Dumex Dugro merupakan jenama susu formula yang telah berada lama di pasaran dan kekal sustainable sehingga hari ini. Abah pernah cakap den adalah ‘anak Dumex’ disebabkan den membesar dengan susu Dumex sejak tahun 1978 sehingga den berumur 5 tahun. 

Walaupun Dumex Dugro telah lama bertapak di Malaysia, syarikat ini tetap berusaha secara berterusan memberikan yang terbaik kepada semua kanak-kanak melalui pelbagai program dan kempen yang mana sentiasa mencerminkan luhur hati Dumex Dugro di dalam memberi sokongan penuh kepada ibu khususnya menggalakkan anak-anak menjadi lebih cemerlang di dalam pelbagai aspek termasuk akademik, pembangunan sahsiah diri seperti keupayaan sosial, komunikasi dan pembelajaran.

Dumex Dugro telah berbesar hati menganjurkan Sesi Mama-Mama Penyayang Dumex Dugro pada 18 Mac 2018 yang lepas bermula dari 10 pagi hingga 2 petang bertempat di The Cooking House, Bangsar.

Objektif utama penganjuran Sesi Mama-Mama Penyayang Dumex Dugro ini oleh ibu-ibu di Dumex Dugro adalah bagi menyediakan platform perkongsian ilmu dan maklumat tentang penyediakan makanan yang ringkas dan mudah tetapi penuh bernutrisi serta mampu milik, tips penyediaan dan penyimpanan makanan serta tips keibu bapaan kepada semua ibu-ibu Dugro yang menghadiri program ini.

Program yang sangat santai dan meriah ini dihadiri oleh lebih kurang 50 orang ibu-ibu yang sangat sporting dan prihatin tentang tumbesaran serta perkembangan emosi, akal dan fizikal kanak-kanak.
Semua ibu yang terlibat di dalam program ini berpeluang berkongsi pengalaman secara dua hala tentang tips penyimpanan dan penyediaan makanan, maklumat nutrisi di dalam makanan dan sebagainya di antara pengacara program iaitu Yana Samsudin, artis jemputan iaitu Diana Amir, chef celebriti iaitu Chef Lin (Norzailina Nordin) serta pasukan careline Dumex Dugro yang mana semuanya juga merupakan ibu yang sentiasa melakukan yang terbaik di dalam memastikan anak masing-masing dapat membesar dengan sihat, cerdas dan selamat.

Pengacara program ini adalah Yana Samsudin yang sangat happening. Pengurusan Pemasaran Dumex Dugro memberikan maklumat ringkas tentang objektif program pada hari ini. Seterusnya pakar nutrisi dan pasukan careline Dumex Dugro memberikan maklumat tentang Careline Dugro yang beroperasi 24 jam.
The talented and beautiful Yana
Yana with Chef Lin
Pengurus Pemasaran Dumex Dugro, Ms Ye Vian
Selepas sesi perkenalan, Chef Celebriti iaitu Chef Lin memulakan program dengan demonstrasi masakan dua (2) jenis menu yang diambil daripada buku resepi Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro yang disediakan oleh Dumex Dugra iaitu Menu 1 (Quiche Ayam dan Cendawan Enak ) dan Menu 2 (Kebab Ikan Comel). Sejumlah 6 resepi berbeza disediakan di dalam buku resepi ini bagi membantu ibu menyediakan makanan yang ringkas, sedap dan bernutrisi setiap hari kepada si manja di mana semua resepi adalah kaya dengan DHA, Omega 3, Omega 6, fiber, vitamin, mineral dan IcFOS. Semua hasil akhir resepi ini diletakkan di atas meja untuk rujukan kepada semua ibu. 
Demonstrasi memasak 2 resepi oleh Chef Lin
Ikan Kebab Comel
Burger Ayam Sayangku
Bubur Ikan Riang Ria
Quiche Ayam & Cendawan Enak
Nasi Goreng Meriah
Pasta Si Manja
Semasa sesi demonstrasi memasak oleh Chef Lin, beliau serta pakar nutrisi dari Careline Dumex Dugro memberikan tips tentang nutrisi dan pemakanan kepada semua ibu yang hadir. Mereka juga menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh para ibu.

Seterusnya, semua ibu yang menyertai program Sesi Mama-Mama Penyayang Dumex Dugro ini dikehendaki memasak 2 resepi yang telah ditunjukkan oleh Chef Lin. 

Ha….aktiviti memasak oleh semua ibu yang ada ini memang sangat meriah dan gegak gempita kerana kami semua diberikan masa 1 jam sahaja untuk menyediakan makanan tersebut. Satu work station boleh memuatkan enam (6) orang ibu bagi melaksanakan misi menyediakan resepi ringkas, sedap dan bernutrisi kepada si manja. Memang best aktiviti ini sebab penuh dengan kekecohan dan keriangan. Macam-macam aksi kita boleh lihat di sini hehehehhee.
Ahli kumpulan kitaorang yang bertungkus lumus menyiapkan dua resepi. Apa yang penting kerjasama...
Bulat manusia kerana muafakat gittew katanya
Ecehceh....masak guna apron gittew
Antara rakan sepasukan memasak
Hasil tangan kami berenam
Selepas selesai memasak, semasa sesi menjamu selera hasil masakan air tangan ibu iaitu kami semua, sesi perkongsian ilmu dan soal jawab tentang tips penyimpanan dan penyediaan makanan, maklumat nutrisi di dalam makanan dan sebagainya.  
Antara tips dan maklumat yang dikongsi secara langsung dan santai oleh Yana, Diana, Chef Lin dan pasukan careline Dumex Dugro yang sempat den salin adalah:

1. Saiz perut kanak-kanak adalah sebesar saiz tangan mereka. Oleh kerana mereka perlu makan mengikut keperluan saiz perut, ibu perlu pastikan makanan yang diambil adalah penuh nutrisi.

