Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada dua perkara yang den suka buat bila den bosan dan hendak hilangkan tekanan iaitu samada membaca maklumat tentang dunia hiburan macam lagu-lagu dan drama terkini secara atas talian dan juga main online games.

Kalau nak baca tentang industri KPop dan KDrama, den akan layari Soompi. Kalau pasal industri filem dan muzik antarabangsa, den akan layari samada Independent atau US Weekly. Sekali sekala den baca juga tentang cerita terkini dunia perfileman India.

Lepas habis membaca tentang pencapaian terkini BTS, den main online games pula hehehehehee.

Siapa di sini yang walaupun telah masuk umur hampir separuh abad masih suka bermain games? SAYA!!!!SAYA!!!!

Ha den memang suka main games sejak dulu lagi. Games dan den adalah seperti never ending love affair.

Masa zaman Game Boy menjadi kegilaan ramai pada awal 1990an, den pun terlibat sekali. Den paling suka main tetris.

Bila belajar di universiti, den sibuk main games Pac Man, Super Mario, Tetris, Mahjong Tiles dan Solitare.

Siapa sangka siapa menduga rupanya perangai main games ni kekal sampai sekarang walaupun umur hampir mencecah separuh abad. Kalau dulu main games sorang-sorang, sekarang ni kadang-kadang den main games dengan anak-anak den. Mereka lagi cekap daripada den bab main games nih ha.

Dari dulu den suka main games yang simple, fun and easy sebab hendak berehat dan release tension je. Tak kuasa den nak main games yang perlukan strategi bagai ni, nanti buat pening kepala je. Main games membantu den mengurangkan tekanan, membolehkan den bonding dengan anak-anak den dan hiburan yang murah dan mudah untuk keluarga den.

Sekarang den bermain onlines games. Kalau main dengan budak-budak ni, memang akan main MineCraft je kerjanya.

Kalau main online games sendiri, den suka games di dua websites iaitu Plays.org dan Arkadium.com. Ini dua websites yang den selalu masuk untuk main online games. Ada banyak je online games websites tapi setakat ni, den berkenan dengan dua websites ni je sebab games dia kena dengan minat dan masa den.

Ada banyak games dalam https://plays.org/ ni. Ada banyak kategori juga tapi seperti biasa den suka main games yang senang. Hampir setiap minggu ada je games baru dalam website ni. Cuma tinggal rajin ke tidak nak main je la hehehehehee.

Dalam banyak-banyak games yang den dah main daripada website ni, setakat ini den suka lima (5) games yang den dah simpan sebagai favourite.

Daripada 5 favourite games ni, den paling suka SpongeBob SquarePants Restaurant: Burger Grill Simulator. Ini den siap main dengan anak-anak den sambil menjerit-jerit sebab hendak pastikan semua pesanan siap dalam masa yang ditetapkan heheheehehe. Ini memang game yang den paling suka. Memang akan diulang lagi ni nanti.

Tetra Blocks:Neon Tetris-Inspired Line Making Game membawa den mengenang zaman den terpesona dengan Game Boy. Ini antara game yang tidak pudar ditelan zaman gitu, relevan je untuk dimain bila-bila masa. Ini pun den suka juga tapi bila masuk Level 9 macam tuh lajunya memang lain macam, selalu tersangkut di level ini huhuhuhuhu.

Mahjong adalah satu permainan yang den teringin sangat nak belajar main sebab terpengaruh dengan cerita-cerita Hong Kong zaman 90an. Sementara entah bila nak main mahjong yang sebenar, game mahjong ni antara favourite game masa belajar di universiti pada 1998 - 2001.

Walaupun Mahjong Solitare: Free Online Tile Match Game mempunyai tiles character yang berbeza dengan game mahjong yang den biasa main tetapi jalan ceritanya sama je iaitu kena cari tiles yang sepadan. Den memang suka game yang ringkas macam ni.

LamputCartoon: Find Lamput Hidden Object Game adalah salah satu game yang best tapi itu la ada dua levels je la pulanya. Tidak puas main. Kejap je dah habis macam tuh hehehehhee. Game yang simple yet fun macam ni patut dibuat banyak level supaya seronok nak sambung main. Den dah siap komen supaya mereka tambah lagi levels untuk game ini. Memang permainan yang sesuai untuk budak-budak tapi disebabkan den main games untuk mengisi masa lapang, makanya game ini sangat sesuai untuk den. 

Permainan yang sampai sekarang den belum memang walaupun di level pertama adalah TMNTPizza Quest: Teenage Mutant Ninja Turtles RPG. Dalam kelima-lima games, ini games yang agak menguji ketangkasan jari jemari den sebab nak kena melibas dan berlawan dengan semua musuh Ninja Turtles. Asyik terkandas je bila main ni huhuhuhu.

Ada banyak sangat pilihan games di https://plays.org/ Boleh pilih yang mana sesuai dengan minat dan masa masing-masing. Tak perlu nak mendaftar ke muat turun aplikasi ke apa. Boleh terus main je. Senang sangat. Setakat yang den dah main beberapa permainan ni, tiada yang kena bayar untuk upgrade ke apa. Masuk website, pilih game apa yang kita berkenan, terus main. Macam tuh je.

Den pasti senarai favourite games den akan bertambah dari masa ke semasa nanti.

Bila den jumpa games yang den berkenan nanti, den cerita lagi k.

Korang ada tak favourite games yang korang nak kongsikan. Boleh la den cuba nanti.

4 Comments

  1. Haaaa.. dah lama tak main games. dulu2 suka main tapi skrg sibuk dan kak tengok budak2 skrg byk main games baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Games sekarang macam-macam rambang mata nak pilih

      Delete
  2. Semua games kt atas ni suka main dr zaman sekolah hingga study. Lama betul dh xmain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ni memang kebanyakannya game di zaman ksarie muda belia:)

      Delete