Makan Best di Kuching

Kebanyakan orang Malaysia nih kalau berjalan ke mana-mana memang sokmo la Jalan Jalan Cari Makan kan? The same goes to me la.

Walaupun jadual program bengkel tak mengizinkan kitaorang merayau ke hulu ke hilir mencari pelbagai makanan best, sempat la juga kitaorang makan sedap sekupang dua di sini.

Dah sampai Sarawak kalau tak merasa keenakan mee kolok dan laksa Sarawak memang tak sah la kan? Tapi tak terambil rupanya gambar laksa Sarawak, sahih la masa nih dah kelaparan gila. Makanan sampai terus Bismillah tak pandang kiri kanan, lagi kan pula nak ambil gambar huhuhuhuhu.
Malam terakhir di Kuching, kitaorang disajikan seafoods yang fresh dan sedap di Top Spot. Kat sini lagi la tak sempat nak ambil gambar apa sangat sebab semuanya excited nak makan.

Kitaorang makan di gerai nombor 25 kalau tak silap.

Lobster salted egg nya memang sangat sedap sehingga menjilat jari. Dah focus kat lobster sampai terpinggirkan ketam nipah masak black pepper. Nih sedap juga. 
Sedap sangat ni
Kalau berjalan ke Kuching wajib singgah makan seafood kat sini sebab memang berbaloi k.

Kat mana lagi korang nak rasa semua jenis kek lapis Sarawak kalau tak di sini.

Sampai je kat kedai Kek Lapis Dayang Salhah, belum apa-apa dah makan kek lapis tester dengan jayanya dah. Masa nak pilih kek lapis mana yang nak dibeli, ulang rasa kek lapis tester untuk confirmkan kesedapan kek tuh hehehhehehe. Lepas dah selesai beli kek lapis, makan lagi kek lapis tester masa menunggu kawan-kawan yang tak habis shopping lagi.
Makanya 3 rounds la merasa kek lapis tester tuh. Toksah dok kira kalori la masa nih sebab memang gagal teruk.

So kek lapis Sarawak juga merupakan menu wajib nak merasa di Kuching ni sebab biasanya kita bukan beli semua jenis kek lapis yang dok ada pun kan. So sementara berada kat kedai tuh, boleh la pulun rasa semua spesies kek lapis yang ada k.

4 comments:

  1. Betul kat Top Spot makanan sedap2.. tapi kami tak makan seafood.. next time kena rasa seafood situ gamaknya. Tengok gambar pun tau sedap! Kek lapis actually ada port lagi sedap kak sarie.. tapi malangnya saya dah lupa nama dia.. dekat area2 Dayang Salhah jugak.. cumanya lagi hujung sikit.. dia buat perusahaan tu kat rumah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kena repeat lagi Kuching ni sebab nak makan seafood lagi dan nak cari kedai kek lapis yang lagi sedap yang ezzan cakap tuh

      Delete
  2. Boleh tahu lokasi makan sedap mee kolok dan laksa sarawak? Terima kasih. farizmalek@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kedai-kedai makan dekat deret Sarawak River Front tuh boleh dikatakan mee kolok dan laksa sarawaknya sedap-sedap

      Delete

Powered by Blogger.