"Malaysia satu-satunya Negara di Asia Tenggara yang kawasannya merangkumi sebahagian Asia Tenggara daratan dan sebahagian Asia Tenggara lautan" - Tunku Abdul Rahman.

"Malaysia merupakan jambatan kepada dua georegions yang secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai negara kunci (pivot state) di Asia Tenggara".

Dua pernyataan di dalam Dunia Tanpa Tembok (DTT) III oleh Tuan Ayman Rashdan Wong ni paling syahdu di hati den tidak pasti kenapa.

Karya ketiga dalam trilogy Dunia Tanpa Tembok (DTT) oleh Tuan Ayman Rashdan Wong ini merupakan buku paling ilmiah (bagi den) dan paling tebal setakat ini dalam siri DTT.

Antara perkara yang den buat catatan nota adalah:

1. Bab 5 (Amerika Syarikat) menganalisis tentang keputusan Donald Trump sebagai Presiden USA sepanjang tampuk pemerintahannya. Para terakhir dalam bab ini bagi den adalah gambaran keputusan pilihanraya Presiden USA 2020. Den boleh faham kenapa Jon Biden menang tipis ke atas Donald Trump.

2. Biasanya kalau sebut Knights Templar den teringat tentang Perang Salib (terbayang juga kekacakan Orlando dalam Kingdom of Heaven) tapi dalam DDT III ini, Knights Templar adalah salah satu kartel dadah di Mexico.

3. Kerusi Parlimen di Malaysia yang 220 pun telah cukup caca merba rasanya bila PRU (bagi pandangan den sebagai rakyat marhaein). Cuba bayangkan Pilihanraya Parlimen Eropah yang melibatkan 751 kerusi parlimen merangkumi 28 Negara termasuklah 4 negara dengan kerusi terbanyak di Perancis, UK, Itali dan Sepanyol.

4. Kalau nak baca tentang four freedoms yang menjadi paksi EU iaitu kebebasan pergerakan barangan, modal, perkhidmatan dan individu termasuk Krisis Hutang EU boleh baca Bab 7 ye.

5. Bila baca pasal Celt di Scotland, den cuma teringat dekat the sexy Gerard Butler je. Ewan Mcgregor pun kacak jugaJUntuk orang yang tak beberapa nak faham perkara ilmiah, memang la kena dikaitkan dengan perkara-perkara lagho supaya momentum untuk membaca dapat diteruskan.

6. Seven Kingdoms of Westeros dalam Game of Thrones merujuk kepada 7 kerajaan Anglo-Saxon (East Anglia, Mercia, Northumbria, Kent, Essex, Sussex dan Wessex). Adakah perlu den tengok Game of Thrones yang dah lama gila dalam external hard disc ittew.

7. 2 isu yang den terkesan di hati den daripada pelbagai isu geopolitik dihuraikan di dalam buku ini adalah keselamatan air dan makanan (water and food security).

Isu sumber air dan bekalan air bukan sahaja membelenggu rakyat di Lembah Klang (eh tetibaJ) tapi isu sumber air dan bekalan air juga merupakan perkara penting di pelbagai Negara di dunia.

1) Israel berdepan isu sumber air yakni Sungai Jordan, Sungai Yarmuk dan Tasik Galilee.

2) Masalah bekalan air bersih dan keracunan air yang menyebabkan beribu rakyat masuk hospital di Basra, Iraq.

3. Pakistan berseteru dengan India selama 70 tahun berebutkan Kashmir kerana hulu Sungai Indus di Kashmir merupakan sumber air utama Pakistan. Jadi Pakistan perlu safe guard sumber air mereka.

Bagi Malaysia kalau kita sembang pasal sumber air dan bekalan air, ianya berkait rapat dengan Sustainable Development Goals (SDGs) 6 - Clean Water and Sanitation, Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025), Dasar Sumber Air Negara, Integrated Water Resources Management (IWRM) dan Integrated River Basin Management (IRBM), etc. Perkara berkaitan Water Security di Malaysia perlukan its own write up.

