Buku yang sangat sempoi yang den pernah baca dalam hidup den.

Den ambil masa 2 jam untuk habiskan membaca buku ni. Buku yang straight forward yang mengisahkan tentang pengalaman dan usaha gigih pengarang yang dikenali sebagai Saudagar Jalanan yang memang minat berniaga daripada zaman beliau bersekolah sehingga sekarang.

Buku setebal 128 muka surat ini menceritakan secara ringkas pengalaman penulis menceburkan diri di dalam pelbagai jenis perniagaan seperti pasar malam, pasar lambak, pasar tani, pasar ikan, pesta konvo, pesta ekspo tepi pantai, bazar larut malam (uptown), kedai bundle, carwash, warung jalanan, char kuey teow, sewa kereta, jual kereta, eksport ikan, etc.

Antara cerita di dalam buku ni yang den paling ingat adalah kisah:

1. pendapatan perniagaan jualan bihun sup hanya pada setiap hari sabtu dan ahad yang membolehkan peniaga membeli rumah, kereta, melancong, etc;

2. jutawan dengan jualan belon RM 5;

3. pendapatan 5 angka sepanjang 3 hari meniaga di pesta ekspo pantai di Terengganu;

4. perniagaan car wash di UIA yang disailang; dan

5. penulis kena bagi seluar yang dia sedang pakai sebab ada pembeli berkenan dooh dengan seluar tersebut.

Den paling suka baca tentang kisah eksport ikan tuna ke Jepun dan eksport ikan baulu ke United Arab Emirates (UAE).

#first time den tau tentang ikan baulu bila baca buku ni.

Bila den habis baca buku ni, den dapat perspektif baru tentang orang yang berniaga terutamanya peniaga di pasar tani, pasar malam, uptown dan pesta ekspo. 

Akhir sekali penulis tanya apa alasan kita untuk tidak berniaga sebab dengan kemudahan yang ada sekarang ni, hampir semua benda boleh diniagakan. 

So kenapa den masih tidak berniaga kan?

4 Comments

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

    ReplyDelete