Pura bermaksud kuil.

Tirta Empul dalam bahasa Bali bermaksud mata air suci (holy spring).

Antara tempat yang member den sangat-sangat nak pergi. Sakan dia dok excited nak pergi sini bila planning nak ke Bali. Kuil nih terletak dengan pekan Tampaksiring.

Parking kat sini Rp 5,000 @ RM 1.70.

Tiket masuk Rp 15,000/orang @ RM 5/orang.
Entrance nak ke kuil. Lepas kaunter amik kain batik. Kena jalan skit baru jumpa entrance utama nak ke kuil tuh.
Kaunter tiket
Buah Majapahit tapi tak bley makan.
Den suka gambaq nih coz macam terror plak den amik gambo heheeeehehee tapi sebenaqnya combination warna hijau + patung tuh yang naik
Entrance masuk ke kuil
Sinopsis pasal kuil nih + info larangan perempuan yang sedang period bley masuk sampai mana je. Dilarang merokok jugak ye
Info kuil nih dikategorikan sebagai Tapak Warisan oleh UNESCO. Banyak kuil kat Indonesia yang diwartakan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan
Lepas bayaq tiket, kita perlu ambil kain batik lepas + tali untuk ikat kain batik lepas tuh kat satu kiosk. Ada pekerja yang akan bagi kita kain batik lepas dan tali tuh. Sapa yang tak reti pakai kain batik lepas tuh, pekerja kat situ akan tolong pakaikan. Walopun hang dah pakai sopan, tetap kena pakai kain batik lepas nih ye.

# masa member den cakap akan kena pakai kain batik lepas kat sesetengah kuil yang kitaorang akan pergi, den dok imagine kain batik yang kusam-kusam tuh. Sekali kain batik kale striking dengan corak ala songkek gitu. Comei sangat. Langsung ada terasa macam pakai pakaian beragam heheheheehheehe.

Kuil nih special sebab dia ada kolam mata air (holy spring water) yang boleh menyucikan diri gittew termasuklah untuk awet muda katanya.

Masa kitaorang lawat tuh memang ada la orang dok beratoq nak mandi mata ayaq kat kolam tuh. Orang putih pun sama gak beratoq. Pak Eddie kata mandi mata ayaq tuh kena ikut sequence. Kena mula mandi kat mata ayaq yang keluaq daripada point yang pertama sampai la kat point terakhir. Kat point terakhir tuh, lepas mandi, ambil ayaq kat situ masukkan dalam bekas kecik dan diletakkan di kuil kat umah untuk sentiasa disembahyangkan gittew la ceitenye.
Mula beratur dari hujung kiri tuh ye
Diakhiri ke ujung kanan tuh
Dekat mata air yang akhir tuh, biasanya air akan dibawa balik untuk dipuja seterusnya kat umah
Dalam kolam tuh siap ada ikan-ikan k.
Nampak tak ikan kat penjuru belah kanan gambo. Macam ikan puyu tapi tatau ikan apa sebenaqnya.
Lepas dah tengok orang dok bermandi manda kat kolam mata ayaq tuh, kitaorang pi berjalan kat sekeliling kuil tuh bagi kawasan-kawasan yang dibenarkan.
Colourful kan kale kain batik dia. Tuh pelancong dari Indonesia jugak yang gambonye den teramik nih.
Den bersama Pak Eddie, supir yang terbaik pelayanannya

Ada satu kolam tuh ada limpahan lumpur keluaq tak pernah berhenti kata Pak Eddie. Tengok dalam gambo tak beberapa nak dapat tapi memang masa den tengok tuh, lumpur tuh dok keluaq macam ayaq bawah tanah keluaq dari dalam tanah. Ayaq kat kolam nih jernih, boleh nampak ikan-ikan dan algae.
Lumpur dok membuak keluar dekat tengah kolam tapi dalam gambo nampak algae je

Sebelum keluaq dari kawasan kuil nih, kita akan lalu satu kolam ikan koi yang besaq. Besaq-besaq ikan dia. Chantek la kan sebab ikan koi nih berwarna-warni. Kat sebelah kolam nih restoran dan kedai menjual souvenirs.
Kawasan dalam kuil
Berenyut-renyut ikan dalam kolam nih
Den kat pintu keluaq
Chantek plak batu berlumut nih

Keluaq dari kawasan kuil nih nak ke kawasan parking kete, memang jalan kita tuh akan melalukan deretan kedai yang menjual macam-macam souvenirs daripada key chains, fridge magnets, tshirts, kain batik lepas, topeng, etc. Ada souvenirs kat sini yang boleh dibeli dengan RM walopun RM kita dah jatuh teruk.
Pelbagai kedai menjual souvenirs
Close up corak kain batik yang kena pakai bila nak masuk kuil tuh. Cilok gambo member den
Member den happy gila dapat lawat Pura Tirtha Empul nih. Den biasa-biasa je sebab den mana la heran sangat pasai architecture kuil ke bangunan ke. Den lagi excited sebab dapat pakai kain batik chantek heheheeheh. But still kalo ada agenda melawat pura kat Bali nih harus datang ke sini sebab ianya unik due to mata ayaq nya.

p/s 1 Pak Eddie kata dulu orang selalu melawat Mother Temple iaitu Pura Besakih tapi sejak-sejak ada beberapa kali bayaran nak masuk ke situ, tiket masuk, tiket tour guide, etc so kebanyakan tourist guide tak mencadangkan pelancong melawat ke situ. Kalo ada yang nak pegi jugak walopun telah diterangkan keadaan semasa di Pura Besakih, tourist guide akan bawa jugak la.

p/s 2 dekat semua kuil yang dilawati, memang akan ada kawasan yang tak dibenarkan masuk kecuali untuk upacara sembahyang.

0 Comments