Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila ada tempat yang menggabungkan dua perkara yang den paling suka dalam hidup den iaitu makanan dan buku menjadi ala-ala book café, memang la harus melawat ke tempat yang jatuh dalam kategori my kind of happy place begitu.

Book café ini sepelaung sahaja dari BookXcess Tamarind Square.

Comel sangat book café ni tapi memang mempunyai aura welcoming dan cozy untuk kita melepak untuk menikmati secawan kopi hipster sambil makan pelbagai desserts. Kalau tekak orang kampung macam den ni ha, jangan risau sebab ada je makanan yang sinonim dengan rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bihun goreng, nasi goreng kampung, dsb beserta teh O dan kopi O dan kuih-muih.

Desserts memang banyak spesies daripada kek, pie dan sebagainya. Macam mana nak diet ni kan?

Buku-buku diletakkan di dalam 1 rak buku yang unik dan comel di mana kita boleh mengambil buku di sini untuk dibawa balik dengan syarat kita meletakkan sebuah buku lain sebagai ganti. Konsep tukar buku atau trade in your books begitu. Menarik juga konsep ini kan?

Persekitaran book café menarik sebab ada kolam kecil yang ada anak-anak ikan. Jadinya budak-budak memang seronok sangat tengok ikan-ikan siap jumpa siput babi bagai.

Waktu operasi adalah dari 9 pagi - 6 petang.

Untuk maklumat lanjut tentang Book Barter Café atau hendak menjamu mata melihat gambar desserts yang menggiurkan boleh layari

https://www.facebook.com/bookbartercafe.my/

https://www.instagram.com/bookbartercafe

Telefon: 019-4991408


 

0 Comments