Kafe Cikgu atau Kari Kambing Cikgu, Tanjung Sepat

Singgah makan tengahari kat Kafe Cikgu kat Tanjung Sepat on the way balik dari Bagan Lalang hari tuh. 
Memang berbaloi patah balik bila terlepas kedai ni sebab lempeng dan kari kambingnya memang cukup rasa, pekat, sedang elok tak pedas mana. Daging kambing lembut siap ada lemak lagi. Memang sodap la senang cakapnya. 

Kalau korang dari Bagan Lalang, kedai ni ada kat sebelah kanan, betul-betul tepi jalan. 

Disebabkan den dan buong dah set nak makan set kari kambing makanya kitaorang ambil 1 set kari kambing dengan nasi + 2 set lempeng dengan kari kambing + nasi ayam.

Semua food dia yang kitaorang makan tuh sedap ye. 

Untuk tekak orang tua cam den nih ha, lempeng tuh memang sedang elok lembutnya, rasanya, etc. Cicah plak dengan kari kambing. Memang kombinasi terbaik. Sebab tuh la kena ambil 2 set lempeng ni hehehehehehe.
Set nasi + kari kambing pun sedap. Dah la kuah kari kambing tuh dah sedap, nasi yang digunakan adalah beras Brasmathi rasanya sebab panjang-panjang saiz beras tuh. Memang ummmphhh sangat.
Set nasi ayam pun menggunakan beras yang sama. Ayam plak garing kat luar, lembut kat dalam. Sakan budak-budak ni makan berdua sampai den sempat rasa sesuap je.
Ada banyak menu kat kedai nih k termasuklah patin tempoyak dan daging salai. Korang sediakan perut je la nak makan apa. Harga plak in sya Allah mampu milik. Yang jangan dikira adalah kalori intake ye hehehehehehe. 
Waktu operasi seperti dalam gambo nih ye
Den tertarik betul dekat kuali yang diubahsuai menjadi sinki. Klasik sangat ni.
Café dia selesa cuma panas la sikit kan sebab masa kitaorang makan tuh memang matahari dok tegak kat kepala.
Ada catering cikgu juga disediakan oleh owner café ni. Den rasa kalau berdasarkan food yang kitaorang makan tuh, kalau cenggitu kualiti rasa food untuk catering, memang la berbaloi amik catering dari Café Cikgu ni.
In sya Allah rasanya macam nak repeat lagi makan kat sini sebab ada banyak menu lagi yang belum cuba.

Waktu Operasi

Selasa - Khamis dan Sabtu - Ahad (7 pagi - 4 petang)

Jumaat (7 pagi - 11 pagi)

Isnin CUTI

Alamat Kafe Cikgu: Lot 659A, Batu 36, 1/2, Jalan Besar, Kampung Kundang, 42800 Tanjong Sepat, Selangor. 

No telefon: 019-6429554

No comments:

Powered by Blogger.