Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Bila tunggu giliran untuk naik atau turun lif memang den akan main games.

 

Jadinya penting juga games ini di dalam hidup bagi mengisi masa terluang dan mengurangkan kemungkinan orang yang tidak dikenali berbual dengan kita muhahahahaha.

 

Terdapat lapan (8) kategori permainan yang terdapat di SINI ye iaitu permainan Money Games, Real Estate, Food Business Simulation, Business Simulation, Software Development, Office Politics, Environmental dan Other Fun Games.

Dalam setiap kategori permainan ada pecahan permainan yang lain.

Yang menariknya walaupun ianya adalah permainan, setiap permainan diterangkan tentang apa yang perlu dibuat yang mana maklumat-maklumat ini sebenarnya kita boleh aplikasikan di dalam hidup sebenar kita.

Games that are not only interesting but also informative.

Menarik banget kan?

 

Kalau dulu main games sorang-sorang, sekarang ni kadang-kadang den main games dengan anak-anak den.

Mereka lagi cekap daripada den bab main games nih ha.

Walaupun permainan-permainan ini sesuai untuk anak-anak tetapi orang dewasa pun boleh main juga.

Terpesona juga permainan-permainan yang ada.

 

Ada banyak sangat pilihan permainan di laman sesawang ini.

Tidak perlu nak mendaftar ke muat turun aplikasi ke apa.

Boleh terus main je.

Senang sangat.

Masuk laman sesawang, pilih permainan apa yang kita berkenan, terus main.

Macam tuh je.

Boleh terus main je. Senang sangat. Setakat yang den dah main beberapa permainan ni, tiada yang kena bayar untuk upgrade ke apa. Masuk website, pilih game apa yang kita berkenan, terus main. Macam tuh je.

Udah namanya orang yang bekerja di dalam bidang alam sekitar kan, jadinya jatuh wajib den cuba main semua permainan yang termasuk di dalam kategori alam sekitar.

 

Ada lima (5) jenis permainan di dalam kategori Environmental Games atau Permainan Alam Sekitar iaitu Wind & Solar, Lumberjack Master, Idle Forest, Sort The Trash dan Twin The Bin.

 

Den paling suka permainan Sort The Trash.

Nampak macam mudah tapi jari jemari dan mata nak kena cekap ye.

Permainan yang ceria dan memberikan banyak maklumat tentang kitar semula.

Baru den tau rupanya cawan kopi hipster tidak boleh dikitar semula.

Bahan organik seperti makanan juga tidak boleh dikitar semula.

Tapi setiap kali den cuba ulang permainan ni, semakin banyak bahan kitar semula yang den dapat pungut.

Memang leka ye main permainan ni.

Permainan Wind & Solar walaupun nampak senang tetapi tetap la juga den tidak berjaya menjana tenaga solar lebih daripada 690 KW dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Haish.

Den pernah berangan hendak membuka kedai kopi comel dan kecil.

Jadinya harus la main permainan Coffee Shop di dalam Restaurant Simulation Games.

Main game pun ada hari yang rugi huhuhuhuhu.

Tidak beberapa cekap hendak seimbangkan inventori barang-barang.

Samada rugi sebab terlebih beli bahan lalu di akhir hari jualan ada bahan yang rosak.

Susu la yang selalu rosak.

Biji kopi kadang-kadang jadi keras huhuhuhuhu.

Beli barang kurang pula dah kena tutup kedai awal sebab bahan habis.

Udah rugi daripada segi jualan.

Lepas tuh nak seimbangkan sukatan antara kopi + susu + gula.

Ada pelanggan kata kopi kurang lemak berkrim.

Ada yang kata kopinya pahit.

Macam-macam ado huhuhuhuhu.

Siap kena tengok ramalan cuaca sebab kalau sejuk lebih ramai pelanggan akan beli kopi untuk panaskan badan.

Harga pun main peranan juga.

Ramai pelanggan hendak kopi hipster tapi harga rakyat marhaein.

Rugi den huhuhuhu.

Banyak perkara kena dipertimbangkan untuk buka kedai kopi walaupun comel dan kecil.

 

Akhirnya selepas 14 hari berniaga kopi, den berjaya menjana pendapatan $194.05.

Boleh tahan la ye hehehehhehe.

Suka sangat permainan Cashier Simulator sebab den dan duit tidak pernah berpisah hehehehhehee.

Masa den remaja dulu den selalu taksub tengok juruwang menekan-nekan mesin kira tu.

Permainan ini bukan sahaja mengajar anak-anak mengira.

Tetapi ianya juga mengajar kaedah bayaran samada tunai dan kad.

Pembayaran menggunakan kad juga diperkenalkan dengan kaedah sentuh kad pada alat pembaca kad atau masukkan nombor pin.

Den telah main pelbagai versi permainan Cooking Fever.

Makanya tetap la kena cuba main permainan Cooking Fever yang ada di dalam laman sesawang ini.

 

Disebabkan den peminat tegar permainan mahjong sebab pernah berangan-angan hendak belajar main mahjong makanya haruslah den main permainan cooking-mahjong dan mahjong-solitare.

Ringkas sahaja permainan dia tetapi den suka hehehehhee.

Senang tapi buat den main berterusan hehehehehe.

Kadang kala perkara yang ringkas tetapi menghiburkan macam ni buat hati berbunga-bunga.

Boleh belajar padanan makanan yang sesuai macam salmon + daun bawang + hirisan lemon, daging + asparagus + lemon dan sebagainya.

 

Permainan Merge Salad paling senang.

Ada 10 bahan sahaja.

Ada 3 jenis bahan perlu dicampur.

Ada juga tahap yang perlukan campuran 4 atau 5 bahan.

Permainan Lego City Adventures Build and Protect antara permainan di dalam Money Games memerlukan kreativiti kita untuk membentuk bandar.

Tiga (3) bangunan utama yang den pilih adalah hospital, balai polis dan kafe donut.

Ada banyak lagi permainan yang menarik yang boleh dicuba di mortgagecalculator.com

Den pasti senarai permainan yang den akan ulang main nanti akan bertambah dari masa ke semasa nanti.

Korang ada ke permainan kegemaran yang korang hendak kongsikan.

Boleh la den cuba nanti.


0 Comments