Perjalanan dari Bali Zoo ke kawasan ladang gemitir yang terletak dekat kawasan berbukit di Temukus (ke Temungkus den pun tak sure) mengambil masa hampir 2 jam dengan sebahagian jalan agak kurang elok sebab jalan kampung di atas bukit kan.
Pit stop kitaorang sementara nak menyampaikan ke ladang bunga gemitir tuh

Memang agak berdebar walaupun jalan tidak sengeri jalan di Nusa Penida tuh.

Kawasan penanaman bunga gemitir atau marigold nih ala-ala kawasan penanaman strawberi kat Cameron Highland la cumanya kebanyakan ladang-ladang nih adalah di belakang rumah tuan tanah. Maknanya setiap ladang takde la besar mana sebab ianya di belakang rumah je.

Den rasa perniagaan bunga gemitir nih memang maju la sebab bunga gemitir adalah bunga utama yang digunakan di dalam upacara keagamaan penduduk di Bali, samada diletakkan di pura atau diletakkan di dalam bekas empat segi yang diperbuat daripada daun pandan yang penduduk guna almost setiap hari untuk pemujaan diaorang.

Bila kitaorang jumpa ladang gemitir yang bunganya agak sedang meriah berkembang, kitaorang minta izin orang yang ada kat situ untuk ambil gambar kat situ. Bila diaorang kata okay, makanya den berjalan la sekupang dua kat sekitar batas bunga gemitir tuh. Memang cantik bunga yang sedang berkembang. Kebanyakannya berwarna orange. Ada sedikit yang berwarna kuning.

Tak lama pun spend masa kat sini sebab temanya nak mengambil gambar dengan bunga gemitir tuh je pun.
Fefeling Kuch Kuch Hota Hai

Jalan balik yang kena menuruni bukit lagi mencabar den rasa sebab jalannya kecil dan den risau kalau tersalah je sikit harapan untuk masuk gaung tuh tinggi. Haish.

Masa naik turun bukit nak ke ladang gemitir tuh, terjumpa dengan beberapa trak ala-ala hilux. Den ingatkan depa nak angkut bunga gemitir tuh ke tanah rata tapi member den kata mungkin sebenarnya diaorang tengah angkut penduduk bagi sesi perpindahan kerana Gunung Agong dah mula berasap-asap.
Whatsapp daripada member den lepas kitaorang selamat balik Malaysia
Mujur sangat la kan kitaorang selamat turun dari kawasan tuh.

2 Comments

  1. tamannya keren k, pengen banget maen kesana, jika pengen berlibur ke jogja silahkan hubungi kami kak..
    Paket Wisata Jogja

    ReplyDelete