8. Terdapat 3 tragedi kebuluran yang disentuh dalam buku ini yang menyebabkan den terfikir tentang Food Security di Malaysia. Food security menjadi antara topik penting di Malaysia selepas berlakunya penularan wabak Covid19 kerana ada ura-ura Negara pengeksport makanan ke Malaysia seperti beras, kentang, etc mahu mempertimbangkan semula urusniaga eksport tersebut sebab kena pastikan bekalan makanan untuk rakyat sendiri tidak terjejas.

3 kisah kebuluran dalam DTT III adalah:

1) 1840an - kebuluran kentang di Ireland sebabkan jutaan orang Ireland mati;

2) 1932 - 1933 - The Holodomor (Famine-Genocide in Ukraine). Maksudnya dalam bahasa Ukraine, Holod (kelaparan) dan mor (plaque) merupakan kebuluran yang membunuh 6 - 8 juta penduduk Ukraine;

3) 130 orang kanak-kanak Yaman mati setiap hari akibat kebuluran kerana sekatan pelabuhan due to konflik pemberontakan kumpulan militan Houthi yang telah memasuki tahun ke 4.

Water security dan food security adalah antara perkara yang semua perlu ambil cakna.

Perkara berkaitan Food Security di Malaysia ada digariskan di dalam Third National Agriculture Policy, National Food Safety Policy, etc. This also requires another special post on it sebab banyak yang hendak dihuraikan.

9. Den ulang baca Bab 10 Sepanyol sebab macam lost sebab banyak sangat fakta berat
. Fakta penting untuk peminat bola sepak adalah kesan perseteruan Castile-Catalonia sejak 1714 terbawa-bawa sehingga perseteruan kelab bola sepak FC Barcelona dengan FC Real Madrid.

10. Bab 11 Itali menceritakan tentang konflik di antara penduduk wilayah utara dan wilayah selatan yang bagi impak pada krisis dalaman negara hingga ke EU tapi den lebih tertarik pada info anggur pinot grigio dan nebbiolo.

11. Kenapa ye Vladimir Putin berusaha gigih untuk mansuhkan had maksima 2 penggal Presiden Rusia? Rusia ni memang perlukan autocratic leadership ke untuk kekal maju dan selamat? Kenapa Putin merampas Crimea pada 2014 sedangkan Rusia menyewa pelabuhan Sevastopol (warm water port) dari Ukraine selepas Kesatuan Soviet dibubarkan pada 1991? Bila baca bab 12 Rusia ni, baru faham kenapa begitu begini tindakan Rusia.

12. Cerita pasal Ukraine 5 helai je dalam DTT III ini tapi den punya lost tuh tak boleh dibawa berbincang. Bukan sahaja ada disentuh tentang MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 akibat perbalahan antara Kerajaan Pusat dan puak pemisah, tetapi nama Kerajaan yang dibincangkan pun bisa bikin lidah terbelit. Contohnya Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia.

Belum lagi cerita pasal Russia Baharu (Novorossiya), Rusia Kecil (Malorussia) = Ukraine hari ini, Rusia Putih (Belorussia) = Belarus hari ini dan Rusia Agung = Rusia yang berpusat di Moscow. Kenapa agaknya Ukraine pilih pelakon komedi, Volodymyr Zelensky yang tiada pengalaman politik sebagai Presiden pada 2019 dengan undian 70%, mengalahkan Presiden sedia ada dan bekas Perdana Menteri terdahulu?

13. Membaca tentang Timur Tengah, pastinya ada terasa 'what if' bila keputusan Sharif Husayn membantu United Kingdom merampas Palestin, etc yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah.

14. Cadangan penyelesaian bagi penyatuan Negara- negara di Timur Tengah di dalam perenggan terakhir Bab 14 nih membuatkan den goes haishhhhhhhh.

