Den dah lama gila berangan nak tengok kapal korek terakhir di Malaysia ni. Ini cerita sebelum PKP hari tuh. Lama benar ambil masa nak cerita sebab bila PKP berlangsung, mood berblogging turut ikut PKP huhuhuhuhu. 
Selama ni den ingat industri perlombongan bijih timah di Malaysia dihentikan sebab telah tiada bijih timah tapi selepas lawatan ke TT5 ni baru la den tau rupanya bijih timah masih ada tapi harganya tidak kompetitif daripada segi penggunaan, operasi dan pengeluaran bijih timah sendiri kalau dibandingkan dengan harga logam lain terutamanya aluminium, etc. Makanya atas sebab itu, industri bijih timah di Malaysia terkubur.
Fakta Ringkas Kapal Korek Tanjung Tualang No. 5 (TT5)

Sebelum den cerita panjang, boleh baca dulu maklumat ringkas tentang Kapal Korek Tanjung Tualang No. 5 (TT5) macam dalam gambar di bawah nih ye.
Guided Tours

Wajib ambil guided tour sebab tanpa guided tour, kita tak akan dapat masuk di dalam kapal korek di samping tak dapat dengar penerangan tentang kapal korek tersebut. No point dah sampai sini tak ambil kesempatan untuk masuk dalam kapal korek. It might be once in a lifetime experience. Tanpa guided tour, kita hanya boleh ambil gambar di luar kawasan kapal korek.

Guided tour ambil masa lebih kurang 1 jam.

Sebelum masuk dalam kapal korek, setiap orang diwajibkan memakai topi keselamatan.

Ada 8 waktu untuk guided tour.

Banyak betul maklumat yang disampaikan oleh tour guide yang comel masa kitaorang melawat ke Kapal Korek Tanjung Tualang No. 5 (TT5). Orang dulu-dulu memang hebat sebab boleh buat teknologi kapal korek ni dengan maklumat yang terhad bagai. Den memang suka la aktiviti lawatan macam ni tapi budak-budak la tak boleh nak duduk diam bila dengar penerangan tour guide tuh ha. Depa sibuk nak bergelinjangan. Lepas tuh dok tanya bila boleh bagi ikan makan huhuhuhu.
Galeri Pameran dan Jualan

Perlu spend masa paling kurang satu jam setengah di sini untuk tengok tayangan video tentang Kapal Korek Tanjung Tualang No. 5 (TT5) dan operasinya, membaca maklumat kapal korek dan aktiviti perlombongan, jenis batuan yang terdapat di kawasan ini, menghayati keindahan barang-barang old school yang terdapat di sini.

Budak-budak boleh bermain congkak kat sini. Set up galeri pameran ni agak nostalgic dengan barang-barang lama. Den suka set up klasik macam ni. Ada souvenirs yang kita boleh beli untuk kenangan. Den beli fridge magnet je.

Aktiviti di Kapal Korek Tanjung Tualang No. 5 (TT5)

Selain daripada guided tour di dalam kapal korek, ada aktiviti lain yang kita boleh buat di sini.

1. Berjalan satu pusingan keliling kapal korek. Selepas guided tour, kita sebenarnya boleh berjalan di laluan di sekeliling kapal korek tuh. Kalau pergi tengahari, memang tak lalu nak berjalan sebab pastinya akan bermandi peluh. Den sempat berjalan di laluan ni. Best juga sebab dapat tengok pemandangan luaran kapal korek dari setiap sudut. Bersenam pun iya juga sebab boleh tahan panjang juga laluan tuh.

2. Bagi makan ikan-ikan dalam lombong. Ini den boleh katakan aktiviti wajib bagi anak-anak sebab ini je la pun aktiviti yang depa suka. Pastikan beli makanan ikan di kaunter jualan tiket ye sebelum guided tour bermula.

3. Memancing. Ini khas kepada kaki pancing.

Waktu Operasi dan Harga Tiket

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa (9 pagi - 6 petang).

Harga tiket seperti gambar di bawah ye. In sya Allah harga tiket mampu milik.

Untuk sesiapa yang berjalan-jalan ke Bandar Seri Iskandar atau Batu Gajah, boleh masukkan Kapal Korek Tanjung Tualang No. 5 sebagai salah satu tempat untuk dilawat. In sya Allah berbaloi.

Boleh hubungi atau layari media sosial berikut untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut.

Website: www.tt5perak.com

Facebook: https://www.facebook.com/tanjungtualangno5

Instagram: https://www.instagram.com/tanjungtualangno5

Email: tt5@amanjayaholdings.com

Telefon: +6014-9043255

0 Comments