Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan hari yang ke 22.

Semua orang dah tau kot macam mana nak buat biskut cornflakes madu sebab ini adalah resepi terpaling senang yang untuk sesetengah orang pejam mata pun boleh buat begitu.

Tapi disebabkan kali pertama den buat biskut cornflakes madu rangup ni adalah pada 14 ke 15 tahun lepas dan baru Ramadhan kali ini den buat semula biskut ini (itu pun sebab tarikh luput cornflakes yang ada dalam almari tuh Jun ini), makanya den saja nak cerita pasal resepi ringkas ini sebab den nak simpan gambar den buat biskut cornflakes di blog ini di samping den tak tau nak update apa di blog ini hehehehehehe.

So moh la kita tengok resepi terpaling mudah ini ye.

Bahan

1. Cornflakes (ikut la cornflakes spesies apa pun. Den guna cornflakes 1 kg yang tiada jenama dibeli di kedai bakeri)

2. 250 g salted butter (den biasanya guna Anchor)

3. 5 sudu besar madu

4. 2 sudu besar gula perang (yang ini optional sebenarnya.  Kalau tak nak letak gula perang ini boleh tambah madu lagi 1 sudu macam tuh ye).

5. Hiasan (ikut korang la nak letak apa. Disebabkan den ada banyak colour balls yang den beli untuk ambil manik putih dan letak pada tart nenas bentuk strawberi tuh ha, den bubuh la colour balls sebagai hiasan). Hiasan ni kalau tak letak pun tak apa, tidak mengubah rasa pun cuma bila ada hiasan ni nampak colourful la sikit, baru la ikut tema warna warni Aidilfitri begitu.

Sukatan macam ni termasuklah 1 kg cornflakes ni just nice untuk tekak den, tidak manis sangat.

5 bahan nih je yang diperlukan untuk buat biskut yang kalau kita makan sambil melayan KDrama memang tidak terperasan habis sebalang begitu. Lepas tu menyesal sebab termakan gula banyak sangat sekali hadap huhuhuhu. Selamat tinggal kebaya pendek di Aidilfitri dengan cara pemakanan sebegini.

Cara Memasak

1. Cairkan mentega bersama-sama madu dan gula perang sehingga sebati menggunakan api yang kecil.

2. Biarkan ketiga bahan yang digaul sebati ini sejuk.

3. Ramas cornflakes bagi sedikit hancur tapi disebabkan cornflakes yang den beli kecil saiznya dan den pemalas nak hancurkan bagai, den biar je cornflakes tuh macam tuh.

4. Masukkan cornflakes ke dalam adunan bahan yang telah cair dan sejuk tadi.

5. Gaul sebati.

6. Masukkan dalam paper cup.

7. Taburkan colour balls atau apa hiasan yang korang nak.

8. Bakar dalam oven ikut kesesuaian suhu oven masing-masing. Den bakar adunan pada suhu 165oC selama 10 minit.

9. Biarkan biskut sejuk sebelum masukkan dalam bekas. Den dapat 1 balang besar + 6 bekas kecil untuk adunan ini.

10. Sorokkan semua balang biskut cornflakes ini supaya mereka dapat survive menjelang hari raya Aidilfitri.

Setakat resepi ini ditaip hari ini, biskut cornflakes dalam balang yang paling besar itu telah selamat terkorban sebelum 10 Ramadhan yang terakhir lagi huhuhuhuhu.

Selamat mencuba resepi biskut yang terpaling senang di abad ini.

Happy baking uolllsss.

0 Comments