15. Kalau sebut Israel, pastinya akan terkait juga dengan Palestin. Itu yang dikupas di dalam Bab 15, Israel. Ada banyak pembacaan lanjut yang perlu dibuat pasal perjanjian-perjanjian yang dikatakan di sini (memang tak tau sampai musang berjanggut la gamaknya baru den cari maklumat ni semua kot
).

1) Perjanjian Skyes-Picot - UK berjaya dapatkan Palestin;

2) Deklarasi Balfour (Mandate of Palestine) - orang Yahudi dibenarkan pindah dan buat penempatan di Palestin;

3) Perjanjian Camp David - Mesir setuju iktiraf Israel dan Israel pulangkan Semenanjung Sinai pada Mesir; dan

4) Perjanjian Oslo - pengwujudan Kerajaan Palestin.

Bila la den nak rajin cari maklumat kejayaan Israel merampas Gaza, etc dari Negara-negara Arab melalui Perang Enam Hari dan serangan ke atas Israel melalui Perang Yom Kippur.

16. Negara-negara Arab tidak bersatu dan komited untuk wujudkan Palestin sejak dulu pun lagi.

17. Bila den baca tentang Mesir, Arab Saudi, Iran, Turki, Libya, Sudan, Yaman, Syria, Kurdistan, Iraq, Oman, Afganistan etc dah macam boleh buat dramaseries yang lagi meletup daripada Game of Thrones rasanya yang boleh mencapai 30 seasons sebab ada banyak sangat konflik, perang, rampasan kuasa, etc.

Daripada lost opportunity untuk mengubah situasi politik Timur Tengah semasa pemerintahan Morsi, kesukaran power projection ke arah barat sejak zaman Firaun, penggulingan oleh Free Officers, rallying call sosialisme Arab, reformarsi ekonomi (infitah), Perang Enam Hari, Perang Yom Kippur, Arab Spring, Arab Saudi sepatutnya menjadi pemimpin de facto di Timur Tengah, Bulan Sabit Syiah (Shia crescent), hubungan ala-ala tersimbiosis di antara USA dan Iran (useful adversary), balancing act oleh Turki melalui Kemal Atartuk dan Recep Tayyip Erdogen, rampasan kuasa kudeta, perang saudara, artificial States akibat penjajahan, tentera VS tarekat sufi, Perjanjian Addis Ababa beri autonomi kepada Selatan Sudan, Operation Peace Spring, Operation Euphrates ShieldOperation Olive Branch, fifth column, etc, dah berapa Seasons boleh dapat dari sini.

Kalau dapat penulis skrip, pengarah dan pelakon mantop, in sya Allah memang bisa menyaingi kecemerlangan dramaseries The Dirilis Ertugul dan Rise of Empires: Ottoman.

18. Projek TurkStream (Turki - Rusia) VS Projek EastMed (Israel - Cyprus - Greece). Kedua-dua projek melibatkan jaringan paip gas asli.

19. Hadiah Keamanan Nobel Tahun 2019 kepada Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed Ali atas sumbangannya menamatkan perang antara Ethiopia dan Eritrea yang berlangsung sejak 1998. Udah buat den sibuk google pasal Hadiah Nobel plak.

20. First time dalam hidup den tau pasal rantau Tanduk Afrika yang menempatkan 4 Negara yang antara termiskin di dunia iaitu Somalia, Djibouti, Ethiopia dan Eritrea. Kenapa kuasa besar dunia macam USA, Jepun, China, Perancis, India dan Itali berlumba-lumba hendak mendirikan pangkalan tentera di rantau Tanduk Afrika ini?

21. Sedih plak baca pepatah Kurd yang bermaksud 'tiada teman selain gunung'. Macam boleh relate dengan mereka yang acah-acah sahabat tapi pengkianat.

22. Cadangan Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri untuk mengenakan cukai ke atas Whatsapp menyebabkan rakyat berdemonstrasi besar-besaran yang berakhir dengan beliau meletak jawatan.

23. Dasar Oman di bawah pemerintahan Sultan Qaboos Al-Said adalah friend of all, enemy of none. Oman berbaik dengan semua Negara serantau.

