Mariah Carey Live In Concert, Plenary Hall, KL Convention Centre, 16 October, 8.30 Malam

09:09
Den rasa zaman kegemilangan Mariah Carey atau Kak Yah adalah pada tahun 90an hingga awal millennia (zaman dia suka pakai baju warna hitam dan lebih bersopan. Rasanya sejak video clip Honey tuh, sakan plak dia menyeksi hehehehehe). Den rasa Mariah Carey adalah dalam kumpulan penyanyi cemerlang pada zaman tuh saing dengan Celine Dion dan the late Whitney Houston.

Den rasa lagu-lagu dia yang den kenal adalah lagu-lagu dari album-album 90an dan yang terakhir sekali album Glitter ke yang mana entah yang ada lagu We Belong together. Tahun 2001 kot album tuh.

Lepas tuh den dah tak ambil tau langsung pasal lagu-lagu dia sejak-sejak sakan plak dia dok menyanyi featuring rappers dan dah tak guna sangat suara nyaring dan sedap dia tuh.

Tapi bila ada je lagu-lagu lama dia kat radio, memang den suka je la dengar.

Den pergi tengok Konsert Mariah Carey yang berlangsung kat KLCC pada Selasa lepas sorang-sorang je. 
Gigih den naik pengangkutan awam nak ke konsert tuh ye
Konsert Mariah Carey tuh bagi den memang best, berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Dewan Plenary tuh kecil je so walaupun den ambil tiket yang paling murah yang dok ada, den masih boleh nampak Mariah Carey secara jelas walaupun dari kejauhan gittew.

Sejak 2016, Mariah Carey nih dikutuk kaw-kaw oleh media sebab tak boleh dah menyanyi live kata depa. So masa konsert hari tuh, den yang berdebar-debar bila tengok dia menyanyi sebab risau suara dia tersumbang ke terpleot ke terpancit ke etc sebab kesian la kalau jadi macam tuh, sure dikutuk lagi.

Tapi surprisingly suara dia masih mantop k. Masih boleh tarik nada tinggi dan buat suara macam wisel tuh. Memang ada lagu yang dia dah ubah lenggok supaya tak perlu tarik tinggi sangat but still bila dia tarik kat sesetengah lagu masih macam asal. Tetap lemak merdu suaranya. Untuk den, the golden voice is still there.

Kira mantop lagi la untuk umur 50 tahun, dia tetap boleh nyanyi lagu-lagu dia yang bernada tinggi dan pernah meletops dan pecah carta satu ketika dulu. 
Baju yang paling seksi masa konsert
One Sweet Day
Lagu yang Mariah Carey nyanyikan sepanjang konsert tuh (yang den teringat la) adalah My All, Vision of Love, Fantasy, Dream Lover, We Belong Together, Love Takes Time, Always Be My Baby, Someday, One Sweet Day (nih semua den memang ikut nyanyi) dan 3,4 lagu yang den tak pernah dengar pun hehehhehhheee. Persembahan diakhiri dengan all time favourite song iaitu Hero.

Dalam masa satu jam setengah tuh, memang la Mariah Carey tak sempat nak nyanyi semua lagu-lagu dia yang pernah meletops satu ketika dulu macam Without You, Open Arms, Through The Rain, Can’t Take That Away, Always Be My Baby, Butterfly, Forever, I Can’t Live, I’ll Be There, Never Too Far, etc.

Sedangkan Bruno Mars yang baru ada 4 album pun tak sempat nak nyanyi semua lagu best dia di dalam konsert 1 jam setengah pada 9 Mei yang lepas, ini kan pula Mariah Carey yang dah berada dalam arena nyanyian sejak 1990 dengan lebih daripada 10 album. 

Den rasa berbaloi tengok konsert Mariah Carey dengan harga tiket yang dibayar.

Still one of the greatest singer of all time.

Hail the queen.

2 comments:

  1. suka dengar lagu2 dia dulu masa muda2. rasanya dia pernah gemuk sekejap tp skrg nampaknya bergetah kembali!

    ReplyDelete
  2. Betul tuh Abam Kie. Zaman dia put on weight tuh la dia tak beberapa nak boleh menyanyi live. Sekarang badan dan stamina dah mantop, dia dah boleh menyanyi dengan hebat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.