Oh My Cholesterol

12:02


Rabu lepas den pergi jumpa Dr di PPUM pasai kronologi kolesterol den yang tak berkesudahan nih.

Rasanya den dah makan oats selambak + coba jaga makan yang mana sempat + berzumba paling kurang 2 kali seminggu but still bacaan kolesterol jahat den adalah 4.21. Awal tahun nih bacaan dia 4.41….turun la 0.20 tapi still melebihi paras yang sepatutnya iaitu 2.75.

Dr kata dia still tak cadangkan untuk start ubat kolesterol sebab kebarangkalian den mendapat sakit jantung due to my cholesterol adalah 1% (berdasarkan pengiraan Dr tuh).  Dr cakap once dah mula makan ubat kolesterol tuh, in sya Allah memang kena makan sehingga ke akhir hayat camtuh.

Dr kata dia masih nak bagi peluang kat den untuk berdiet + bersenam bagi mendapatkan bacaan kolesterol jahat yang lebih rendah daripada 4.21.

Den tanya Dr apa lagi yang den patut buat sebab rasanya dah berzumba dengan agak jayanya bagi orang yang tak pernah bersenam macam den nih ha (dah setahun rupanya den berzumba nih) + den coba kawal makan setakat yang mampu (susah kalo orang suka makan cam den nih ha) + dah bergelen-gelen ayaq lemon den minum k + den dah tahap tak terasa nak termuntah pun bila makan oats.

Dr kata coba makan oats dengan banyak lagi + tambahkan slots untuk bersenam + cuba makan cod oil (minyak ikan).

In sya Allah den akan jumpa balik Dr pada April 2018. So ada 8 bulan untuk den coba kurangkan bacaan kolesterol tuh.

Haish la my cholesterol nih.

No comments:

Powered by Blogger.