Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bahasa Inggeris sememangnya bahasa yang penting sejak dahulu sampai sekarang.

Kita ni kadang-kadang bukannya tidak boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris tetapi keyakinan diri tu agak kurang atas pelbagai sebab.

Den memang menggalakkan anak-anak den untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sekali sekala.

Tengah terfikir-fikir juga hendak carikan mereka kelas Bahasa Inggeris tapi itu la tidak terbuat-buat sampai sekarang.

Baru-baru ini anak sulung den berpeluang mengikuti dua (2) kelas percuma Bahasa Inggeris melalui 51Talk Platform Pembelajaran Atas Talian.

Setiap kelas mengambil masa 25 minit.

Sepanjang kelas berlangsung den duduk sama dengan anak den untuk melihat cara pembelajaran yang dilakukan oleh 51Talk.

 

Apa Itu 51Talk Platform Pembelajaran Atas Talian?

Sebelum den cerita tentang pengalaman anak den belajar Bahasa Inggeris melalui 51Talk, den cerita sedikit ye tentang 51Talk ini.


 

51Talk merupakan platform pembelajaran Bahasa Inggeris atas talian dengan ciri-ciri berikut:

1.     Kelas perseorangan (one to one class) dengan guru Bahasa Inggeris daripada beberapa negara.

2.     Kelas untuk anak-anak berusia 3 - 15 tahun.

3.     Kelas Bahasa Inggeris ini mengikuti piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).

4.     Tahap pembelajaran daripada Tahap 0 - 6.

5.     Setiap orang guru yang mengajar di 51Talk mempunyai kelayakan Teaching English to Speakers of Other Languages (TESOL) dan telah menjalani kursus 100 jam sebelum mula mengajar.

6.     Setiap kelas adalah 25 minit bagi memastikan pelajar dapat fokus belajar.

7.     Kelas dilaksanakan dalam suasana yang santai.

8.     Waktu untuk tempah slot kelas adalah flexible pada bila-bila masa di mana sahaja asalkan mempunyai akses internet.

9.     Setiap guru akan berusaha untuk meningkatkan minat pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

10.Perunding kursus akan membantu pelajar dan ibu bapa dalam perjalanan pembelajaran di 51Talk.

 

Pengalaman Anak Den Belajar di 51Talk

Maafkan den ye perkongsian gambar tidak berapa cantik kerana laptop den buat hal masa kelas jadinya anak den terpaksa guna telefon bimbit semasa belajar Bahasa Inggeris di 51Talk.

Dua-dua kelas pun guna telefon bimbit je.

 

Kelas Pertama Bersama Teacher Elynhan

Merupakan cikgu wanita yang sangat sabar.

Sesi belajar dengan beliau seolah-olah sesi bercerita macam nenek bersembang dengan cucu begitu.

Tenang dan santai je pembelajarannya.

Mula-mula Cikgu Elynhan ajar Bahasa Inggeris tahap kosong dahulu untuk beliau menilai tahap penguasaan Bahasa Inggeris anak den.

Belajar tentang haiwan dan serangga.

Selepas beliau berpendapat anak den seharusnya belajar tahap yang lebih tinggi, beliau minta izin den untuk terus ajar tahap dua.

Bila den setuju, beliau teruskan mengajar.

Belajar tentang after school.

Den kongsikan sedikit videonya ye.

Beliau mengajar dengan begitu tenang, dengar apa yang anak den jawab dan cuba menggalakkan anak den untuk bercakap dengan lebih banyak.

Anak den ni seorang introvert.

Memang agak jenuh hendak minta dia berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali.

Pandai Cikgu Elynhan menyantuni anak den ni.

Ada benda yang den selama ni tidak tahu tentang anak den terutamanya kecenderungannya main catur tuh den dapat tahu dari sesi pembelajaran kelas ini.

Cikgu Elynhan cerita yang dia tak faham bagaimana bermain catur walaupun berapa kali belajar😊

Sama la macam den hehehehe.

Sudah berapa kali diajar oleh anak den, masih den tidak faham cara pergerakan buah catur.

Anak den cerita macam mana dia main catur, harapan dia dalam bermain catur, dia mengajar adiknya bermain catur dan lain-lain.

Rasa sebak pula dengar anak yang seorang ini bersembang dalam Bahasa Inggeris dengan cikgu cerita tentang perkara yang dia minat selain dinosaurs.

Setiap kali selepas setiap satu tugasan anak den siapkan, akan diberikan bintang.

Selepas selesai kelas, Cikgu Elynhan akan memberikan rumusan tentang prestasi dan potensi anak den kepada den sambil didengar sekali oleh anak den.

Kelas Kedua Bersama Sir Henry Patrick

Merupakan seorang guru muda yang penuh bersemangat dan happy go lucky.

Anak den belajar tentang cuaca empat musim.

Den pun tumpang belajar sekali sebab den duduk bersama dengan anak den.

Kelas ini Cikgu Henry guna ton suara yang berbeza.

Memang ceria banget ye.

Cara teguran Cikgu Henry bagi sesetengah perkataan yang anak den tersalah sebut penuh berhemah.

Jadinya anak den pun tidak rasa tertekan hendak belajar.

Anak den ini hatinya cepat tersentuh.

Jadinya kalau hendak ditegur memang kena berlemah lembut sedikit.

Kalau garang-garang caranya memang la tidak akan masuk teguran ke ingatan dia.

Den kongsikan sedikit videonya ye.

Suka cara pembelajaran Cikgu Henry yang berhemah tapi ceria.

Dengar suara dia yang excited hendak mengajar boleh buat kita bersemangat hendak belajar.

Di akhir kelas, Cikgu Henry bagi rumusan tentang prestasi anak den.

Untuk kedua-dua kelas ni kedua-dua cikgunya attentive dan pandai memancing anak den untuk menjawab soalan-soalan dan bercerita dengan mereka.

Kelas Bahasa Inggeris 51Talk bukan sahaja sesi pembelajaran one to one yang membolehkan anak den memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris tetapi juga mengajar aspek komunikasi Bahasa Inggeris secara dua (2) hala.

Penting sebenarnya kita berusaha meningkatkan keyakinan diri anak-anak untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris lagi-lagi untuk anak yang introvert macam anak den.

 

Macam Mana Hendak Dapatkan Kelas Peruma 51Talk?

Mudah sahaja hendak beri anak-anak kita peluang untuk mencuba kelas percuma 51Talk ini.

Masuk ke laman sesawang https://ms.51talk.com/

Isi maklumat nombor telefon dan email ibu bapa.

Nanti perunding 51Talk akan berhubung dengan ibu bapa melalui whatsapp bagi menentukan slot kelas pada masa dan tarikh yang sesuai.

Atau korang scan je QR Code ni ye. 

Senang sahaja kan?

Jom bagi peluang anak kita belajar Bahasa Inggeris dengan kelas percubaan percuma ini ye.

Untuk maklumat lanjut tentang 51Talk Platform Pembelajaran Atas Talian, boleh layari media sosial berikut ye:

Laman sesawang: https://ms.51talk.com/

Facebook: https://www.facebook.com/51Talk-MY-112766887719608

Instagram: https://www.instagram.com/51talk_malaysia/

Jom belajar Bahasa Inggeris.

 

2 Comments

  1. hai.. boleh tahu berapa ye harga class ni kalau ambil pakej dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nadia...dia ada banyak pakej jadinya harga berbeza-beza. Nadia boleh bagi anaknya cuba dulu kelas trial. Nanti Nadia tengok website nya

      Delete