Universiti Malaysia Terengganu melalui Pejabat Komunikasi Korporat yang diketuai oleh Pengarahnya iaitu Tuan Syirfan Indra dan team nya yang super amazing telah menganjurkan Eksplorasi Tasik Kenyir Bersama Universiti Malaysia Terengganu dan Media Sosial pada 18 - 20 Februari 2020.

Eksplorasi ini melibatkan lebih kurang 20 orang peserta dari pelbagai media sosial seperti kelab Amazing Terengganu, jurugambar professional, pemain drones, personaliti televisyen dan team nya, pemain Twitter, PRO Kementerian Belia dan Sukan dan blogger.

Program 3 hari 2 malam ini merupakan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman serta kemungkinan untuk kolaborasi di masa hadapan bagi menyebarkan maklumat tentang program-program yang akan dijalankan oleh UMT.
Itinerari Eksplorasi Tasik Kenyir

Hari Pertama - berkumpul di UMT - Pengkalan Gawi - taklimat program -Taman Herba Tasik Kenyir - makmal UMT di house boat - pertandingan memancing di lubuk ikan Kelebu.
Hari Kedua - eksplorasi Gua Bewah - air terjun Lasir - rekreasi di Tasik Kenyir (mandi manda dan berkanu) - BBQ - sesi perkongsian pengalaman.
Hari Ketiga - air terjun Saok - pemberian hadiah pertandingan memancing - rumusan dan penutup - Pengkalan Gawi - souvenirs shopping di kedai bebas cukai di Pengkalan Gawi - program tamat.

Terdapat 2 tempat di dalam itinerari asal yang tidak dapat kitaorang pergi pada kali ini iaitu Stesen Penyelidikan UMT Tasik Kenyir (dalam peringkat touch up sebelum bersedia menerima kunjungan) dan Santuari Ikan Kelah (dalam penyelenggaraan dan hanya akan dibuka semula untuk lawatan pada Mac 2020).

Sedih juga tidak dapat pergi kedua-dua tempat ini. In sya Allah harapnya UMT jemput kitaorang semua lagi untuk ke Stesen Penyelidikan UMT Tasik Kenyir dan Santuari Ikan Kelah dalam eksplorasi yang akan datang hehehehehe.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - Sepintas Lalu

UMT merupakan pusat pengajian tinggi yang memfokuskan kepada sains marin dan sumber akuatik termasuk kepelbagaian biologi.

Fokus penyelidikan dan pembangunan di UMT termasuklah flora, fauna, biodiversiti, kualiti air, sosiologi, etc.

Setakat ini terdapat 4 Stesen Penyelidikan UMT di Terengganu iaitu Tasik Kenyir, Setiu Wetland dan Pulau Bidong, Chagar Hutang Pulau Redang.

Antara perkara yang diperjuangkan oleh UMT berkaitan Tasik Kenyir seluas 209,000 hektar adalah cadangan pewartaan Tasik Kenyir sebagai Tapak Warisan Geologi atau Geopark berdasarkan kriteria ekologi, arkeologi, sejarah dan budaya Tasik Kenyir itu sendiri.

Till then, kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut tentang Universiti Malaysia Terengganu, korang boleh layari:

Website: www.umt.edu.my





Den akan ceritakan pengalaman den sepanjang eksplorasi 3 hari 2 malam ini di dalam beberapa blogpost ye.

Gambar-gambar yang den akan kongsikan dalam blogpost yang akan datang kebanyakannya adalah daripada jurufoto UMT, jurufoto Amazing Terengganu dan bloggers yang joint Eksplorasi ni ye. Kredit untuk mereka semua.

Terima kasih daun keladi kepada UMT kerana sudi menjemput den menyertai Eksplorasi Tasik Kenyir Bersama Universiti Malaysia Terengganu dan Media Sosial ini. Terima kasih atas perkenalan, persahabatan, perkongsian ilmu dan pengalaman, kenangan, etc. In sya Allah next time jemput lagi ye hehehehehe.

 

2 Comments