Malaysia telah memasuki fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang dikuatkuasakan untuk mencegah penyebaran wabak Covid-19.

Sekiranya kita hanya merenung pintu pagar sambil berharap PKP akan berakhir tidak lama lagi, salah satu perkara yang mungkin diperhatikan selain jalan yang tenang dan udara yang kurang berdebu adalah pintu pagar telah berkarat di tepinya .

Pintu logam yang menjadi pintu utama masuk ke rumah kita, tempat perlindungan kita, mungkin merupakan salah satu perkara yang jarang diendahkan dalam masa kesibukan.

Oleh itu, semasa kita #dudukdiamdiam di rumah, sambil menunggu ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, ia juga merupakan masa terbaik untuk melakukan kerja-kerja perapian dan pembaikan rumah seperti menghilangkan karat dari pintu pagar masuk dan menyalutnya dengan lapisan perlindungan yang baik.

Aktiviti ini tidak memerlukan banyak peralatan atau persediaan. Hanya 1 tin Produk Pelbagai Guna WD-40®, beberapa keping kertas pasir, sedikit cat asas, dan beberapa kain yang tidak digunakan lagi.
Untuk memulakannya, gunakan kertas pasir terbabit dan gosokkan kesan karat yang terdapat di atas permukaan pintu. Berhati-hatilah untuk tidak menggosoknya terlalu kuat kerana cat juga akan tertanggal (tidak menjadi masalah jika kita ingin mengecatnya semula).

Tetapi jika tidak mahu, maka gosokkan kesan karat sedikit demi sedikit secara terus, bersihkan dengan kain lembap untuk membersihkan serpihan, dan kemudian semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40®. Pastikan lapisan berkenaan dibuat secara menyeluruh dengan baik.

Selain bagus untuk melincirkan kunci dan selak pintu, ia juga melindungi logam dari karat dan hakisan, menggantikan kelembapan, dan menembusi bahagian yang tersekat. Oleh itu, sesi dengan Produk Pelbagai Guna WD-40® dapat memastikan kunci dan selak pintu berfungsi dengan baik, dan pintu bebas daripada karat. Dengan kata lain, pintu ini akan bertahan lebih lama lagi.
Sekiranya ingin mengecat semula pintu pagar, setelah menggosok dengan kertas pasir, lap dengan kain lembap dan kemudian letakkan cat asas (dengan satu mekanisme semburan ia berfungsi lebih baik dalam situasi ini) di permukaan pagar. Pastikan lapisan pertama telah kering sebelum membuat lapisan kedua.

Setelah cat asas dilakukan, boleh semburkan lapisan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada permukaan, sebelum meneruskan kerja cat. Dan tanpa disedari kerja cat telah siap dan pintu logam akan kelihatan seperti baharu. Dengan penjagaan yang baik, ianya akan bertahan lama.

Oleh itu, manfaatkan masa kita di rumah sekarang untuk melakukan aktiviti bersantai, tanpa perlu #dudukdiamdiam yang membosankan dan membuang masa.

Sekiranya perlukan lebih banyak maklumat, dan tip mengenai cara memanfaatkan Produk Pelbagai Guna WD-40® dengan sebaiknya, atau cadangan untuk produk lain di bawah jenama WD-40®, boleh melayari http://www.wd40.asia/my

2 Comments

  1. byk benda boleh buat time pkp ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan banyak aktiviti boleh buat untuk isi masa terluang

      Delete