2. Apabila hendak melembutkan ayam, daging, ikan, etc yang baru dibawa keluar dari freezer, kita perlu rendam bahan-bahan ini di bawah air mengalir, bukannya di dalam air yang static.

3. Apabila kita marinate bahan makanan lebih dari 4 jam, kita perlu masukkannya ke dalam peti sejuk kerana bakteria telah mula membiak selepas 3 jam.

4. Kanak-kanak mendapat nutrisi daripada sumber makanan semulajadi seperti buah-buahan, sayur, susu dan sebagainya. Oleh itu kanak-kanak tidak perlukan supplement tambahan kecuali di atas nasihat Doktor atau pakar pemakanan.

5. Setiap jenis bahan makanan seperti sayur dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin yang berbeza.

6. Ibu boleh kisarkan sayur menjadi kuah spaghetti atau pasta serta kisar buah untuk dijadikan jus bagi memastikan anak-anak dapat menerima khasiat sayur dan buah secara berterusan.

7. Tidak digalakkan untuk memindahkan susu dari packaging nya ke dalam bekas lain kerana boleh berlaku cross-contamination.

8. Beli susu di dalam pack yang kecil untuk travelling. Mudah untuk dibawa dan lebih ringan.

9. Untuk memastikan bahan makanan tahan selama 3 bulan di dalam freezer, bekukan setiap satu bahan makanan tersebut secara individu selama 3 jam di dalam freezer. Kemudiannya masukkan ke dalam tupperware dan simpan semula di dalam frezeer.

10. Pelbagai soalan berkaitan produk, nutrisi dan pemakanan, tips penjagaan anak, etc boleh dimajukan kepada Careline Dumex Dugro yang beroperasi 24 jam sehari di talian 1800-38-10-38.

Ha cukup la kot 10 tips den sharekan di dalam blog ni.

Den berterima kasih kepada Dumex Dugro dan Nuffnang kerana memberikan peluang kepada den bagi menyertai program Sesi Mama-Mama Penyayang Dumex Dugro yang sangat ceria dan happening. Di samping beramah mesra serta bertukar cerita di antara ibu-ibu yang hadir di program ini, den dapat banyak tips daripada Chef Lin dan pihak Careline Dumex Dugro yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian sebagai ibu bekerja.

Sebagai seorang ibu yang bekerja, program anjuran Dumex Dugro ini sememangnya memberikan banyak manfaat kepada den di dalam perkongsian ilmu penyediaan makanan yang ringkas dan bernutrisi serta mampu milik.

Program yang dianjurkan ini merupakan antara inisiatif dan tindakan proaktif oleh pihak Dumex Dugro bagi ‘Giving So Much More’ kepada pelanggan mereka. Susu Dugro telah diketahui mengandungi pelbagai nutrisi, DHA yang tertinggi*, Omega 3, Omega 6 dan satu-satunya produk susu yang mengandungi serat IcFOS serta telah melalui 100 ujian terperinci. Bak kata Boboiboy ‘TERBAIKKKKKKK’. 

Harapnya Dumex Dugro sudi menganjurkan program seperti ini lagi di masa hadapan kerana ianya memang bermanfaat. 

Tahniah Dumex Dugro.

Terima kasih juga kepada Dumex Dugro yang sudi memberikan goodies beg yang berkaitan dengan tema makanan yang sangat meriah. 
Barang yang paling istimewa di dalam goodies bag ini dah tentu lah produk dwi fungsi (2 in 1) yang portable iaitu playmat + storage bag yang sangat ceria warna dan coraknya yang memang disukai oleh kanak-kanak. Serious comel.

Jom ibu-ibu, kita beli 2 packs Dugro 900 g untuk mendapatkan free gift playmat + storage bag ini. **Sebarang Variasi. *Sementara stok masih ada.
Anak den memang suka je tengok objek-objek bewarna-warni yang berada di atas playmat nih, bukannya setakat dia tanya macam-macam pasal binatang yang ada kat playmat ni, dia siap baring lagi k atas playmat ni. Katanya nak tidur atas kain cantik. Kita boleh bercerita dengan anak-anak berdasarkan objek-objek di atas playmat ini, ala-ala sesi berbonding gittew. 
Siap tidur lagi atas playmat
Jom dapatkan playmat cum storage bag seumpama ini hari ini ye melalui pelbagai saluran yang telah disediakan oleh Dumex Dugro.

Untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan produk, perkhimatan yang ditawarkan oleh Dumex Dugro, boleh lawati dan berhubungan dengan pasukan Dumex Dugro di:

laman sesawang : https://www.dugro.com.my


IG : @DumexDugro

Careline (24 jam) : 1800-38-1038


4 Comments

  1. Mesti anak-anak enjoy dengan Playmat tu kan? Linda pun terpaksa pergi beli set promosi ni sebab nak bagi anak yang lagi 2 orang. okla, boleh guna susu tu untuk masak pula lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....diaorang sure nak playmat tuh sorang satu ye.

      Delete
  2. Replies
    1. Ha buah hati seorang tuh memang macam-macam akal hehehehehehe

      Delete