Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Bagaimana Jun kome setakat minggu pertama ini?

Minggu pertama den agak sedikit dramatik😅.

Sudah namanya kehidupan kan?

Kita jalan terus ye biarpun mengesot begitu ye.

 

Kome tau tak tentang sebuah tempat yang bernama Papan di Perak?

Papan ni dia tidak jauh dari Pusing dan Batu Gajah.

Kalau dari pekan Pusing tuh tidak sampai 5 minit udah sampai ke Papan ni.

Dari bandar Batu Gajah dalam 12 -15 minit macam tuh.

Den kebetulan terjumpa Papan ni semasa merayap di Pusing.

Macam eh ada apa ye dekat Papan ni masa den ternampak papan tandanya.

Boleh pula den kena gigit kerengga masa bergambar di papan tanda Papan ni😅.

 

Latarbelakang Papan Sepintas Lalu

Berdasarkan pembacaan coffee table book Papan Pekan Perlombongan Tertua Lembah Kinta (The Oldest Mining Town) yang den pinjam dari Perpustakaan Awam Batu Gajah, dinyatakan bahawa pekan Papan pernah menjadi pusat industri bijih timah utama di Lembah Kinta pada abad ke 19 yang melibatkan pentadbiran Melayu-Mandailing dan komuniti pelombong Cina.

Sungai Johan pernah menjadi jalan pengangkutan utama bagi membawa bijih dan kayu ke pelabuhan sungai di Batu Gajah - Sungai Kinta - Sungai Perak (Teluk Intan).

 

6 Tempat Menarik di Papan

Kalau tanya den yang baru datang ke sini 2 kali setakat ini, memang menarik juga Papan ni walaupun comel aje pekannya dan kedudukannya agak jauh ke dalam dari jalan besar.

Ada 6 tempat menarik yang den sempat jengah setakat 2 kali den ke Papan:

1. Air Terjun Papan

2. Taman Herba Papan

3. Papan Heritage Village (Galeri Warisan Papan dan Kampung Baru Papan)

4. Lorong Lukisan Lantai

5. Rumah Asal Raja Bilah dan Rumah Besar Raja Bilah

6. Masjid Lama Papan

Dari papan tanda Papan, kita akan menyeberangi Sungai Johan ni menggunakan jambatan tapi terlupa hendak ambil gambar sungainya yang telah menjadi sempit dan cetek dan memasuki kawasan berbukit bukau.

Seterusnya kita akan nampak kolam-kolam ikan di sebelah kiri dan perkuburan orang Cina di sebelah kanan.

Dalam 5 minit memandu kita akan berjumpa dengan pekan Papan.

Kita boleh nampak di kiri kanan kita bangunan yang kebanyakannya tidak digunakan lagi.

Den ambil gambar dari dalam kereta je sebab ada banyak anjing berkeliaran.

Den tak nak la ada adegan berkejar-kejaran ala filem Hindustan plak nanti😅

Sebenarnya kalau ambil gambar pra perkahwinan dekat sini cantik juga.

Kalau pakai gown kembang warna-warna terang pun cantik bila bergambar di sini.

Den seperti biasa tema baju lusuh ala hendak ke pasar tema OOTD nya😅

Dari sini kita boleh nampak papan tanda pentunjuk arah termasuk ke 6 tempat menarik yang den nyatakan.

 

Air Terjun Papan

Den rasa Air Terjun Papan adalah tempat yang paling menarik di Papan ni.

Walaupun air terjunnya kecil sahaja dan sungainya tidak begitu panjang tetapi tetap juga ia merupakan tempat riadah yang sesuai untuk seisi keluarga.

Aliran air terjunnya mengundang kesejukan dan memang terasa nyaman bila kita merendam kaki di dalamnya.

Anak-anak den sakan bermandi manda di sini.

Cumanya jalan masuk ke kawasan Air Terjun Papan ini agak mencabar.

In sya Allah den akan ceritakan lagi di dalam post yang akan datang ye.

Taman Herba Papan

Taman Herba Papan terletak di permulaan Air Terjun Papan.

Punca Air Terjun Papan berasal dari sumber air dari kawasan Taman Herba Papan.

Jadinya kalau kome udah sampai ke Air Terjun Papan memang kome terjumpa Taman Herba Papan ni.

Taman Herba Papan di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Perak ini sebenarnya menarik.

Tetapi masih boleh ditambahbaik untuk lebih tersedia sebagai kawasan rekreasi.

Waktu Operasi: 8 pagi - 5 petang. Sabtu, Ahad dan cuti umum tutup.

In sya Allah den akan ceritakan lagi di dalam post yang akan datang ye tentang tempat yang berpotensi sebagai tarikan pelancong.

