Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ini cerita untuk peminat buku.

Tidak kisah samada mereka yang mendapat ketenangan jiwa apabila berjalan-jalan di celah deretan buku-buku yang tersusun rapi di rak-rak buku.

Mereka yang memperoleh terapi minda apabila menyelak helaian buku.

Mereka yang selalu terpesona dengan bau buku.

Mereka yang mencari ilham melalui coretan yang dijumpai dari mana-mana buku yang dipegang dan dibelek secara tidak sengaja.

Mereka yang berasa bahagia apabila dikelilingi oleh buku-buku yang berwarna-warni kulit bukunya.

Mereka yang antara tempat bahagia atau terindah bagi mereka atau happy place mereka adalah kedai buku dan seumpama dengannya.

BookXcess adalah salah satu kedai buku yang kebanyakan peminat buku terjengah atau tersinggah paling tidak sekali dalam hidup mereka.

BookXcess Sunway BigBox Mall, Nusajaya ini adalah salah satu cawangan BookXcess yang terdapat di Malaysia.

Walaupun buku-buku di BookXcess kebanyakannya bukan merupakan buku-buku yang terkini sebagaimana yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH, Popular dan kedai-kedai buku yang lain tetapi tetap juga BookXcess istimewa kepada den kerana ada buku-bukunya dijual pada harga yang bisa menggetar jiwa penggemar buku. Ada buku dijual di kedai-kedai buku ternama pada harga RM70 tetapi bisa diperoleh di BookXcess pada harga RM17.90. Menarik kan?

Sehingga kini, kalau den teberkenan pada mana-mana buku yang den baca perkongsiannya di mana-mana media social, den pasti akan cari buku-buku ini di BookXcess terlebih dahulu.

Susunan buku-buku di BookXcess juga menyediakan ruang dan persekitaran yang amat cantik dan unik untuk diabadikan gambarnya. BookXcess adalah kedai buku yang amat sesuai untuk peminat tegar OOTD. BookXcess Sunway Big Box sememangnya mempunyai pelbagai ruang dan ceruk yang memang menarik untuk bergambar.

Masa kitaorang bertiga datang ke sini, memang sakan berjalan ke hulu ke hilir sebab kawasan ini memang besar. Kalau tidak silap den, terdapat café kecil tetapi disebabkan PKP dan PKPB, café ini tidak beroperasi tapi kita dibenarkan untuk berehat membaca di situ. Macam ingat-ingat lupa sebab sudah setahun berlalu semasa den, Kak Noris dan Atiqah datang ke sini di dalam siri berjimbaan kami ke Johor pada 19 - 22 September 2020 yang lepas. 

Kalau tidak silap den, Kak Noris beli sebuah buku di sini (tidak ingat tajuk apa) dan Atiqah membeli sebuah buku Harry Potter yang mempunyai kulit buku yang sangat menarik.

Memandangkan BookXcess ini terletak di dalam BigBox Mall, kita boleh suruh sahabat atau pasangan kita yang tidak minat buku untuk shopping atau makan-makan di mana-mana outlet di dalam BigBox Mall sementara kita berpeleseran di BookXcess nanti begitu. 

Tempat wajib singgah bagi peminat buku sekiranya berjimbaan ke Johor ye. 

Boleh tekan SINI untuk lokasi BookXcess Sunway BigBox Mall.

 

 

2 Comments

  1. Bigbox kt penang pun besar. 2 tingkat suka betul org selfie kt tangga tu. Mcm2 jenis buku ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah BookXcess yang dekat Paragon Mall tuh BookXcess yang paling besar kat Malaysia setakat ni. KSarie dah pergi situ dua kali. Memang awesome tempat dia.

      Delete