Lepas breakfast, dengan berpandukan peta yang diamik kat kaunter reception resort semalam + print out daripada blog omputih yang ceite pasai tempat nih + google map, kitaorang bergerak naik moto mencari tempat nih.

Seperti biasa, kalo den la co-pilot nya akan ada je la sesi tersalah or terlepas simpang.

Dari Sapu Lidi Resort dan Spa, naik motor dalam 20 minit bley sampai ke sini kalo tak sesat. Cam kitaorang hampir 30 minit baru sampai sini.

Masa kitaorang parking motor member den tanya kat sorang awek yang tengah parking motor kat kawasan yang sama betoi ke tak Campuhan Ridge Walk tuh kat sini. Awek tuh cakap betoi la tuh dan Campuhan Ridge Walk nih jugak dikenali sebagai Bukit Cinta.

Den macam ada feeling ‘awat plak nama Bukit Cinta. Ramai orang berpeleseran kat sini ke ape’. Tapi lepas den menapak kat sini, baru la den paham pasai pa nama dia Bukit Cinta sebab memang la berchenta nko nak menapak sejauh 2 km sampai check point Karsa Café sebelum patah balik lagi 2 km untuk sampai ke tempat parking. Memang berchenta sungguh.
Melalukan pura nih untuk sampai ke tempat mula nak jalan ke Campuhan Ridge Walk tuh
Ada sekolah sebelum sampai kat tempat trail tuh sebelum kuil
Disebabkan kitaorang tak sure bley letak helmet kat motor, so kitaorang bawa la sekali helmet tuh berjalan menapak kat Campuhan Ridge tuh. Asal nak amik gambo je kena letak helmet. Sakan sungguh sesi meletakkan helmet setiap kali nak ambik gambo dan nak pastikan helmet tuh tak termasuk dalam gambo sekali.

Laluan dia tak susah pun. Jalan landai je. Di kiri kanan track tuh dikelilingi dengan lalang yang tinggi-tinggi tapi sebab kawasan tuh semua ada lalang je dan lebih kurang sama tinggi dia, jadi chantek la view dia sebab menghijau dan sekata dan serumpun je.
Den teramik gambo nih secara tak sengaja tapi den suka gambo nih sebab macam chantek hehehehehe. Lepak je budak tuh jalan-jalan dengan anjing & mak dia dengan ceria
Gambo favourite den sebab macam chantek je kombinasi warna hijau + hitam + biru putih langit
Walopun laluan dia landai tapi ia adalah 2 km untuk sampai ke Karsa Café tuh ye. Untuk orang yang biasa masuk hutan, panjat gunung, etc track camnih memang laluan harian depa je la tapi untuk orang macam den yang berjalan dari opis ke Kompleks PKNS pun dah termengah-mengah, track kat Campuhan Ridge Walk nih memang mencabar jugak.

Dalam dok menapak kat track tuh, ada beberapa kali la jugak tanya member den ‘jauh lagi ke wei’ atau ‘bila nak sampai nih wei’. Macam mana la kan dia tak hangin dengan den. Dah la kena jadi photographer den (antara tempat terbanyak dia ambik gambo den), nak kena layan soalan-soalan yang membingitkan telinga lagi. No wonder la dia mengamuk hahahhaahha. Ada beberapa kali dia dok cakap kat den ‘oooo….suruh berjalan tak larat. Nak ambik gambo hidup’ hehehehehehe.
Laluan dia lurus ke nak menyampai ke Karsa Café tuh. ¾ perjalanan sebelum sampai ke Karsa Café kita akan lalu kat track yang ada selaut lalang tuh. Then kita akan lalu kawasan rumah dan homestay, kedai-kedai jual souvenirs dan sawah padi.
Banyak kedai juai lukisan
Galeri seni
Kedai minum
Kedai juai lukisan dan patung. Sape yg minat lukisan akan rambang mata nak pilih sebab semua chantek.
Memang tempat yang sangat chantek untuk amik gambo. Masa kitaorang menapak kat sini, ada satu pasangan pengantin tengah amik gambo kawin. Pengantin pompuan dengan gaun kembang ropol-ropol putih dan high heel (den suspect ada jalan lain yang boleh naik ke sini dengan kete). Tak sampai 1O orang den bertembung masa menapak nak ke Karsa Café. Ada omputih yang dok berjogging. Ada couple omputih ditemani tourist guide berjalan kat sini. Ada sorang omak dan anak perempuan dia yang sangat comei ditemani anjing.

Den rasa ada la dalam 45 minit - 1 jam jugak kitaorang menapak dalam nak menyampai ke Karsa Café tuh.
Sampai kat Karsa Café tuh memang pemandangannya sawah padi dan kolam yang dipenuhi teratai. Memang chantek cumanya sawah padi dekat situ baru tuai kot. So kosong je. Tapi dekat kawasan lain, padi dok menguning. Lepas Karsa Café nih ada jalan lagi tatau menghala ke mana tapi kitaorang tak explore la sebab dah memang target nya nak berjalan sampai Karsa Café - minum sekejap - patah balik ke tempat parking moto + tak cukup masa coz nak mengejar nak balik resort untuk mandi sebelum check out.

