Tadi tanye owner taska budak-budak nih tentang yuran nursery yang kena bayaq kot-kot ada OT. Teacher kata tak dak OT untuk bulan nih tapi ada kenaikan yuran nursery sebanyak RM50 bermula bulan nih.

Yuran tahunan pun dinaikkan dari RM 50 kepada RM 100.

Bayaran terlambat amik budak-budak sebelum nih RM 6/jam sekarang dah jadi RM4/setengah jam atau RM8/jam.

Kenaikan harga tak dapat dielakkan kerana kenaikan kos operasi kata owner taska.

Dah banyak rezeki dapat bulan nih macam rezeki tak terhilang purse, rezeki perubatan, rezeki tertau pasal tiba-tiba ada 2 Balance Transfer, rezeki siap buat kira-kira untuk zakat pendapatan dan cukai pendapatan, etc so kena pasrah bahawa setiap rezeki bukannya semua hak kita, ada bahagian orang lain.

So tambahan bayaran RM50 setiap bulan adalah bahagian untuk owner taska, teacher taska, etc.

Kalo nak diikutkan RM 50 untuk 20 hari den anto anak den pi taska, setiap hari dari 8 am sampai 6 pm (10 jam), pertambahan yang perlu den bayo adalah RM 0.25 atau 25 sen bagi setiap jam depa jaga anak den.

So dengan rege baru yuran bulanan taska untuk si A adalah RM350 tak termasuk OT nih sebenaqnya den bayaq RM 1.75/jam bagi 10 jam sehari dan 20 hari depa jaga anak den kat taska. Tuh kalo 1 bulan keje 20 hari la kan. Ada bulan yang den keje lebih dari 20 hari sebulan.

So kalo nak dikira-kira mahai lagi reja KFC kalo nak dicomparekan dengan upah cikgu cikgi taska nih.

Setakat nih Alhamdulillah, taska nih jaga anak-anak den dengan seelok boleh. Setakat luka atau lebam sekupang dua sebab budak-budak bergasak sesama depa tuh normal la. Budak-budak macam-macam ragam. Sedangkan den jaga anak sendiri pun kadang-kadang terbenjol jugak sana sini sebab depa terjatuh, etc.

Jaga budak-budak nih adalah satu tanggungjawab yang sangat besar dan menuntut kesabaran dan ketabahan hati yang sangat tinggi. Sedangkan anak den sendiri pun kadang-kadang den rasa terpenat jaga depa. Nih kan pulak cikgu cikgi nak kena jaga 20 - 30 orang budak sekaligus. Memang la jenoh dan bukan keje yang main-main.

So den kena cut cost RM 50 dari mana-mana belanja untuk bayo tambahan duit nursery nih. Kalo cut cost makan macam menarik kan sebab bley la kuruih skit hehehehehe.

0 Comments