24. Kenapa Afganistan digelar graveyard of empires?

25. Kenapa permusuhan India dan Pakistan adalah the necessary evil?

26. Kenapa India tiada satu centripetal force yang membantutkan potensi India untuk menjadi kuasa besar dunia?

27. Kisah Belt and Road VS Pivot to Asia.

28. Adakah sebab utama China menuntut Laut China Selatan untuk conquer sumber ikan atau hendak mengawal perairan lautan?

29. Pernyataan Hong Kong sebagai Harimau Asia pada 1980an mengingatkan den kepada kegemilangan 4 Heavenly Kings (Andy Lau, Jackie Cheung, Leon Lai Ming dan Aaron Kwok) dan dominasi drama Hong Kong pukul 7 malam setiap hari terutamanya drama polis dan movie gangster depa yang memang awesome sangat. Kisah 1 juta orang penunjuk perasaan yang membuat demonstrasi dan rusuhan rakyat Hong Kong selama 6 bulan pada 2019 dengan Lima Permintaan sememangnya merupakan sejarah bagi bandar antarabangsa itu.

30. Den baru tau yang nama rasmi Taiwan adalah Republic of China (ROC) dan kalau depa nak bertanding di Sukan Olimpik, depa perlu gunakan nama Chinese Taipie bukannya Taiwan.

31. Selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua, Jepun melalui Perlembagaan 1947 menggunakan pendekatan melepaskan hak kedaulatan untuk mulakan peperangan dan gunakan kekerasan (Doktrin Yoshida) tapi sejak abad ke-21, golongan neo-konservatif Jepun mengharapkan Jepun boleh mempertahankan kedaulatan Negara tanpa bergantung harap pada USA.

32. Hubungan antara Korea Selatan dan Korea Utara.

33. Kisah Kim Jong-un yang menaiki kuda putih mengingatkan den kepada beberapa KDrama macam Hotel De Luna (Gunung Baekdu) dan Jumong (Pengasas Kerajaan Goguryeo - nih den tak tengok lagi ceritanya). Pandai diplomasi si Kim Jong-un ni sebab dia akan gunakan isu senjata nuklear untuk dapatkan bantuan ekonomi daripada USA.

34. Menjelang 2050, Indonesia dijangkakan akan menjadi kuasa ekonomi ke-4 terbesar dunia selepas China, USA dan India. Harapan Indonesia untuk menjadi sebuah kuasa maritim seperti Majapahit adalah tinggi.

35. Selain geopolitik, dunia telah memasuki era astropolitics, cyberpolitics, hate politics dan ecopolitics (isu alam sekitar dan ekologi).

Cukup la kot 35 coretan ringkas di dalam DTT III ini ye. Untuk details korang memang kena baca buku tuh sendiri.

DDT III adalah antara buku ilmiah yang best yang den baca. In sya Allah berbaloi untuk korang cuba baca dan ambil cakna tentang kisah Negara-negara di dunia ni.

Lets pray hard Malaysia berjaya menavigasikan diri di dalam arena International Relationship dengan berhikmah dan bijaksana kerana salah percaturan bidak di papan catur sememangnya akan memberi kemaslahatan berpanjangan kepada kemandirian Negara yang akhirnya menyebabkan impak kepada kita rakyat Malaysia kerana seperti nukilan penulis dalam DTT III, "Why is it always the innocents who suffer the most, when you high lords play your game of thrones?" - Varys, A Song of Ice and Fire. Haishhhhhh....menusuk ke kalbu.

Den baca semua buku DTT dalam Bahasa Melayu pun boleh lost, kalau baca buku DTT dalam English in sya Allah harapan untuk den akan give up di Bab 1 adalah tinggi.

Kalau nak baca ulasan ringkas den tentang buku DDT I dan DDT II, boleh layari:

DTT I: http://www.dinohauz.com/2017/12/dunia-tanpa-tembok-oleh-ayman-rashdan.html?m=1


0 Comments