Karsa Café nih dua tingkat. Kalo duduk tingkat bawah, kita akan duduk sebelah kolam teratai. Kalo duduk tingkat atas, bley nampak view yang lebih menyeluruh. So kitaorang duduk tingkat atas sambil minum ayaq kelapa dan ayaq kunyit sambil menghayati keindahan pemandangan sawah padi di sana sini. Memang chantek dan tenang view kat sini.
Berapa banyak gambo air nko nak ambik nih....member den bengang sebab selagi den tak abis amik gambo dia tak dapat minum hhehehehehe
#tatau la kan pasai pa dalam banyak-banyak minuman, member den pi minum ayaq kunyit. Macam kan orang dalam pantang.

Masa kitaorang dok berehat kat Karsa Café nih, ada sorang mamat omputih pakai baju macam sami dok melepak dok melayan laptop. Tenang gila tengok dia. Macam dia just enjoying the moment melepak berehat-rehat.
Lepak je mamat omputih nih.
Tingkat bawah Karsa Cafe
Sama plak warna teratai dengan warna beg den
Ada spa dalam cafe nih

Lepas lepak kat Karsa Café dalam setengah jam, kitaorang pun bergerak balik ke parking motor melalui track yang sama kitaorang datang tadi. On the way balik nih den masih lagi excited nak bergambo sampai member den bising ‘nih kan track yang sama. Nko kan dah ambik gambo kat sini tadi’ tapi den amik jugak gambo hehehehehehehe cumanya dah tak larat nak letak helmet kat tepi setiap kalo bergambo. Makanya gambo-gambo on the way balik tuh memang penuh dengan kelibat helmet tuh.
Check point kita dah sampai Karsa Cafe
Baju renda atau lace yang kita pakai buat bertunang ke nikah ke depa pakai hari-hari k especially kalo depa nak sembahyang
Banyak je kawasan padi dok menguning
Helmet dok sibuk masuk sekali dalam gambo sebab dah tak larat nak letak helmet jauh-jauh masa nak bergambo
Masa dok menapak balik tuh pun tak ramai orang kitaorang jumpa. Ada satu family omputih dengan anak pompuan dalam 1 lebih yang sangat comei dok berjalan ke arah Karsa Café. Ada 2 orang lelaki Jepun dok berjalan sama arah dengan kitaorang. Yang special nya, sorang Jepun tuh, den bajet dah umoq dalam akhir 50-an dengan pakai tongkat ketiak tuh selamba je jalan sambil bersembang dengan mamat Jepun lagi sorang.
Check point untuk start menapak turun kat trail tuh
2 mamat jepun yang sorangnya pakai topang kaki tuh

Tadi datang kan nko dah amik gambo kat sini...kenapa nak amik lagi....asyik kena marah je la den nih bila nak bergambo
Dah sampai kat ujung trail bila nampak pura tuh (bila turun). Kalo naik, pura tuh jadi permulaan trail.
Baguih betoi stamina diaorang nih.

Tapi walopun nak pengsan menapak kat sini, still den mencadangkan untuk sapa-sapa yang nak mai ke Ubud nih berjalan kat sini sebab view dia memang chantek sebab hijau-hijau camtuh. Lagipun untuk amik gambo memang sesuai.

Tips nak menapak di Campuhan Ridge Walk nih:

Sila pergi awal pagi k untuk elakkan panas terik due to keadaan kawasan nih yang terbuka serta dikelilingi 90% lalang dan 10% pokok-pokok dan tumbuhan renek.

Pakai kasut yang selesa macam sport shoes sebab tema kat sini memang menapak sampai lebam.

Pakai baju yang selesa macam tshirt sebab confirm akan berpeluh ketiak. Sila jangan pakai baju berenda dan beropol-ropol kat sini. Kemeja pun macam kurang sesuai.

Bawa ayaq mineral.

Simpang nak masuk ke tempat nih kecik skit, so kena perati betoi-betoi. Yang pastinya sebelum jambatan belok kat Ubud Inn dan Ubud Clinic tuh.

Untuk mendapatkan maklumat terperinci macam mana nak sampai ke sini dan info details pasai Campuhan Ridge Walk nih, pi tengok kat blog nih http://almostlanding-bali.com/how-to-get-to-the-campuhan-ridge-walk-ubud/.

p/s in sya Allah bila den dapat repeat Ubud di masa hadapan yang tatau bila tuh, den nak duduk kat homestay yang ada kat sini beberapa hari. Pagi dan petang den nak jogging or at least menapak kat Campuhan Ridge Walk tuh. Waktu senggang lain akan diisi dengan melepak membaca gossip retis kat laptop atau baca buku-buku cerita den sambil minum ayaq kelapa serta ditemani pemandangan sawah padi dan kolam bunga teratai di Karsa Café dan café lain yang ada kat sini (macam mamat omputih yang den terjumpa kat gambaq atas tuh). Den nak memanjakan diri kat spa-spa yang dok ada kat sini. Lepas tuh jalan-jalan masuk kedai jual barangan seni & souvenirs termasuklah barangan silver yang ada kat sini. Nih my travelling goal….in sya Allah.

0 Comments