Waka Waka Playland, ‘a medieval themed adventure indoor playground’ yang terletak di LG, Furama Hotel Bukit Bintang sememangnya adalah syurga untuk budak-budak sebab direka khas untuk depa bergelinjangan sakan sampai la kena paksa balik oleh mak ayah heheehehhehee.
Playland yang dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan yang akan menyebabkan kanak-kanak tak ingat langsung kepada gajet sebab mereka akan seronok bermain dengan kawan-kawan, memanjat volcano, bergayut, berlari, boxing, menggelungsur, etc. Sememangnya heaven sangat untuk anak-anak.
Disediakan ruang permainan untuk kanak-kanak yang bawah 2 tahun hingga kepada ruang untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas yang dah cekap memanjat dan melompat.
Harga untuk bermain kat Waka Waka Playland berbeza pada hari biasa dan hujung minggu ye. 

Korang juga boleh dapat harga tiket yang lebih murah kalau korang jadi ahli. Antara kelebihan lain kalau jadi ahli adalah mendapat 10% diskaun di cafe.

Untuk pakej Kingdom dan Royal, di samping dapat kelebihan daripada segi 10% diskaun di cafe, boleh dapat parking percuma ye.
Korang boleh buat birthday party kat sini ye sebab ruangnya besar sangat dan dipenuhi dengan kerusi meja yang berwarna warni. Ada 2 pakej iaitu Waka Kingdom Party dan Prince/Princess Party.
Waktu operasi Waka Waka Playland:

Isnin - Jumaat: 10 pagi - 7 malam

Weekends, Cuti Umum dan Cuti Sekolah: 10 pagi - 8 malam

Untuk ibu bapa yang menemankan anak-anak, bertabahlah ye sebab dah ini padang permainan mereka. Sementara tunggu anak-anak, ibu bapa boleh la mencuba makanan yang disediakan di café di sini. Menu disediakan berdasarkan makanan kegemaran anak-anak.
Toilet tersedia di dalam Waka Waka Playland. So memang boleh duduk di dalam playland sampai playland tutup ye heheheehhee.
Izinkan la den fefeling Cinderella
F melayan mama dia fefeling Rapunzel
Pastikan anak-anak dan ibu bapa bawa stokin ye untuk masuk ke dalam Waka Waka Playland ni. Kalau terlupa bawa stokin, boleh beli stokin di kaunter dengan harga RM5/pasang.

Kiddos will definitely have a blast here.

Korang boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Waka Waka Playland di:



 
Telefon: 03-27335755/5754

3 Comments

  1. Budak mesti suka ni tempat camni.. thanks kongsi info kak sarie.. bolehlah tambah tempat untuk anak buah saya... 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak in sya Allah confirm seronok sangat kat sini. Parents la tak lalu nak bertapa kat sini kihkihkihkih

      Delete
  2. I genuinely believed you would probably have something useful to say. All I hear is a bunch of whining about something that you can fix if you were not too busy looking for attention. After all, I know it was my choice to read.. Bukit Panjang MRT

    ReplyDelete