 

Papan Heritage Village

Kalau kome tengok pada papan petunjuk arah di bawah, ada pelbagai tempat yang boleh dipertimbangkan untuk dilawat di pekan Papan ini termasuklah Galeri Sejarah Kampung Baru Malaysia, Pokok Banyan Berakar di Dinding, Sybil Kathigasu Memorial, etc.

Ada tempat yang den sempat singgah.

Ada tempat yang den belum pergi lagi.

Maknanya kena ulang pergi melawat pekan Papan lagi nampaknya.

Buah Gac yang dijual oleh penduduk Papan. Tak teringat hendak beli masa ni. Kena pergi lagi la nampaknya ye. Buah Gac ni berasal dari Vietnam, merupakan buah dalam keluarga melon + timun

In sya Allah den akan kongsikan tentang tempat yang den sempat singgah di dalam post yang akan datang ye.

 

Lorong Lukisan Lantai

Ini sememangnya sesuatu yang istimewa di pekan Papan ini.

Lukisan ikan koi, ikan emas dan daun teratai di atas jalan tar sebelah longkang memberikan rasa gembira bila kita berjalan di sini.

Mengundang rasa untuk melompat di atas kelopak daun teratai pun iya juga.

Rumah Asal dan Rumah Besar Raja Bilah

Rumah Asal dan Rumah Besar Raja Bilah serta Masjid Papan ni kedudukannya sebelah menyebelah je.

Den cuma ambil gambar sekeping dua di luar kawasan ini sebab ianya mempunyai vibes paranormal atau ianya mungkin hanya perasaan den.

Den tidak berani hendak explore apa pun.

Kalau tengok youtube ada je orang yang masuk buat video dan ambil gambar di dalam rumah itu sendiri.

Den dapat bergambar dekat pintu masuk pun udah okay.

 

Masjid Lama Papan

Buku Papan Pekan Perlombongan Tertua Lembah Kinta menyatakan Masjid Papan yang dibina pada 1888 oleh Raja Bilah adalah masjid tertua kekal dalam bentuk asal di Perak.

Masjid ini adalah masjid Melayu-Mandailing tertua di Malaysia.

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Raja Bilah.

Pada 6 April 1923, tapak masjid seluas 0.087 ekar diisytiharkan sebagai wakaf masjid.

Pada 3 November 1923, kawasan masjid diwartakan sebagai tanah larangan tapak masjid tempat sembahyang bagi orang Islam.

Masjid ini dijaga oleh Penghulu mukim Papan dan Imam Masjid Papan pada ketika itu.

Sekarang masjid ini tidak lagi digunakan.

Tidak pasti samada terdapat usaha pemuliharaan masjid ini oleh Kerajaan Negeri Perak atau Jabatan Warisan Negara.

 

Papan Roses Horse Park dan Papan Agro Valley Sdn Bhd

Dalam perjalanan hendak ke Air Terjun Papan kita akan berjumpa dengan Papan Roses Horse Park dan Papan Agro Valley Sdn Bhd.

Semasa den pergi tuh, dimaklumkan oleh petugas di Papan Agro Valley Sdn Bhd yang ianya tidak dibuka lagi kepada orang awam.

Harapnya di masa hadapan kawasan ini dibuka kepada orang awam.

Sempat den bersembang dengan seorang pengajar di Papan Roses Horse Park ini.

Katanya hanya kelas menunggang kuda disediakan di sini.

Setakat ini tidak disediakan aktiviti riadah menunggang kuda yang kita boleh walk in.

 

Jadinya kalau tanya den tentang 6 tempat menarik di Papan ini, den boleh bahagiakan ia kepada:

1. riadah dan rekreasi (Air Terjun dan Taman Herba Papan)

2. sejarah (Papan Heritage Village Rumah Asal Raja Bilah dan Rumah Besar Raja Bilah dan Masjid Papan)

3. seni (Lorong Lukisan Lantai)

Tiada disebut tentang waktu operasi di kebanyakan tempat menarik di Papan ini tapi molek la datang waktu siang dalam 9 pagi - 5 petang supaya nampak apa yang hendak ditengok ye.

 

Pada pendapat den, sekiranya:

1. kemudahan awam seperti tandas dan bilik persalinan dinaiktaraf di kawasan Air Terjun Papan;

2. penambahbaikan kepada kemudahan yang ada di Taman Herba Papan dapat dilaksanakan dengan peruntukan yang mencukupi; dan

3. Papan Roses Horse Park dan Papan Agro Valley Sdn Bhd boleh dibuka kepada orang awam;

in sya Allah Papan boleh menjadi tempat tarikan pelancong yang lebih awesome.

 

Jadinya kalau kome datang berjalan ke Kellie Castle di Batu Gajah, mohon singgah berjalan di Papan ye.

In sya Allah molek juga tempatnya.

 

 

0 Comments