Seperti yang Illy Ariffin pernah maklumkan dalam IG beliau, event #BloomingWithIlly 5.0 mendapat sumbangan atau sponsor terbanyak sepanjang event #BloomingWithIlly diadakan. Makanya dah tentu kena ada satu post khas untuk semua penyumbang yang bersama-sama merealisasikan pelaksanaan event ini supaya lebih best dan super fun.

Alhamdulillah….terima kasih kepada sponsors yang berbesar hati dan bermurah hati menceriakan hati peserta #BloomingWithIlly 5.0.

Disebabkan ramai sponsors bermurah hati kali ni, den buat dua posts ye pasal barang-barang yang disponsor sebab panjang naw plak kalau 1 post je.
1. Reacher (to pick up trash) oleh Illy Ariffin

The most important person yang merealisasikan, mengaturkan, menyelaraskan, etc #BloomingWithIlly 5.0 event supaya terlaksana dalam suasana yang happening, happy, ceria, etc.

Terima kasih banyak-banyak Illy, keep on spreading hope, love and happiness ye. Semoga kekal bersemangat untuk terus menganjurkan event #BloomingWithIlly pada masa-masa akan datang. Jangan lupa ajak den ye heheheheehehe.

Korang boleh follow illy di https://www.instagram.com/illyariffin untuk baca all the positive stuff yang dia rajin posts.

2. Giant Bubble oleh AjaibMarketing

Kiddos paling happy dan enjoy gila dapat main giant bubbles ni. Kiddos happy, mama lagi happy kan.

Korang boleh follow #AjaibMarketing di IG ye.
3. Bus Rental oleh Anonymous Sponsor

Ha…dah nama pun Anonymous Sponsor kan makanya tidak la diketahui siapakah orangnya atau syarikatnya yang bermurah hati naw sponsor bas untuk semua yang terlibat ke Pantai Bagan Lalang tuh. Walaupun den dan kiddos tak naik bas sebab kitaorang pergi sendiri tapi tetap la juga kami semua berterima kasih kepada penyumbang misteri nih ye.
4. Nasi Ulam Ayam Rendang oleh Khatulistiwah dan AjaibMarketing

Happy tummy happy mummy gitu. Memang sedap menjilat jari makanan yang menjadi hidangan kitaorang pada petang tuh.

Dah lama gila den tak makan nasi ulam. Mengenang zaman silam air tangan arwah atok betul bila makan nasi ulam ni.

Kepada dua sponsors ni, terima kasih daun keladi, next time boleh sponsor lagi ye hheehehehhe.

Korang boleh follow restoran Khatulistiwah untuk tengok pelbagai jenis foods yang depa sajikan di restoran depa kat The Curve, Kuala Lumpur di https://www.instagram.com/khatulistiwah ye. Mouthwatering sungguh gambar food depa ni.
5. Mineral Water, Cashew Nuts, Sunblock Aloe Vera Gel oleh Guardian

Sponsor yang nan satu ni iaitu Guardian ni memang tak payah diperkenalkan lagi sebab ianya dah sinonim lama kot dengan life rakyat Malaysia.

Korang boleh follow Guardian di https://www.instagram.com/GuardianMy
6. Homemade Flourless Chocolate Cake oleh Claudine Imelda & Mum

Rasanya first time dalam hidup den makan kek tanpa tepung. Sodap juga ye rupanya. Serious sedap. Rich in flavour gitu. Berebut den makan dengan kiddos hehehehehe.

Rajin betul Claudine dan omaknya membuatkan kek untuk kitaorang semua.

Korang boleh follow Claudine yang comel lote kat sini ye https://www.instagram.com/claudineimelda

7. Homemade Soap oleh Manja Bath

Korang tau tak siapa yang paling excited dengan homemade natural soap ni ha?

Laki den tuh la. Excited sungguh dia dapat cuba homemade soap yang disponsor oleh ManjaBath ni.
Selain daripada soap bar, depa juga jual bath bomb dan scrubs yang semuanya dibuat daripada bahan semulajadi. So korang boleh tengok products depa di https://www.instagram.com/manjabath

8. Mini Chicken Pie oleh Box Office Cafewwalk

Sponsor mini chicken pie yang comel dan sedap ni adalah junior den zaman belajo dulu iaitu Puan Noorhayati yang merupakan owner café ni.
So korang boleh follow café yang terletak di Wangsawalk Mall (sebelah TGV) di https://www.instagram.com/boxofficecafewwalk ye. 

Lagi separuh sponsors dalam next post ye. In sya Allah.

0 Comments