Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan tahun 2021.

Walaupun Malaysia dan seantero dunia masih dibelenggu dengan peningkatan kes Covid19 yang tidak berkesudahan sejak Mac 2020, hidup perlu diteruskan dengan sebaiknya sebab itu sahaja pilihan yang kita ada sepanjang kehidupan kita.

Seperti kata Andy Dufresne kepada Red di dalam Shawshank Redemption:

"Life comes down to a simple choice: You're either busy living or busy dying."

My favourite movie that one.

Dipanjat rasa dengan penuh sayu supaya Allah merahmati dan memberkati kita sentiasa di tahun 2021.

Didoakan agar kita sama-sama dapat mengharungi 2021 dengan abundance of everything positives - love, compassion, empathy, kindness, perseverance, prosperity, happiness and others.  

Semoga 2021 dipenuhi dengan barokah yang berpanjangan daripada segi kesihatan, keluarga, kewangan, kerjaya, etc.

Pastinya 2021 akan dihiasai dengan naik turun warna warni kehidupan seperti kata Mr Park, ayahnya si Sae-royi di dalam KDrama Itaewon Class “You finally got it. That’s what life is. You can overcome anything as long as you’re alive”.

In sya Allah, kita sama-sama cuba buat yang terbaik untuk 2021 kerana 2020 telah menjadi pengalaman, pengajaran dan kenangan sedangkan 2022 adalah sesuatu yang belum pasti.

Lets rock 2021.


0 Comments