Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah akhirnya setelah hampir setahun lebih anak-anak belajar dari rumah (PdPR), semua anak-anak memulakan semula pembelajaran secara bersemuka bagi negeri yang telah memasuki Pelan Pemulihan Negeri (PPN) Fasa 4.

Macam mana persiapan mak ayah untuk anak-anak yang kembali ke persekolahan ni?

Untuk den yang mempunyai dua (2) orang di sekolah rendah ni memang agak berdebar-debar hendak melepaskan buah hati ketipang payung pergi ke sekolah memandangkan kes Covid19 masih tinggi ni tetapi budak-budak teruja sungguh hendak berjumpa kawan-kawan.

Jadinya selain menitip pesan supaya mereka sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka 2 lapis sepanjang masa, membasuh tangan dengan sabun, memakai sanitizer dan menjaga penjarakan fizikal 1 meter, den berusaha untuk berikan anak den makanan tambahan bagi membantu mereka kekal sihat.

Alhamdulillah anak-anak den boleh dikategorikan sebagai mereka yang jarang sakit tetapi kadang-kadang hendak disuruh makan pun jenuh sebab sibuk bermain ke hulu ke hilir. Jadinya ada juga rasa risau tumbesaran mereka terganggu sedikit sebanyak.

Sebagai emak, den cuba berikan perhatian kepada anak-anak den di fasa mereka sedang membesar ni sebab apa yang berlaku di sekeliling kita akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang. Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak ni adalah tumbesaran dan perkembangan mereka.

Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi berpendapat makanan tambahan atau suplemen boleh membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh kanak-kanak. 

Ada yang mengatakan cukup untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat. Sebarang pengambilan supplement atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan.

Namun begitu, pendapat ini ideal jika dunia kita bebas daripada pencemaran, kita sentiasa mengamalkan pemakanan  yang sihat, makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran seperti kandungan racun serangga pada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; kita memiliki sistem imun yang tiada cacat cela serta penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa tekanan. 

Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini di mana terdapat banyak pendedahan terhadap makanan yang diproses dan makanan ringan, pencemaran yang berleluasa, tekanan  kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.  

Eskayvie Diffenz Junior  

Eskayvie Diffenz Junior adalah vitamin yang boleh diambil bergantung kepada kesesuaian anak-anak bagi membantu menyokong tumbesaran, meningkatkan sistem imunisasi badan dan memberi perlindungan untuk kanak-kanak berumur daripada 2 hingga 12 tahun agar mereka mendapat nutrisi tambahan serta terhindar daripada jangkitan kuman dan virus.

Bahan Utama Eskayvie Diffenz Junior

Terdapat enam (6) bahan utama di dalam Eskayvie Diffenz Junior iaitu:

1. Cendawan Susu Harimau

Cendawan Susu Harimau semakin terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebab ia dikatakan mengandungi khasiat yang boleh membantu menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikannya yang tersendiri menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk.

Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.

Sekarang Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya.  

Kebaikan Cendawan Susu Harimau:

1. Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.

2. Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.

3. Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 

4. Membantu menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.

2. Multivitamin Dan Mineral

Anak-anak den termasuk di dalam mereka yang jenuh hendak disuruh makan sayur. Buah tuh depa memang suka makan tapi kalau sayur tuh memang la jenuh berpaksa lagi-lagi kalau sayur berwarna hijau huhuhuhuhu. Anak den yang sulung tuh lagi jenuh sebab dia memilih makanan.

Memang ada perbezaan yang jelas antara jumlah yang anak-anak makan dan jumlah yang mereka perlukan.

Pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang picky eater.

Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi perbezaan pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater.

Multivitamin dan mineral ini dapat:

1. membantu melengkapkan keperluan nutrisi;

2. membantu menyokong penglihatan;

3. membantu merangsang sistem imun badan;

4. membantu melindungi diri daripada jangkitan; 

5. membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak; dan

6. membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf.

3. Kolostrum

Anak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang rendah kerana sistem imunisasi masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih berkesan untuk membantu menguatkan sistem imunisasi dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum. 

Kolostrum dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai faktor pertumbuhan (growth factor).

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak. 

Kelebihan Kolostrum

1. meningkatkan sistem imun badan 

2. melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan ;

3. mempunyai kesan anti-mikrob dan anti-virus;

4. melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit ; dan

5. menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat.

4. Buah Camu - Camu (Myrciaria dubia)

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia adalah buah yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. 

Camu-camu ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic, asid ellagic serta mineral Zink dan Magnesium yang boleh membantu menguatkan sistem imun badan lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok.

Kebaikan Camu-camu

1. Membantu menguatkan sistem imun;

2. Mempunyai Antioksidan dan anti-radang;

3. Membantu mlangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak;

4. Membantu menstabilkan tekanan darah tinggi;

5. Membantu merangsangkan penghasilan kolagen; dan

6. Membantu mengawal gula di dalam darah.

5. Vitamin C

Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang terdedah kepada risiko tidak cukup Vitamin C disebabkan keperluan yang semakin meningkat dan pengambilan yang kurang daripada yang sepatutnya. 

Vitamin C memberi kesan kepada pelbagai komponen maklum balas daya tahan badan dan ia mempunyai khasiat anti-viral. Dengan meningkatkan pengambilan vitamin C, ini boleh memberi manfaat kepada golongan berisiko terdedah kepada jangkitan.

Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C. 

Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C daripada dalam makanan akan diserap ke dalam badan. Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.

Bukan itu sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan sekitar 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak mendapat bekalan vitamin C yang cukup. Jika tidak mengambil vitamin C dengan cukup, kita akan berhadapan dengan masalah kekurangan vitamin C seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.

Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.

Vitamin D

Vitamin D juga penting untuk tumbesaran anak-anak. Vitamin D penting untuk fungsi tulang, kalsium dan metabolisma badan. Apabila mendapat kalsium yang cukup, kita juga mendapat vitamin D yang cukup. Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan sumber vitamin D kerana kita hanya perlu mendedahkan diri kepada sinaran matahari pada waktu pagi. Bagaimanapun, vitamin D tidak semudah yang disangkakan kerana kebiasaannya kanak-kanak sudah bersiap untuk ke sekolah pada jam enam pagi dan mereka bertolak ke sekolah sebelum matahari memancarkan sinar.

Vitamin D bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan. Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana ia membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan.

Perokok adalah individu yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru, sehingga boleh menyebabkan batuk yang teruk. Malah, ada golongan tertentu yang mempunyai risiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas. 

Vitamin D sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi.

Kalau korang hendak tengok maklumat tentang Eskayvie Diffenz Junior, boleh tengok video di bawah ye.

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid

Harga

Jadinya berapa harga Eskayvie Diffenz Junior nih ye? In sya Allah harga mampu milik

Harga Produk: RM60 sekotak

Harga Combo: RM100 2 kotak

Untuk maklumat lanjut tentang Eskayvie Diffenz Junior, boleh layari:

Website:  https://diffenzjunior.com/

Facebook:

https://m.facebook.com/eskayviemalaysia21official

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

Sebagai emak kepada dua orang anak lelaki yang sedang membesar, den usahakan memberi mereka makanan yang seimbang dan supplemen supaya mereka sihat, kurang jatuh sakit, dapat mengelakkan atau mengurangkan jangkitan, dapat tumbuh menjadi anak-anak yang sihat fizikal, mental dan emosi.

0 Comments