JOM KITA KE PORT DICKSON

Setelah busy bekerja mencari nafkah untuk keluarga, mesti korang nak award diri korang atau bercuti bersama keluarga kan? So apa kata korang plan weekend korang seawal mungkin, so that korang dapat rehatkan minda dan fizikal korang, berbonding bersama keluarga dan dapat energy balik untuk restart semula bekerja. Tak perlu pergi jauh pun pegi dekat-dekat pun okay.

Actually den nak ajak korang ke Port Dickson. Ada apa dengan Port Dickson tu? Haa baca elok-elok k. Den akan citer kat korang pasal Port Dickson. Walaupun den pernah duduk Port Dickson selama 5 tahun masa sekolah dulu tetapi tetap la jua den suka ke Port Dickson ni kalau nak short vacay. Kadang-kadang bila sampai angin tetiba rasa nak berjalan, Port Dickson adalah antara tempat yang termasuk dalam list sebab tak jauh mana pun dari Shah Alam ni.

Dekat Port Dickson ada satu pantai yang dekat dengan teluk kecik di Cape Rachado. Nama pantai ni ialah Pantai Blue Lagoon. Jarak dia dari bandar Port Dickson cuma 18 km jer. Air laut kat sini cetek dan tenang sebab pantai ini dilindungi oleh teluk buatan. Tempat ni sesuai untuk budak-budak kecik mandi laut. Ianya juga terletak berdekatan dengan Hutan Lipur Tanjung Tuan dan korang akan dapat tengok hidupan liar seperti tupai, monyet dan burung. Siapa yang suka bird watching atau birding memang boleh mencuba nasib tengok pelbagai spesies burung yang ada di sini. Pada waktu malam pula korang boleh nampak lampu suluhan rumah api Cape Rachado merentas air laut. Bayangkan view yang awesome dan menenangkan camtu. 
Sunset di Port Dickson yang den sempat tengok. Cantik kan?
Sakan anak-anak den bergelinjangan di pantai Port Dickson

Lepas tu dekat dengan Pantai Blue Lagoon ada Rumah api Tanjung Tuan atau nama lain dia Cape Rachado Lighthouse yang merupakan salah satu mercu tanda popular yang sering menjadi tumpuan orang ramai yang datang bercuti ke Port Dickson. Ianya dianggap rumah api yang tertua kat negara kita dan dibina pada abad ke 16, zaman Portugis memerintah Melaka. Semenjak itu rumah api ni dibaikpulih beberapa kali oleh Kerajaan British, kali pertama pada tahun 1817, dan bangunan yang boleh dilihat sekarang disiapkan pada tahun 1863. Rumah api tu juga adalah sebuah radar MEASAT yang dibina pada tahun 1990.

Ada satu lagi tempat yang dah viral kat social media iaitu Alive 3D Art Gallery Port Dickson. Kalau korang hardcore selfie atau suka tangkap gambar lain dari yang lain semasa bercuti, korang pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini. Terdapat sebanyak 50 lukisan 3D beraneka tema yang mana setiap satunya menjanjikan ilusi yang berlainan. Antara 5 tema yang korang boleh jumpai di sini adalah aquarium, adventure, animation, seni dan exotic.

Kepada korang yang minat badan beruniform, korang boleh singgah ke Muzium Tentera Port Dickson. Muzium ini adalah antara muzium tentera yang terbesar di negara kita dan terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia.  Muzium ini didirikan untuk memberi peluang kepada orang ramai belajar serba sedikit mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera negara kita. Untuk korang yang lupa sejarah pun memang sesuai datang ke sini. Hehehehehe. Di sini terdapat 9 galeri berbeza yang akan membawa korang kembali ke zaman penjajahan Portugis hingga ke zaman penjajahan Jepun. Di samping itu, korang dapat melihat pameran kereta kebal dan jet pejuang di bahagian luar muzium. Den pernah bawa keluarga datang ke sini. Den boleh katakan muzium ni setanding dengan muzium di oversea. Menarik dan penuh dengan fakta yang menarik.
Antara jet yang ada di depan muzium
Antara maklumat yang ada di muzium
Anak den nak masuk ke terowong yang terdapat di muzium ni. Dalam terowong nih pun ada maklumat k

Salah satu tapak bersejarah yang popular di Port Dickson adalah Kota dan Muzium Lukut. Ia merupakan sebuah kubu yang didirikan diatas bukit oleh Raja Jumaat pada tahun 1847. Muzium ini menjadi rumah kepada artifak dan gambar yang berkaitan dengan sejarah pelombongan biji timah di kawasan Lukut. Terdapat 4 galeri pameran utama iaitu Sejarah, Teknologi, Negeri Sembilan dan Nassau. Bagus gak kalau korang interested nak tahu sedikit tentang sejarah pentadbiran, pertahanan dan system ekonomi yang dilaksanakan di Kota Lukut pada zaman itu. Learning from the history gittew.

Untuk pecinta haiwan atau family yang ada anak kecil yang biasanya memang excited tengok binatang, korang boleh pergi ke Pusat Penternakan Burung Unta atau lebih dikenali sebagai Port Dickson Ostrich Farm yang terletak 9 kilometer dari Jalan Pantai Port Dickson. Kat sini korang dapat belajar tentang burung yang besar ini sambil berinteraksi dengan haiwan tersebut. Antara haiwan lain yang menjadikan tempat ini rumah mereka adalah keldai, kambing, arnab dan angsa. Kanak-kanak boleh menyentuh dan memberi makanan kepada haiwan kecil ini. Untuk aktiviti pula, dengan bayaran yang kecil, korang dapat menunggang Burung Unta, menaiki ATV, atau bermain paintball.
Macam berani nak bagi ostrich makan tapi sebenarnya takut ni
Anak orang bandar cenggini la. Tengok angsa pun excited.
Keldai pun ada je ni ha kat sini
Mungkin korang sedar Port Dickson memang banyak rumah bertema ilusi dan yang ini pula pasti akan membuatkan korang rasa bagaimana kalau hidup di dalam dunia terbalik. Rumah Terbalik Port Dickon merupakan sebuah rumah kedai yang diubah suai menjadi tarikan pelancong dan menjanjikan suatu pengalaman bergambar yang berbeza. Di sini korang boleh menjumpai semua bilik yang ada di rumah biasa. Bezanya semua bilik di sini terbalik seolah-olah korang berjalan di atas bumbung.

So dalam banyak-banyak tempat korang nak pergi mesti korang kena stay 2 malam kan. So nak stay kena cari hotel in Port Dickson kan. Jangan risau, Traveloka sedia nak tolong korang cari hotel yang ideal ngan korang. Jangan malu jangan segan cepat-cepat book hotel through Traveloka.

4 comments:

  1. Thanks info.. menarik sangat ni.. boleh masuk buku list cuti2 malaysia.. hehhhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tempat wajib pergi kalau singgah ke Negeri Sembilan

      Delete
  2. wah! x sangka ada byk tempat menarik di PD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....selalu kalau sebut PD orang ingat pantai PD je tapi sebenarnya banyak tempat best lain kat PD ni.

      Delete

Powered by Blogger.