Rose Park Hotel, London

10:32
Adoi la…dah lima (5) bulan berlalu dan banyak memories yang dah keterlupaan, tak siap-siap jugaknya ceite pasal London nih….haish. In sya Allah den coba nak abiskan entries pasai London nih in August sebelum den mencari masa dan merajinkan diri untuk siapkan entrie pasal short trip to Johor masa posa hari tuh plak ye. Lepas settle ceite Johor, den cuba plak untuk ceite pasal 4 days 3 nites sesi berjimbaan bersama konco-konco ke Yogjakarta pada April lepas. In sya Allah.

Hotel terkecik yang den pernah pergi sepanjang hidup den. Bukak je pintu bilik teruih nampak katil single. Sebelah kepala katil tuh ada telefon, kettle, etc. Lepas tuh bilik air. Ruang untuk letak baju kecik gila. Beg den tuh letak tengah jalan yang sekangkang kera tuh je.

Bila tido je tangan den yang agak panjang nih asyik je terkena dekat telefon dengan kettle tuh.

Bilik nih memang sesuai untuk sorang je dengan BMI yang normal. Kalo BMI terlebih memang tak beberapa sesuai sebab kecik sangat-sangat.

Serious kecik nak mampuih bilik nih. 
Asyik terlanggo telefon dan kettle nih bila den mengeliat

Hotel nih tak sesuai untuk warga emas, OKU dan orang ada anak kecik sebab ada sesetengah bilik tuh kena naik tangga @ merentas tangga lepas keluaq lif. Dari lif nak ke bilik den kena merentas tangga (melangkah kawasan yang ada 2 set tangga yang berbeza camtuh la). Dengan angkut beg baju lagi…memang adventure sungguh.

Tidoq dua malam kat sini sebelum balik ke Malaysia.
Night view from my room
Channel tv kat sini tak beberapa menarik. Pukoi 12 malam dah takde siaran. Yang ada siaran pun iklan jual macam-macam seumpama goshop tuh. Jangankan kot-kot tersesat ceite pornografi sekupang dua, cerita drama pun takde…boring sungguh.

On the second last day kitaorang kat sini, den bangun awai sebab nak jalan-jalan kat taman depan hotel dan kawasan sekitar yang dekat-dekat. Tak berani nak berjalan jauh-jauh sebab ada notis ditampal kat beberapa tempat yang memaklumkan kena extra careful sebab ada peragut @ orang menyamar jadi polis dan akan mengepaw kita camtuh la.

Taman yang memang tak sampai 5 tapak dari pintu utama hotel adalah super sweet. Sesuai untuk bersantai dan melepak. Den jalan sampai ke depan skit sebab nak mengambik gambo dengan bunga. Gigih nko menapak dalam kesejukan nak amik gambo punya pasai but it was totally super worth it.




No comments:

Powered by Blogger.