Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ini adalah antara hotel yang best yang den pernah menginap sepanjang hidup den.

Ini hotel pilihan Kak Noris. Disebabkan beliau mempunyai pengalaman 20 tahun menguruskan hal berkaitan itinerary, hotel, tempat menarik, dsb di seantero dunia semasa beliau bertugas dengan MAS, den dan Atiqah biasanya menyerahkan hal-hal bersangkutan dengan travelling kepada beliau sebab dia pakar kot. In sya Allah tidak rugi percaya kepada pakar. Lagipun den memang pemalas nak buat segala itinerary bagai nih ha hehehehehehe.

Selepas satu hari yang penuh aktiviti berjalan di sana sini di hari kedua sesi berjimbaan ke Johor ini iaitu berjimbaan ke Taman Negara Pulau Kukup, Taman Negara Tanjung Piai dan BookXcess Sunway BigBox Mall, memang adalah sesuatu yang sangat menggembirakan hati bila dapat berehat di hotel yang awesome pada harga mampu milik.

Den tidak ingat sudah (bahana hendak bercerita selepas setahun sesi berjimbaan ini) jenis bilik yang kitaorang pilih tetapi bilik ini mempunyai 2 buah katil Queen dengan 4 biji bantal bagi setiap buah katil. Den memang suka bantal banyak-banyak ni. Walaupun ada kajian psikologi mengatakan mereka yang suka tidur dengan bantal yang banyak mempunyai keyakinan diri yang rendah tetap la juga den suka banget hotel yang sediakan banyak bantal ni.

Ringkas, kemas dan bersih merupakan kriteria bilik hotel yang bisa buat hati den gembira dan ketiga-tiga ciri ini dipunyai oleh Glex Signature Hotel ini. Walaupun ianya bilik hotel tanpa breakfast tetap la juga kami bertiga suka dengan bilik hotel ini. Lengkap segala siap dengan sofa untuk berehat.

Dah sama pula corak tudung dengan gambar di bilik hotel ni hehhehee

Hampir-hampir sahaja kitaorang hendak beli dinner guna GrabFood sahaja sebab malas hendak keluar dari bilik selepas mandi sebab nyaman yang amat dapat baring atas katil empuk selepas mandi air panas selepas seharian bergerak ke hulu ke hilir. Memang rasa hendak bergolek-golek di atas katil sambil bergosip dan tengok movies tetapi Kak Noris kata kena keluar juga cari seafood sebab dah alang-alang sesi berjimbaan hehehehee.

Bilik air sedikit seksi sebab ada bahagian kaca tetapi usah dirisau kerana disediakan tirai. Kalau tiada tirai haruslah ada drama di situ hehehehehe.

Tempat letak kereta disediakan di dalam bangunan dan hotel ini mudah dicari.

Untuk den, hotel ini sedang molek untuk beristirehat bersama keluarga dan juga teman.

Bagi maklumat terkini terutamanya harga bagi setiap bilik, boleh layari media social berikut ye:

Website: https://glexhotel.com.my/signaturejb/

Facebook: https://www.facebook.com/glexhotelsignaturejb/

Instagram: https://www.instagram.com/glexhotels/

 Lokasi: https://goo.gl/maps/CWu5tq4SaCbJPrRb6

0 Comments