Dari tol PD, dalam 20 minit nak sampai kat sini. Ada signboard untuk sampai ke sini tapi dah pudar skit so kena tengok betoi-betoi. Kalo waze pun in sya Allah jumpa. 

Tiket dewasa RM 15. Tiket kanak-kanak 3 - 12 tahun RM10. Makanan yang boleh dimakan oleh semua binatang adalah RM3/plastik.

Semua binatang kat sini duduk dalam kandang.

Ada lebih kurang 10 ekor burung ostrich. Ada 2, 3 ekor ostrich yang dah togel bontonye. Kesian tengok depa. Sakit jugak tapak tangan bila disudu dek ostrich nih bila dia nak makan food di tapak tangan. Disebabkan semua orang tak berani nak bagi makan ostrichs nih, terpaksa la den je bagi ostrich nih makan.
Sekandang kambing
Ada gambo tuan tanah pun sebab semua orang tak nak bagi ostrich makan so terpaksa la den bagi makan
Melawat kawasan
Ada sekandang kambing, 2,3 reban ayam, 2 ekor keldai, 1 ekor unta (kesian tengok unta nih sekor-sekor takde kawan), sekandang arnab (sekor arnab je dilepaskan masa kitaorang sampai tuh), sekandang itik dan angsa, sekor iguana, 2 ekor kuda untuk ditunggang oleh sapa-sapa yang berminat (dikenakan bayaran lain).
Acah anak bandar memang camnih. Tengok ayam pun teruja
Bagi makan anak ostrich plak
Ada juga aktiviti menunggang ostrich dengan bayaran yang den tak sure berapa.

Ada disediakan cafe untuk kita minum-minum dan ada dijual daging ostrich dalam bentuk sate, etc.

Ada juga kedai menjual souvenir berkaitan ostrich dan binatang lain kat sini.
The lonely camel
Comei je rupa depa nih
Iguana di ujung kiri sangkar
Tengok angsa pun terkesima jugak depa nih
Rasanya tempat nih best lagi masa den pergi dua kali dulu. Ada inflatable ballons yang kids bley main, etc. Sekarang nih tempat inflatable ballons tuh dah dijadikan kawasan mini pemeliharaan anjing. Masa kitaorang datang, ternampak 3,4 ekor anjing kat sini.

Kawasan nih besar tapi binatang tak banyak mana. So jalan slow slow je untuk tengok setiap binatang yang ada supaya berbaloi dengan bayaran tiketnya.
Ada lawatan tadika kemas masa kami pi sana
Berdiri atas teloq ostrich. Mujoq tak pecah.
Curious teloq apa besaq sangat nih
Third time den mai sini. First time masa den tak dak anak lagi. Second time masa F 3 tahun lebih dan den preknen kat A. Macam berjodohan plak den dengan ladang ostrich nih ye hehehehhee.

Perlu tambahbaik daripada segi maintenance tempat nih. Kalo depa tambah lagi kepelbagaian binatang pun lagi best.

0 Comments