkenan dekat French Toast.
Sakan dia mengutip buah kiwi.
Roti yang dibakar lembut bersama hirisan buah-buahan segar dan aiskrim membuatkan ianya menjadi satu hidangan yang mouthwatering.
Acah-acah ayat buku resepi tak😅?
Ini pun kome kena cuba kalau makan di sini ye.
Spagetthi Bolognese sedap macam di tempat-tempat lain.
Kadang-kadang den pun tak tau nak diapakan lagi ye hendak bagi Spagetthi Bolognese itu istimewa.
Bagi den kalau pastanya kenyal elok, meatball sedang molek tidak keras, sos tidak terlalu masam kira ngam la tu.
Ini kegemaran anak-anak den juga.
French Fries asal tidak serap minyak memang cun.
Lempeng memang tidak boleh kata apa la kan sebab my bias.
Persekitaran
Warung kampung open air yang buat rasa nyaman hendak menjamu selera.
Lapik meja kain baik.
Kena pula masa makan ada angin.
Memang ngam la dengan udara segar apa semua.
Lokasi warung pula jauh dari jalan besar.
Sawah padi walaupun jauh sedikit tetapi masih boleh nampak di seberang jalan.
Jadinya tenang aje hendak menjamu selera.
Lokasi dan Waktu Operasi
Waktu operasinya Selasa - Ahad dari 12 tengahari ke 6 petang.
Kome boleh jenguk IG deme di https://www.instagram.com/singgahdulu_official
In sya Allah nanti den hendak makan lagi di sini.
Tanjung Karang masih merupakan kawasan jajahan dalam skop kerja den.
In sya Allah den hendak datang makan sini bersama team pula.
Jadinya kalau kome ke Tanjung Karang, boleh singgah makan di sini ye.
In sya Allah berbaloi.
0 Comments