Gambar paling sedikit ambil kat sini sebab macam takde feel sebab tak sangka attraction dia sedikit kalau nak dibandingkan dengan Lost World of Tambun (LWOT) ditambah pula dengan 2 attractions yang sesuai untuk kiddos yang sedang di dalam penambahbaikan, memang agak terkilan sedikit.

Disebabkan bukan cuti sekolah dan bukan hari Sabtu dan Ahad, taman tema nih dibuka pada 11 pagi.
Masa kitaorang mula masuk hanya ada kitaorang kat sini hehehehehe

Budak-budak suka je la berendam di dalam kolam ke hulu ke hilir tapi bila dah lama-lama depa pun boring sebab tak banyak tempat depa boleh main.

Highlight of the day adalah naik pelampung turun gelongsor tuh. Seperti biasa, den kan tak minat aktiviti yang boleh mencopotkan jantung. Haruslah jantung rasa nak tercabut bila turun gelongsor dengan kiddos tuh padahal si A relaks je siap gelak-gelak lagi.
Sakan depa gembira naik pelampung nih
Masa dok melepak tunggu kiddos main kat gelongsor kanak-kanak tuh, ada sorang brader nih tersembang dengan buong. Dia cakap “nih je ke permainan dan gelongsor untuk budak-budak yang ada. Sikit je kan? Macam tak berbaloi pula dengan bayaran tiketnya.”
Nih je kolam untuk kids yang ada (yang ada gelongsor)
Banyak lagi water parks yang ada kat Malaysia nih yang kitaorang belum jejak kaki tapi kalau dibandingkan Gambang Water Park dengan LWOT, memang lagi berbaloi-baloi la pergi LWOT tuh bagi pendapat den.

Tapi tak pasti la kalau ada penambahbaikan kelak, Gambang Water Park nih akan jadi lebih mantop. 

Tempat-tempat macam Water Parks nih kena lebihkan bahagian kanak-kanak sebab rasanya macam peratusan parents with kiddos yang ramai ke sini. Tak kisah la tema dia gelongsor dalam air je kan. Yang penting gelongsor dari pelbagai objek. Contohnya gelongsor dari teko, kapal terbang, kapal Pirate of the Carribean, sotong, ikan paus, dinosaur, etc. Walaupun temanya gelongsor tapi budak-budak akan lebih riang ria sebab depa dapat turun gelongsor dari objek berbeza. Nih penting supaya budak-budak tak boring. 

Di samping tuh, sediakan juga ruang untuk parents beristirehat sambil memantau anak dok bergelinjangan turun gelongsor tuh dari kejauhan. 

Lebih molek kalau ada restoran simple yang dekat yang bahagian kanak-kanak sebab depa cepat kelaparan bila dah sakan bermain.

So rasanya macam tak datang lagi la kot ke sini kalau diberi pilihan.

#LWOT tuh in sya Allah akan pergi lagi bila berkesempatan nanti.
Antara permainan di pintu masuk ke water park