'Mukanya saja kelihatan seperti belalang'

Ini antara scene yang sebabkan den ketawa besar.

KDrama yang satu ini selalu sahaja tersenarai kalau korang search dalam best KDrama of all time, best KDrama you need to watch, KDrama with life lessons, KDrama so good it ruins other KDrama for us, etc.

Selepas akhirnya berjaya tengok 20 episod KDrama yang menjadi lagenda ini setelah sekian lama tertangguh, perkara pertama yang menjengah minda den adalah kenapa den ambil masa yang terlalu lama untuk tengok drama yang mantap dan awesome ni. Jadinya kita apply la konsep better late than never gitu ye.

KDrama ini adalah KDrama yang membawa kita mengenang kisah zaman kegemilangan akhir 80an dengan kisah kejiranan tukar-tukar makanan, melepak dengan kawan-kawan, jiran anggap anak jiran macam anak depa sendiri, jiran yang rapat macam keluarga, saling tolong menolong, dsb.

7 Sebab Kenapa Perlu Tonton Reply 1988

1. KISAH KEHIDUPAN RAKYAT MARHAEIN YANG KITA BOLEH RELATE

Kisah kehidupan 5 keluarga di mana 5 orang anak-anak dari keluarga ini bersahabat baik.

1. Keluarga Deok Sun - the only girl in the gang. Keluarga yang susah sebab ayahnya yang kerja bank terpaksa bayar hutang kawannya (bapa dia penjamin). Emaknya lemah lembut sangat. Deok Sun ada kakak Bo Ra yang belajar di Universiti Seoul dan seorang adik lelaki, No Eul. Deok Sun ni tak pandai tapi dia baik hati, gila-gila dan ada sindrom anak kedua yang selalu rasa tersisih. Mak dan ayah Deok Sun selalu bercakaran sebab tak cukup duit.

2. Keluarga Jung Hwan - keluarga terkaya antara 5 buah keluarga sebab menang loteri. Dulunya keluarga termiskin hanya mampu sewa bilik. Ayahnya kelakar gila. Maknya garang kemain. Jung Hwan ada sorang abang, Jung Bong yang 7 kali ambil ujian masuk universiti tapi gagal. Jung Hwan, mamat cool tapi payah nak open up ni suka pada Deok Sun.

3. Keluarga Sun Woo - Sun Woo ni budak baik dan ikut buku. Rajin belajar. Dia duduk dengan emaknya yang merupakan balu dan adik perempuan umur dalam 4 tahun.

4. Keluarga Choi Taek - Taek dibesarkan oleh ayahnya lepas ibu dia meninggal dunia. Taek is the baby in the group, selalu dipesoh oleh kawan-kawan lain terutamanya si Deok Sun. Taek merupakan juara baduk Korea tapi kawan-kawan layan dia macam konco-konco biasa. Dia macam polos gila dengan isu tersendiri sebab stress main baduk. Taek suka pada Deok Son.

5. Keluarga Dong Ryong - Dong Ryong si budak nerd yang ala-ala blur dalam pelajaran, selalu tidur, panjang akal nak ponteng sekolah, menjadi kepala perancang kepada aktiviti bukan-bukan kepada geng, dsb adalah seorang street wise yang banyak membantu menasihati kawan-kawan dia tentang kehidupan. Dia kesunyian sebab mak ayah terlalu busy dengan kerja.

2. JALAN CERITA UNIK, MANTAP DAN AWESOME

Sejenis KDrama yang dari episod pertama buat kita gelak, sedih dan macam-macam perasaan bercampur baur.

Kisah ibu bapa dan anak-anak - ini banyak mengundang rasa sebak di dada sebab kasih ibu membawa ke syurga, sayangnya ayah ke hujung nyawa, anak-anak yang prihatin pada mak ayah walaupun kadang kala nampak macam tidak peduli, dsb.

Kisah hubungan antara suami isteri - bergaduh pasal duit, saling memujuk, saling menyabarkan, dsb.

Kisah adik beradik - air dicincang tidak akan putus, saling tolong cover antara satu sama lain, bergaduh yang macam nak tercabut rambut, dsb.

Persahabatan antara anak-anak remaja yang tulus, jujur dan best sangat. Memang boleh buat terkenang zaman kita sekolah dulu-dulu.

Persahabatan antara kaum ibu.

Persahabatan antara kaum ayah.

Jiran tetangga yang saling membantu.

Love story yang sweet.

3. SETIAP WATAK YANG SEMUANYA BEST

Jarang jumpa drama yang setiap watak pun unik, relatable, penting dan meninggalkan kesan pada hati.

4. PERKARA-PERKARA YANG BISA MEMBAWA KITA WALK DOWN THE MEMORY LANE

Lagu-lagu di zaman hujung 80an menjadi background KDrama ni macam lagu tema Airwolf dan Knight Rider.

