Hanoi Train Street @ Landasan Keretapi di Hanoi

Dari Hoan Kiem Lake dan red bridge, kitaorang menapak agak-agak dalam 3 kilometer juga la untuk menyampaikan ke Hanoi Train Street untuk tengok keretapi dan mengambil gambar di situ.

Disebabkan dah namanya pun landasan keretapi kan, sure la ada jaringan landasan keretapi yang panjang tapi member den ni nak pergi dekat satu kawasan landasan keretapi yang di kiri kanan landasan tuh ada rumah orang sebagaimana maklumat yang dia temui dalam blog seorang makwe orang putih nih.
Sebenarnya hampir putus asa nak cari landasan keretapi ni sebab penat sungguh berjalan kot dan Google Map macam agak kurang membantu tetapi kalau dah rezeki memang tidak ke mana gittew.

Berdasarkan pembacaan di blog tersebut, kawan den kata keretapi akan lalu dalam pukul 330 petang tapi by the time kitaorang sampai ke landasan keretapi tuh pada pukul 230 petang, keretapi sedang lalu dan kitaorang sempat ambil gambar bontot keretapi aje la huhuhuhuhuhu.
Walaubagaimanapun, disebabkan kitaorang terbertembung dengan beberapa orang pelancong asing (orang putih) dan selepas bertanya sekupang dua, dijangkakan ada sebuah lagi keretapi akan melalukan landasan tersebut pada pukul 330 petang.

Makanya dengan semangat berkobar-kobar nak menunggu juga keretapi lalu pada pukul 330 petang, makanya bersidai la kitaorang ditepi landasan keretapi tuh almost one hour sementara menunggukan kehadiran keretapi tuh. 

Sure orang ramai pelik kan kenapa beriya beno nak menengok keretapi lalu nih? Kat Malaysia macam bersepah je kot landasan keretapi dan keretapi dok lalu je setiap hari.

Keistimewaannya adalah at this particular area di kiri kanan landasan keretapi ini terletak deretan rumah-rumah penduduk ala-ala penempatan penduduk di atas rizab landasan keretapi gittew.

Memang unik k sebab jarak dari landasan keretapi ke pintu rumah penduduk yang ada di penempatan ini adalah tidak sampai sedepa pun.

Selamba je penduduk berehat dekat kerusi yang diletakkan tepi landasan, membuat aktiviti harian macam memasak dan membasuh, anak-anak kecil dalam 2,3 tahun pun selamba je dibiarkan berlari ke hulu ke hilir di tepi landasan tuh. 

Masa kitaorang melepak menunggu keretapi tuh, ada seorang makcik tuh membakar arang di dalam bekas yang diletakkan di atas landasan keretapi.
Gembira je budak ni berlari ke hulu ke hilir tepi landasan ni
Tapi memang sangat berbaloi kitaorang menapak almost 45 minit sebab serious gambar-gambar yang diambil kat sini cantik. 
Gumbira betul minah sorang nih hehhehehe
Berjaya juga la kitaorang mengambil gambar dan video keretapi lalu tuh. Memang berdebar k sebab bila keretapi lalu tuh rasa macam sejengkal je jaraknya dari muka kita.
Akhirnya keretapi yang ditunggu sekian lama tiba jua
Kalau nak datang ke sini cari tempat nama Den Do Dung Lai atau Kedai Honda di Den Do. Memang landasan keretapi di belakang rumah orang itu di kawasan ini.
Make sure juga datang ke kawasan landasan keretapi ini sebelum pukul 2 petang bagi mendapatkan gambar keretapi pada 2.30 petang. Kalau dah terlepas keretapi pukul 2.30 petang, sila tunggu untuk keretapi pada pukul 3.30 petang k.

#Bila dah datang ke sini, rasanya kalau ke Bangkok haruslah melawat Maeklong Railway Market sebab tentu lebih menarik sebab pasar di atas landasan keretapi kan. In sya Allah next time bila ada rezeki.

No comments:

Powered by Blogger.