"Kau juga tidak perlu mempercayaiku. Hanya makan kaki kepiting ini. Cangkangnya keras, jadi mengupasnya tidak mudah. Nikmatilah."

Pick up line at another level.

Sakit perut gelak masa scene ni.

Sinopsis

Taxi Driver KDrama ini merupakan antara drama yang mendapat rating yang mantap pada 2021 ini. Drama 16 episod ini diinspirasikan daripada 5 kisah jenayah benar yang berlaku di Korea ini menceritakan tentang 5 orang insan tersakiti yang bergabung membanteras jenayah dan menghukum penjenayah mengikut metodè mereka yang tersendiri iaitu membalas dendam bagi pihak mangsa dan berselindung di balik operasi syarikat Rainbow Taxi. 

5 orang yang bekerja dengan syarikat ini di mana di bawah bangunannya terdapat tempat pengoperasian ala gua Batman adalah Mr Jang (mastermind), Mr. Kim (hero yang terror nak mati ala John Wick), Miss Ahn (a hacker yang terror nak mati boleh godam merata), Mr Choi (pakar kereta) dan Mr Park (mekanik kapal terbang).

Operasi membanteras jenayah oleh syarikat Rainbow Taxi ini menjadi agak kucar kacir selepas seorang peguam jabatan pendakwaraya, Miss Kang menyiasat tentang aktiviti mereka. Ditambah pula dengan pertelingkahan dengan Miss Baek, ketua gangster di kawasan tersebut, menambah ribut dalam operasi mereka.

2 Sebab Kenapa Perlu Tonton Taxi Driver

1. 5 Jenayah Inspirasi Jenayah Sebenar

Kita boleh relate dengan 5 jenayah yang merupakan latar belakang drama ini kerana jenayah-jenayah ini bukan sahaja berlaku di Korea tetapi ada sebahagiannya terjadi juga di Malaysia dan hampir di seluruh dunia.

Jenayah pemerdagangan manusia untuk bekerja di sektor pembuatan. Pemerdagangan manusia memang adalah sangat kejam tiada dakwa dakwi di situ tapi pemerdagangan manusia OKU yang didalangi kakitangan sosial adalah kekejaman yang tidak terjangkau akal fikiran.

Kes buli di sekolah yang mengakibatkan mangsa hampir membunuh diri.

Merakam gambar hubungan intim tanpa kebenaran dan memuatnaik ke dalam laman sesawang. Syarikat U Data ni dah macam kultus pun ada tahap worship depa dengan boss depa tuh.

Sindiket scam/penipuan melalui panggilan telefon dan mengarahkan pemindahan wang ke akaun lain. Sama je modus operasinya macam kat Malaysia nih ha.

Sindiket pemerdagangan organ.

2. Jalan Cerita Unik, Penuh Aksi, Berdarah dan Kejam

Udah namanya cerita balas dendam, siap terlibat gangster bagai memang la drama ini penuh dengan adegan belasah, tabrakan, kekejaman dsb yang agak ganas dan mengundang rasa seriau, darah bertebaran di sana sini, patah tulang, kemalangan ngeri, dsb yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak tetapi sesuai untuk kita rakyat Malaysia yang makin panas hatinya dengan kisah pengurusan hal Covid19 di Malaysia nih ha.

Walaupun jalan ceritanya ada juga yang tidak logik macam hero yang setelah dibelasah dengan kayu besbol sehingga nyawa-nyawa ikan bangun cergas melawan berpuluh penjahat. Ada satu adegan lain, hero cedera kena tikam dekat bahu tapi lepas tuh terus lemah longlai bila melawan penjahat. Macam dah kenapa tiba-tiba melemau melampau plak hang ni di saat-saat genting.

Masa Mr Choi selamatkan Mr Park yang dihumban ke dalam laut pun macam musykil sebab masa dia dihumban di tengah laut, Mr Choi sedang memancing di dermaga untuk alihkan perhatian Miss Kang.

Banyak lagi sebenarnya scenes agak kurang logik yang boleh buat rasa 'dah kenapa macam ni jadinya'.

Tetapi sebab kepala pun sudah agak weng kerana isu pengurusan Covid19 di Malaysia ni, memang elok benar tengok KDrama yang satu ini sebab tidak perlu banyak berfikir, hanya fokus pada orang jahat, gelak penjahat, balas dendam, berdarah di sana sini, dsb.

Ada terselit juga beberapa adegan yang bisa buat kita tersenyum dan tergelak.

Jadinya berbaloi ke tak KDrama yang satu ini?

Untuk den berbaloi je sebab Lee Je-hoon hehehehehhe. Ini adalah sebab utama den tengok cerita ini.

8 Comments

  1. Pelakon dia nampak betul hensemnya. Btw saya suka cara penulisan awak menarik. Keep it up. Saya follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah sini. Saya singgah blog dia nanti ye

      Delete
  2. halllooo.. psssttt ada sesuatu untuk akak laaa disini..
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    tahniah tahniah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh best ni.....thank you....:)))))

      Delete
  3. Taxi driver ni memang best tp nk habiskan mcm labi2. Tgk dgn adik2 ipar. Hensem pelakon utama dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka dia lain sikit daripada hero korea lain yang kebiasaannya jambu

      Delete