Hotel Jannah, Kepala Batas

Winning point untuk Hotel Jannah ni adalah kawasan sekitaranya hampir semua kedai ada. Ada pelbagai kedai makan, kedai pakaian dan tudung (Fareeda, Ariani semua ada), another hotel bajet (kalau tak silap nama Hotel Kamelia), etc. Serious ada banyak betul kedai makan kat sini.
Hotel Jannah nih sama macam hotel bajet yang lain. Ada kelengkapan serba serbi sama macam hotel bajet lain yang pernah den cerita sebelum ini. Den dah terlupa hotel nih ada lif ke tak? Adoi la….isu keterlupaan fakta semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhiri ini.

Ruang lobi dia comel je. Ada disediakan sofa di ruang menunggu. Ada dijual minuman dan maggi in cup. Kuih raya pun ada juga dijual kat ruang lobi nih. Di luar hotel disediakan meja dan kerusi untuk sesi melepak sambil membakar paru-paru. 
Tempat letak kereta adalah di hadapan hotel dan banyak je ruang kosong sebab hotel ini terletak di hujung bangunan rumah kedai.

Bilik hotel bagi standard room agak kecil tapi boleh la untuk kitaorang 4 beranak. Kalau nak lebih selesa of course la kena ambil bilik yang superior atau family.
Yang paling penting aircond, televisyen dan air panas di shower berfungsi dengan baik.

Tersedia hanger penyangkut baju, sejadah, cermin solek, air minuman botol, cerek, etc.
Toilet pun comel sangat. Kalau masuk dengan budak-budak memang la berlaga bontot hehheehhehee.
Cuma kalau boleh hotel tambahbaik bagi tuala lap kaki yang baru sedikit bagus juga sebab tuala yang dok ada tuh dah macam lama sangat dah usia dia, kusam dan keras gittew hehehehehe.

Setakat nak bermalam semalam dua di hotel nih, okay je la.

2 comments:

  1. aaa Hotel Jannah ni.. penah nampak masa lalu situ ritu. senang kawasan tu macam2 ada and insyallah tak sunyi =D

    ReplyDelete
  2. Dekat kawasan yang happening ni. Memang best juga area ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.