Spa kecantikan muka dan badan, The Beauty Expert Academy Spa Cheras telah menganjurkan sesi minum petang bersama media bloggers buat pertama kali.

Hi-Tea Bersama Bloggers

Sesi minum petang meriah dengan pelbagai aktiviti seperti:

1. sesi perkongsian tentang penjagaan muka dan badan serta rawatan-rawatan yang terdapat di The Beauty Expert Academy Spa Cheras oleh pemilik spa iaitu Puan Mastura binti Idris atau lebih senang dikenali dengan Pn Mas;
2. pelancaran produk produk penjagaan muka ROYALQ ASIA yang diformulasikan daripada 7 jenis bunga;
3. lawatan di sekitar premis The Beauty Expert Academy Spa Cheras dan penerangan oleh Pn Mas;

4. rawatan urutan tangan menggunakan bahan yang diformulasi khas oleh pemilik Pn Mas;

5. aktiviti-aktiviti menarik yang ceria seperti kuiz berkaitan The Beauty Expert Academy Spa Cheras yang menyediakan pelbagai hadiah yang comel. Den berjaya menjawab soalan tentang peringkat tertinggi kursus yang Pn Mas pernah hadiri di bawah Sijil Kemahiran Malaysia. Den dapat hadiah eyeliner; dan

6. hi-tea yang sangat meriah dengan makanan. Ulang makan 3,4 kali pun makanan masih banyak.

Sejarah The Beauty Expert Academy Spa Cheras

The Beauty Expert Academy Spa Cheras telah beroperasi bermula sejak 2012 dan dimiliki oleh Puan Mastura binti Idris yang berasal dari Kerteh, Terengganu.

Pn Mastura merupakan Pegawai VTO iaitu Tenaga Pengajar yang diiktiraf untuk kursus-kursus di bawah seliaan Sijil Kemahiran Malaysia.

Sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran terutamanya bagi kursus Aesthetic dan Spa Theraphy boleh mendapatkan maklumat lanjut dan berhubung terus dengan The Beauty Expert Academy Spa Cheras yang mana kursus secara teori dan praktikal akan dibimbing sepenuhnya oleh Pn Mastura sendiri.

Perkhidmatan Aesthetic di The Beauty Expert Academy Spa Cheras 

Ada pelbagai jenis perkhidmatan berkaitan kecantikan muka dan badan yang korang boleh dapatkan di The Beauty Expert Academy Spa Cheras yang menyediakan perkhidmatan spa aesthetic dan tradisional.

Aesthetic adalah perkhidmatan perawatan dan penjagaan muka menggunakan teknologi terkini. Apa yang menarik di The Beauty Expert Academy Spa Cheras adalah ianya merupakan Aesthetic Spa #1 Tanpa Suntikan di mana tiada sebarang suntikan digunakan tetapi hasil rawatan muka di spa ini adalah setanding dengan hasil suntikan.

Perkhidmatan Terkenal di The Beauty Expert Academy Spa Cheras 

Perkhidmatan yang sering mendapat permintaan tinggi di sini adalah Sulam Bedak Kristal, Phyto-White, BIO-Dermagun, Placentex, Micronano Oxygen, Boost Uplifting, Lift Up Eye treatment, Fat busting treatment dan hot detox blanket.

Rawatan Sulam Bedak boleh membuatkan kulit wajah lebih cerah dan sekata selepas rawatan. Kesan Sulam Bedak yang separa kekal ini mampu bertahan selama 2-3 bulan. Sulam Bedak yang dijalankan bukan suntikan tetapi permukaan kulit akan dirawat secara halus tanpa menyakitkan dan tiada pendarahan.

BIO-Dermagun merupakan rawatan yang melibatkan asid, vitamin, enzim dan asid amino ke dalam kulit bagi memastikan sel-sel kulit kekal lembap dan dipelihara, memulihkan tona warna kulit serta memperbaiki keanjalan kulit muka.

Placentex adalah rawatan yang menggunakan dna ikan salmon untuk merawat kulit wajah, membaik pulih sel kulit yang rosak.

Perkhidmatan Spa Tradisional di The Beauty Expert Academy Spa Cheras 

Perkhidmatan spa tradisional lebih kepada terapi badan, kaki dan tangan seperti mandian bunga, mandian aura, skrub dan mask badan termasuklah rawatan muka dan badan, perkhidmatan selepas bersalin, pakej spa pengantin, mandian badan dan rawatan kaki.
Produk Penjagaan Muka ROYALQ ASIA

Dua produk penjagaan muka ROYALQ ASIA yang pelanggan patut cuba selepas rawatan adalah Diamond Dolly Booster Essence dan Liquid Foundation Sunblock SPF60.
Promosi dan Diskaun

Bagi memberikan pengalaman kepada pelanggan yang baru, korang berpeluang untuk mendapatkan diskaun sebanyak 65% bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke The Beauty Expert Academy Spa Cheras bermula 9 Februari 2020.
Bengkel/Kelas kecantikan

The Beauty Expert Academy Spa Cheras turut menganjurkan bengkel dan kelas kecantikan.

Untuk maklumat lanjut serta promosi terkini, boleh layari:




Telefon: 03-95467094/013-2576447

0 Comments