Lagu tema MacGyver semasa ayah Jung Hwan betulkan kotak fius. Ini memang kelakar k.

Pada 1988, masa den 10 tahun, 3 drama ni (Airwolf, Knight Rider dan MacGyver) sememangnya drama pujaan yang den tunggu tayangannya setiap minggu.

Lagu tema 'Final Countdown by Eagle' memang kena sangat dengan scene family Jung Hwan kelam kabut kemas rumah bersepah sebelum emaknya sampai.

Masa Jung Bong tunggu surat dan tunggu Mak Oi depan restoran dalam kedinginan, lagu tema adalah Right Here Waiting oleh Richard Marx. Yang ini memang kelakar okay.

Lagu Lambada oleh Ritchie Valens.

Lagu Cant Take My Eyes From You masa Sun Woo nak lontar bola baseball dengan ayah Taek.

Zaman di mana walkman bermaharajalela.

Pertandingan menari. Ini memang buat den mengenang zaman den sertai pertandingan menari masa tingkatan 2 dulu walaupun den tak pandai menari.

Movie era zaman kegemilangan Hong Kong - Chow Yuen Fatt dan Leslie Cheung.

5. BANYAK LIFE LESSONS

Kalau anak-anak tidak boleh pergi jauh dalam pelajaran, ibu bapa perlu sokong anak untuk berjaya di dalam bidang kemahiran lain yang mereka minat.

Ibu bapa perlu menjadi the best cheerleader untuk anak-anak.

Anak-anak akan jumpa jalan hidupnya sendiri suatu hari nanti. Jung Bong, Dong Ryong dan Deok Sun adalah contoh ketabahan hidup tetap berusaha untuk berjaya walaupun kurang cemerlang dalam pelajaran. Yang penting ada usaha untuk mencari bidang yang sesuai dengan minat dan keupayaan diri.

Kebahagiaan anak-anak sememangnya sangat penting tetapi jangan lupa untuk beri perhatian kepada diri sendiri, bukan sebagai isteri atau ibu tetapi sebagai diri sendiri. Anak-anak tidak selalunya berada di sisi kita kerana kita perlu melepaskan mereka untuk menjalani hidup mereka sendiri. Kita tidak boleh sentiasa melindungi mereka daripada kekejaman dan muslihat dunia. Ini yang diingatkan oleh mak Jung Hwan kepada mak Sun Woon.

Sebagai anak, kita perlu cuba bersedia untuk hidup tanpa ibu bapa kita sebab sebanyak mana pun kasih sayang kita kepada mereka, suatu hari nanti mereka akan meninggal dunia.

Kadang kala, you have to choose friendship over relationship.

6. #TEAMTAEK atau #TEAMJUNGHWAN

Tanpa disedari memang akan wujud #teamTaek dan #teamJungHwan di dalam kisah Jung Wan - Deok Son - Taek. Tidak kisah samada korang team mana pun, korang akan mengharapkan semua orang pun bisa mendapat happy ending.

All the little things that matters menyebabkan Deok Sun akhirnya memilih jejaka nan seorang itu.

Den #teamJungHwan all the way.

7. MAKANAN DI MANA-MANA

Sejenis drama yang akan buat korang kelaparan selalu sebab banyak gila scenes makan bersama keluarga, makan kat rumah jiran, kawan-kawan di cafè, kawan-kawan di sekolah, masa berkencan (dating) di warung, makan jajan masa lepak kat tepi pantai, etc.

Buat rasa nak makan rameyon, ayam goreng, nasi goreng kimchi, sup rumpair laut dan pizza sebab nih paling banyak dimakan dalam drama ni.

Kena cuba cari resepi sup rumpair laut sebab macam sedap je tengok depa makan lagi-lagi setiap kali sambut ulang tahun.

Drama ini menyebabkan kekerapan den makan maggi meningkat sebab banyak sangat scenes makan rameyon.

Drama ni juga buat den curious pasal permainan baduk.

Drama yang memang sangat awesome. Memang layak berada dalam senarai KDrama so good it ruins other KDrama for us

Cuma ending drama ini buat den agak terkilan sebab kita tidak tahu apa jadi pada Dong Ryong dan jejaka yang tidak fight untuk hati Deok Sun masa mereka dah dewasa.

KDrama ini setanding dengan KDrama My Dear Friends, cerita realiti kehidupan yang digarap dengan sempurna.

Sila tengok ye. In sya Allah berbaloi. Rating den 10/10. Rating dia di imdb adalah 9.1/10.

Dia kan bila dah tengok KDrama yang sangat awesome ni adalah nak tengok KDrama apa selepas ini yang paling kurang kena sama awesome dengan KDrama yang baru je kita habis tengok ni.

Ada cadangan KDrama yang best yang ala-ala sama spesies Reply 1988, My Dear Friends dan Move To Heaven ni?

Ini adalah scene favourite den dalam drama ni.


 

0 Comments